Dah hari kamis. Sekolah tinggal harini dan besok saja untuk sesi tahun ni. Minggu depan dah mula bercuti. Tentu perancangan telah dibuat untuk membawa anak-anak berjalan-jalan. Cuma perlu berhati-hati apabila membawa kenderaan sebab sekarang dah mula hujan. Lebat pula tu.
Bagi yang mempunyai kewangan yang mantap mungkin akan membawa keluarga melancong keluar negara. Seronoknya..
Jemput-jemput ini bundo sediakan untuk minum petang abah. Tengoklah resepinya. Anak bundo kata boleh tahan sedapnya sebab ada banyak benda yang digigit-gigit dalam jemput-jemput ni.
Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 tongkol jagung manis
2 sudu besar kismis kecil kecil
6 biji kurma didadu kecil
1 cawan susu cair
1 cawan gula merah
1 biji telur
2 sudu besar majerin
Cara:
Jagung dihiris dari tongkolnya.
Gaul semua bahan dalam bekas. Biarkan sekejap.
Panaskan minyak dan sudukan ke dalam minyak panas.
Cucu bundo Hafiy sudah keluar dari hospital semalam. Mulanya doktor mahu mengambil air sumsum di tulang punggung. Namun tak jadi sebab alhamdulillah berkat doa ramai, plateletnya naik mendadak sampai 240 ribu lebih. Semuga ia terus naik dan kekal begitu. Terima kasih atas keperihatinan semua.
ibundo
7 comments:
wow ada kurma lah Bundo satu kelainan lah boleh try ni mesti sdp bangat kan Bundo..
salam kenal kak....makan cucur nipetang2 dgn air teh sambil santai2 kt dpantv atau kt luar dengan hembusanangin ptg mesti bestkan...haha berimaginasi lak.....meh la jenguk blog syyg x semegah tu.....malu kt akak..
Salam Bundo...berkenan nyer tengok gamba ni...jemput2 pun nampak sedap kalau gambo cam ni...tabik buat Bundo sayang.
ASlhamdulillah baby hafiy dah keluar dari hospital..
kakm pah..abah yo boleh makan cekodok ni..namo e..jemput2 abah,,he he
salam ibundo.....
tenguk pun dah sodap....bolom makan layi....petang nie kena cuba buat tq untuk resepi nie ye.....
sedap nampak jemput2 abah tu... tak sabar nk mencubanya...mekacih Bundo resipinya
alahai Bundo...sedap tgk cucur ni..mcm pula ade kt dlm tu...bleh bketul2 masuk ke mulut skali hadap je ni...lapo cucur dh skrg..hihi
Post a Comment