Latheefa's Muslimah Collections

Monday, November 5, 2012

Sambal gesek ayam dan ikan bilis

Salam hari isnin. Semuga keceriaan memihak kepada anda semua.
Alhamdulillah.  Antara tugas besar yang menanti bundo setiap hujung tahun sudah selesai Sabtu lepas. Bukan maknanya sudah boleh lepas tangan. Banyak lagi kerja yang menanti untuk memasuki sesi baru pada awal tahun depan. Semuga bundo diberikan kekuatan memandangkan bundo ni dah patut pencen goyang kaki saja di rumah sambil goyang-goyang tangan ketuk kuali belanga.



Projek sambal ini bundo buat tengahari semalam. Mulanya nak buat sambal gesek ikan bilis tapi bila tengok dalam peti ais ada mangga sebiji dan ada pula dada ayam kepsi yang tak habis dimakan, bundo beralih ke plan b. Siapa yang selalu makan sambal gesek orang nisemilan memang akan tahu rasa sambal ni. Ada keseimbangan rasa pedas, masin, masam yang menyengat di dalam mulut ketika ia dimakan. Masa bundo kecil dulu, mak bundo selalu buat sambal gesek untuk dimakan bersama pulut tanak.

Okay, yang ini versi tambahan dari bundo.  Enak juga...



Bahan:
15 ulas cili api
1 genggam ikan bilis
1 ketul dada ayam kfc (kalau tak ada, rebus seketul dada ayam)
1 biji mangga
5 ulas bawang merah
3 biji limau kasturi
garam




1. Daging ayam disiat-siat.  Ketepikan.
2. Ikan bilis direndam dalam air panas sebentar.  Tos dan ketepikan.
3. Bawang merah dihiris.
4. Mangga diparut kasar.
5. Cili ditumbuk. Masukkan ikan bilis, tumbuk kasar.  Masukkan pula bawang, tumbuk kasar.
6.  Masukkan ke dalam mangkuk.  Gaul bersama ayam, mangga dan jus limau berserta garam.
7. Seimbangkan kesemua rasa dan tambah mana yang kurang.



Makan dengan nasi panas.  Pergh!!!

Kepada pembaca yang lalu di sini bundo pohon tolong sama doakan cucu bundo Muhammad Hafiy Fakhrullah sehat segera. Ceritanya di sini dan di sini.

Sekian.


ibundo

11 comments:

zila norazila said...

salam bundo zila doakan hafiy cepat sembuh sprti sediakala..
sambal gesek zila pernah dgr tp x pernah makan lg..nnt zila nk cuba jgk la..tgk bundo buat nampak sedappppp:)

Noor Yusoff said...

salam ibundo...nampak sedap terliur saya di buatnya pagi nie. Insyallah saya dah pernah makan yang versi ikan bilis tapi yang ada ayam tu tak pernah lagi. \pasnie dapatlah saya mencuba pulak.

ibh_sue said...

Asslmkum ibundo..sue suka sambal gasek ni. Makan dgn bubuq nasi sedap sangat . :D

Gee® said...

Terliur la Bundo...sungguh menyelerakan... kena mencuba ni...

Rohah said...

unik ni kak...lepas ni bercuti lama sikitlah ye...

yan's cottage said...

salam ibundo.....
kecur air lior den di buetnyo...belum pernah buat dan makan lagi lepas nie...mesti cuba.....

Amie said...

Selamat pagi Bundo... cerita pasal pencen ni... lamanyalah nak sampai! he he he hehh... Bundo ni pencen bukan sebarang pencen tau tapi lebih produktif dengan pelbagai hasil air tangan untuk dikongsi bersama1

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Bundo,
Alahai, kocur air liur..
Biaso buek sambak gesek ikan bilih jo, x ponah laei try tambah ayam..
Kreatif botul la Bundo ni.. kalau Sham memang x tepikir nak nambah ayam tu doh.
Ni kok dapek robush pucuk ubi, umang best ehhh..
Mekasih Bundo.. sok2 buleh la try buek lak..

Bicara Kak Noor said...

salam Bundo mmg saya nak tiru suatu hari yg rajin nampak sangat sedap kalau kasi pedas2 mmg terangkat..

Wattie said...

Salam Bundo,
terliur kita dibuatnya

ishy77 said...

ikan bilis tu mentah kan?..teringat dulu masa...tp xmcm ni...ikan bilis, bawang, cili potong..pergh...yumm2,, nnt try buat mcm ni jugak..mesti lg tebabooo

moga Hafiy cepat sembuh..aamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...