Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, July 8, 2014

Ayam Kantan

Tengah berpikir-pikir mahu masak apa untuk petang ini?
Cubalah resepi ini. Pasti tidak akan mengecewakan.

Anak-anak aku semua suka makan ayam. Jadi, masak ayam kena dipelbagaikan.
Kalau masak ikan, kuah saja yang habis. Ikan terkebil-kebil dalam pinggan. Nak-nak ikan kembung atau ikan selar. Lagilah tak berusik langsung.

Resepi asal aku ambil dalam saji.  Aku olah sikit sikit untuk memenuhi citarasa tekak sendiri. Alhamdulillah memenuhi citarasa tekak orang lain juga.  Habis licin dimakan sampaikan tidak ada baki untuk aku panaskan semasa sahur.



Bahan ini adalah untuk 1 ekor ayam.  Aku masak 2 ekor.  Pandai-pandailah u all adjust.

Bahan:
1 ekor ayam di belah 4
2 tangkai daun ketumbar
1 batang daun kantan saiz besar (kalau kecil, guna 2 batang)

1 sudu kecil rempah campuran
1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk kasar
sedikit serbuk kunyit
1 atau 2 keping asam gelugur
1 kotak santan (atau santan dari satu biji kelapa)
tomato ceri
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak masak

Bahan kisar:
3 biji buah keras
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 batang serai
4 biji cili besar hijau
4 biji cili api hijau (tambah kalau nak pedas)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar




Panaskan minyak.
Tumis bahan kisar yang telah dicampur dengan serbuk kunyit sehingga wangi.
Masukkan ayam. Masak sebentar sehingga air ayam kering.
Masukkan santan, bunga kantan dan daun ketumbar. Juga lada hitam dan rempah campuran.
Tambah garam. Bagi yang suka gula, bubuhlah satu sudu kecil gula.
Masak sehingga kuah pekat.

Kemudian keluarkan ayam.  Bakar sekejap sehingga keperangan.
Semasa menghidang, curahkan kuah atas ayam.  Hias dengan ceri tomato.



Sekian.
Selamat mencuba.
Selamat berpuasa, selamat beribadah dan selamat membuat juadah berbuka buat orang yang kita sayang.

ibundo


4 comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum ibundo..yumyum tentunya sedap dijadikan juadah untuk berbuka puasa....

Gee® said...

Nk semangkuk... sodap tuh... !!

AzeedA said...

uishhh seksinye ayam!

Amie said...

Anak-anak saya pun 'hantu' ayam Bundo, kalau boleh hari2 nak lauk ayam, tapi saya 'paksa' juga makan ikan he hehehe... tapi kena buat ikan masak sos le...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...