Latheefa's Muslimah Collections

Friday, March 22, 2013

Cencaru belah belakang

Susah benar mencuri masa untuk menulis di sini. Sudah jauh ketinggalan bundo ini daripada menjadi bloger tegar yang kerap memasukkan n3 baru buat tatapan anda semua..(er.. itupun kalau ada yang berminat untuk menjenguk apatah lagi menatap).

Apa kabar.
Diharap panas yang membahang dan kadang-kadang diikuti dengan hujan lebat tanpa amaran tidak membuatkan anda semua sakit tekak sebab terlalu banyak minum air batu.  Ah.. nikmatnya meneguk air es ketika baju melencun dengan peluh, tekak kering dibakar bahang mentari.. Ada kalanya terasa macam dipanggang di dalam panas terik. Mata ternampak-nampak ayam yang bergolek-golek berputar di dalam pemanggang di kota Mekah yang dulunya bertahun-tahun berharga sepuluh riyal tetapi kebelakangan ini sudah naik harga berbelas riyal. Rindunya.



Hot white coffe yang bundo teguk pagi tadi benar-benar menjalar di setiap urat dalam badan. Sebab itu cakap merapu.  Sebenarnya bundo elergic dengan cofee.. boleh weng weng.



Ikan cencaru sumbat memang menjadi kegemaran ramai orang kan? Lain orang lain cara membuatnya. Basicnya sama, yang lain cuma olahan. Cara bundo mungkin sama dengan cara anda. Tapi bundo letak jugalah di sini buat rujukan sesiapa saja terutamanya anak-anak bundo.

4 ekor ikan cencaru dibelah belakang (tak payah buang kulit keras)
1 cawan kelapa parut.
1 sudu besar udang kering
2 batang serai dihiris
2 biji cili merah (boleh ganti dengan cili api kalau nak pedas)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ikan bilis
garam secukupnya
2 biji limau kasturi diambil jusnya

Cara:
- udang kering direndam dengan air panas.  Toskan dan goreng tanpa minyak.
- Blender udang kering, serai, cili, bawang putih, bawang merah. Campurkan bahan blender dengan kelapa parut.
- Tambah serbuk kunyit, serbuk ikan bilis, garam dan jus limau. Gaul rata.
- Goreng sebentar tanpa minyak dalam kuali. Angkat dan biar sedikit sejuk.
- Sumbat ke dalam ikan dan bakar di atas grill sehingga masak.



Mungkin anda suka cicah dengan air asam.  Bundo suka cicah dengan kicap yang dicampur hirisan bawang dan cili api serta perahan asam limau. Lagi banyak cili lagi kaw.

Sekian.


ibundo

10 comments:

Gee® said...

Ermmmm...mabeles Bundo...

Azmatun Ismail said...

menu mengamcam bangat....pic yang sgt cantik saya minat sungguh dgn pic masakan Bundo

Marsita yahya said...

salam bundo...terasa kesedapan ikan sampai ke sini.

Chah said...

Tgh weng ke nyumbat ikan tu? Rindu kamoo bundo...selit pulak kisah mekah...jd lg rindu....suka melahap opsss mkn ikan bakar tp x suko ikan caru! Alegik ikan wajib kt ostel tu....

ibundo said...

gee, pekabo. Lama tak merempit rumah gee. Ada mknn lebih? Haha..

Azma, amek gambar ni mcm masak gak. Kdg2 jadi kdg2 tak heeee..

Mar, salan. Apakan dayaku..

Chah, tadi jenguk dapo ko tapi kelamkabut balik tak sempat tngl pesan. Rindu kamoo jugak. Dan rindu kat mekah. Tahun ni x bole pegi sbb projek besar ngawinkn anak.. dah tengiang2 suara imam imam kedua masjid suci.

hazila said...

Saya pun suka kalau ikan cencaru masak macam ni.

Shiela said...

Pergghh.. Ni mmg terbaek bundo.. Sodapp..

Shamsiah Abdul Rahman said...

Subhanallah..
Dah la kat sini susah nak dapat ikan jaket ni.. mana pulak nak cari ni??

Qhaifa Nur said...

saya suka ikan ni, belah belakang juga dan goreng...
tapi hubby kurang suka pula...
sedapnya nampak bundo.....

Rohah said...

ni yg sedap ni..ngencesss..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...