Latheefa's Muslimah Collections

Friday, January 25, 2013

Ayam rendang briyani

Salam hari jumaat.
Dah hari jumaat.
Pejam celik pejam celik, bulan satu dah nak sampai ke penghujung. Cepat betul masa berjalan. Sebagaimana cepatnya uban-uban yang tumbuh menjalar di atas kepala hehe..

Cerita pasal rendang ayam ni.  Mulanya nak buat rendang biasa tapi last minute tergerak pula nak cuba dengan rempah briyani. Maka terjadilah ayam rendang briyani.  Rasa boleh tahan lah jugak. Bundo saja buat bumbunya banyak-banyak supaya boleh selet-selet dengan roti. Mmmm.. nikmat.



 Bahan:
1 ekor ayam
1 1/2 biji kelapa parut.
3 biji bawang besar *
3 batang serai *
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
3 biji buah keras*
15 biji cili api (tambah kurang ikut selera)*
3 sudu besar rempah briyani
1 sudu kecil kunyit serbuk
8 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 sudu besar jus lemon
garam secukupnya



1. Blender kelapa dan perah santannya.
2. Blender bahan yang bertanda *.  Campurkan bahan blender dengan rempah briyani dan kunyit.
3. Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan blender  dan daun limau purut sehingga masak dan wangi.
4. Masukkan santan. Masak santan sehingga ia tinggal separuh daripada asal.  Masukkan ayam.
5. Tambah jus lemon.
6. Masak sehingga pekat.



Ni rendang ke?
Haah.
Kenapa rasanya lain.
Sebab taruk rempah briyani.
Sedap..







Sekian. Hujung minggu ni bundo nak pergi bejalan.  Isnin cuti kan. Dan pastinya dapur bundo tak berasap buat beberapa hari. Sabar je lah dengan ayam rendang briyani ni ye.



12 comments:

Marsita yahya said...

Salam Bundo, sekali-sekala layan rendang sedap gak kan?

zana fahmi said...

Salam Maulidurrasul Bundo, sah dan sah zana akan masak ayam resipi ni bila free nanti. Ada rasa mcm kuzi tak Bundo?

Gee® said...

Aduhai Bundo, kalaulah dapat semangkok rendang briyani Bundo tu gee nak makan bersama pulut... nyam2x

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo....
Sedapnya tgk ayam rendang briyani tu... Mmg suka sesgt makan kalau bab rendang2 nie.... Terliur diana tgk...

yan's cottage said...

salam ibundo....

mesti sedap nie...ayam dalam dua rasa gitu....bolehlah cuba lepas nie...tq kongsi resepi nie...ibundo...

Ezza Muffinbiru said...

Sedap rendang ni..ermmm ..nak tanya laa..semenjak 2 menjak ni asik pakai Ms Lemon jer..ada rahsia ke?

rahel said...

Sedapnya gue tangok lauk itew...

Rohah said...

kak..rendang versi baru ye...nak pi mana tu? jgn lama2..hehee..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

balik bercuti nanti bundo jangan cari dah rendang ni ye... kami angkut sekali dengan mangkuk2nya... pinjam kejap.. nnt pulang blk.. hehe..

hmm.. sedap!

Shiela said...

hmmm.. terbau bau lah bundo.. :b

norhanim md zain said...

sedap:o)

anymz said...

woit...poi mano tu kak pah oi..poi JB ko?..balik kak..sekolah dah bukak ni.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...