Salam.
Bundo kehabisan kata-kata tak tahu nak cakap apa. Banyak benar benda yang nak dipikirkan kebelakangan ini. Jadi, tak payahlah bundo cakap banyak. Bundo terus sajalah ke resepi bundo pada hari ini.
Ayam ini bundo masak untuk dinner tadi. Cubalah... Mesti ada yang mahu masak berulang-ulang.
Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa diambil santan
2 inci lengkuas *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
4 biji buah keras *
3 batang serai *
5 ulas bawang putih *
6 ulas bawang merah *
15 biji cili api ( boleh kurang atau tambah) *
4 biji cili besar merah *
1 sudu kecil belacan *
1 1/2 kuntum bunga kantan
4 tangkai daun kesum diambil daunnya sahaja
1 keping asam keping
1 cube stok ayam
garam secukupnya
Cara:
1. Blender bahan yang bertanda *. Ketepikan.
2. Blender kelapa parut bersama air secukupnya. Tapis dan ambil santan. Ketepikan.
3. Masukkan minyak masak secukupnya di dalam periuk. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga air ayam keluar.
4. Masukkan santan, bunga kantan, daun kesum, cube ayam dan garam.
5. Masukkan asam keping dan masak sehingga kuah agak pekat.
Pasti menjilat jari.
Sekian.
ibundo
11 comments:
salam Bundo
pagi2 dah tengok ayam kesum mmg ngancam ni mesti pekat2 ni baru umphh kan..
Salam Ibundo....ayam kesum ..tak pernah rasa lagi macammana. Nanti bolehlah kita cuba pulak.
Kenapa Bundo kehabisan kata2..? stess yer... sabar yer Bundo... nanti gee dtg tolong habiskan ayam kesum tu... sedapnyaaaa
Salam Bundo...dari sini terbau wangi ayam ni...bahan semua ada tu...tinggal nak buat ke tak aje:)
mesti sedap ni bile bunga kantan n daun kesum bersatu...baunya tu pon mesti semerbak jugak...bleh cuba hujung mgu ni...tq kak
Salam bundo,
Saya suka betul bau daun kesum dan bunga kantan. Mesti harum masakan ni.
as-salam
ngancam betul ayam daun kesum tu ibundo
aduh...ibundo meleleh air lior menenguknya....nampak sedap sangat....alangkah baiknya kalau berjiran dekat dapat den merasonya yo..
salam bundo... tu diaaa... unik sungguh air tgn Bundo... siap ngn daun kesum, bunga kantan... lagi power dari masak lemak cili padi ni
Assalam Bundo.. terbau bau harum masakan ni dahh.. pasti tak sempat sempat nak makannya..
Assallamualaikum Bundo..
Hehehe...dah habis kata2 ye skrg bundo..
Bundo, mmg confirm sedap lauk ni bila ditengok pada senarai bahan2nya.. Ni kalau ada cili padi + santan tu mmg fav Naz ler tu.. Bahaya ni kalau Naz buat ni sbb mmg tau dah akan bertambah2 nasi bila makan dgn lauk ni..hehehe..
Post a Comment