Friday, March 15, 2013

Ayam nanas lemak tumis

Kelmarin bangun tidur mata tiba-tiba bertukar jadi biru. Hah, terperasan jadi biru. Terus tangkap cakap omputih. Bermonolog cakap omputih.  Bergaduh dengan kucing pun cakap omputih. That explains why I wrote omputih in previous n3 haha.

Janggal jugaklah sebab dah selalu cakap melayu dan merapu-rapu. Sebenarnya kan kalau kita nak capture ramai readers diluar dari dunia mesia ni, memang elok bebenaulah kalau kita amalkan tulisan kita dalam BI kan. Ramai je mereka yang di negara sejuk mejuk tu yang nak tau akan cara masakan kita di sebelah sini. Writing in english is surely a big bonus.



Resepi harini?
Ayam lagi.
Mak dan abah dulu ada bela ayam.  Macam yang bundo cerita dulu lah. Ayam tu tak adalah banyak mana pun. Cukup untuk buat bising semasa bertelur dan memekak berkokok pagi-pagi mengejutkan tuan rumah untuk sembahyang subuh. Tidur pun ikut suka hati masing-masing.  Ada reban, ayam ni lebih suka tidur atas pokok. Peliknya tak berdebab pulak jatuh.

Masa nak bagi makan, mak selalu teriak kuurrrrrrr!!!... bertaburan diorang datang. Makan tak susah.  Hampas kelapa.  Nasi yang tak habis dimakan. Semua dibelasah dek ayam. Jarang abah beli dedak makanan ayam. Dah ayam pun memang pandai cari makanan sendiri kan.  Kais sana kais sini dapatlah cacing.  Berebut-rebut bila dah dapat sekor.

Bila bundo dah berkeluarga, abah selalu sembelih ayam kalau kami balik kampung. Memang berpesta makan ayam kampung lah.  Apa lagi kalau tak masak lomak cili api. Masa tu ayam belaan mereka dah mula berdisiplin sikit.  Malam-malam sopan je masuk reban, tidur.   Mungkin sebab takut kena baham dengan biawak atau musang.  Abah pun dah beli dedak untuk ayam makan. Kesian agaknya ayam kurus kering sebab makan cacing je haha.

Pernah satu hari ayam abah mati sekor (ke dua?) sebab terlebih makan dedak. Halnya anak lelaki bundo yang tiga orang (masa tu) yang tengah naik dan ligat nakalnya, menabur dedak satu kampit kat belakang dapur. Apa lagilah, memang riuh rendah ayam ayam tu menerima rezki yang tak disangka-sangka.  Sejak tu, tiap kali kalau bundo bagitau yang kami nak balik kampung, abah dah ready awal-awal menyorokkan dedak ayam di tempat yang paling tinggi yang tak tercapai dek budak 3 orang itu.

Begitulah cerita ayam. Teringat pulak kat jalil hamid dengan lagu ayam dia.



Ok, resepi.  Kalau dapat ayam kampung memang best ni.

1 ekor ayam kampung
1/2 biji nanas saiz kecil dipotong tiga segi
1 biji kelapa diambil santannya (asingkan pekat dan cair)
1 inci lengkuas *
1/2 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup (tambah sikit kalau tak cukup kuning) *
3 biji buah keras *
8 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
10 biji cili api (kurangkan kalau takut pedas) *
1 sudu besar pes cili kering
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya

Cara:
1. Blender bahan yang bertanda *.  Ketepikan.
2. Potong nanas.  Ketepikan.
3. Panaskan 3 sudu besar minyak masak (lebihkurang).  Tumis bahan yang telah diblender sehingga masak.
4. Masukkan ayam dan biarkan sehingga air ayam keluar dan kering sedikit.
5. Masukkan santan cair. Masak sehingga ayam separuh empuk. Masukkan juga garam, serai dan daun limau purut.
6. Tambah santan pekat dan nanas.
7. Kalau nanas tidak cukup masam, tambah sekeping asam gelugur.
8. Masak sehingga ayam empuk dan kuah agaak pekat.




Makan dengan nasi impit pun sedap.
Sekian.....


ibundo

8 comments:

Unknown said...

Sedapnya.....tengok dah sedap kalau rasa mesti terangkat....

Anonymous said...

serius, cantik gambar. berapa saiz yang digunakan untuk blog ini.

rohaizahabas said...

hahaha...ari ni bangun pagi,apo kaler mato kak..mesti hitam ya..geli hati saya baca intro yang kat atas tu...
Tak pernah pulak buat masak ayan dengan nenas..selalu nya dengan ikan masin sepat atau tulang ikan masin..patut lah darah sekejap naik sekejap turun....Terima kasih kak...

rohaizahabas said...
This comment has been removed by the author.
Amie said...

Sedapnya...... kalau masuk dapur Bundo mesti terliur!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum Bundo,
Golak sensorang Sham bilo baco citor ayam Ayah Bundo.
Budak2 ni kalau kalau balik Msia, macam polik. Apo hal la ayam tu berkokok pagi2 tak berkokok bolah potang. Diaorg nak tido pun tak aman.
Ponah sekali yg no 2 tu nak disembolih eh sumo ayam Atuk eh sobab dio tak dapek nak tido lopeh sahur.
Osah tul bongih botul dio.

Rohah said...

salam kak,kalau cerita ayam ni pun mesti banyak kisah kita dengannya kan..terkenang2 pulak zaman kecik2 dulu..

mmg tak jemu jamah ayam..nape erk?..hehe..sayalah tu..

seronok dengar bunyi ayam yang mcm ni..kiokkk!!,kiokk!!,kiokkk!!...(bunyi ayam yang tgh dicekup mahu disemeblih)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...