Latheefa's Muslimah Collections

Thursday, July 10, 2014

Herbal Roast Chicken

Malu pulak aku tengok kaki ayam ni terlepas macam tu.
Cantiknya diikat. Tapi semalam cari tali tak jumpa maka jadilah dia berada dalam posisi yang agak memalukan haha. Nasib baiklah kau ayam.

Semalam panggang dua ekor. Licin. Dagingnya lembut. Rasa herbalnya masuk ke dalam. Makan macam tu saja pun dah sedap. Tak payah dengan nasi. Tapi nanti tangan kena babap kalau nak meratah macam tu sesaja. Mau tak cukup dua ekor.





Okay resepi.

1 ekor ayam

bahan perap:
1 sudu besar rempah campuran (mix spices)
1 sudu besar serbuk cajun
1 sudu kecil serbuk pati ayam
3 tangkai herba rosemary
3 tangkai herba thyme
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar olive oil (tambah kalau rasa tak cukup)
1 sudu kecil garam
slices of lemon

Lumur ayam dengan bahan perap selama 1 jam atau lebih.
Lumur rata termasuk bawah kulit ayam.
Ambil satu sudu besar mix spice lagi dan lumur dalam perut. Lumur rata juga.
Bubuh dua slices lemon dalam perut.

Aku perap dua jam. Baru rasa dia meresap ke dalam daging.
Kemudian bakar 200 deg F selama  40 minit.  Terbalikkan dan bakar lagi 40 minit atau sehingga warna nampak cantik.



Nanti ayam ni akan meninggalkan jus di dalam bekas bakar. Jus jangan dibuang.  Masukkan jus ke dalam periuk atau kuali dan campur dengan 1 sudu besar tepung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak sampai kuah tu pekat.  Curahkan atas ayam.

Kalau nak bakar ayam dengan assesori  lain pun boleh. Bubuh ubi kentang, tomato ceri, capsicum dan sebagainya. Ikut kreativiti memasing lah.

sekian.  Tidak rugi mencuba.

ibundo


5 comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum ibundo..menggoda sungguh ayam tu...cantik warnanyer....;)

Bicara Kak Noor said...

cantik kaler ayam tu bundo, nanti saya pun nak try,,

Amie said...

Ho hooo... nampak seksi ayamnya tu Bundo... warnanya pun mengancam selera tau! Cantik!

Rohah said...

Ayam tu selesa kaki madam tu Bundo..hihiiii
INI betul2 meruntun selera

cikmanggis said...

haha lucu la kakpah ni.Tak apa jangan pandang kakinya.Yang penting sedap kak pah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...