Wednesday, January 30, 2013

ikan goreng lemak harum

Salam.
Sebenarnya bundo tak pergi jauh mana pun. Pergi johor je.  Melawat sedara di kota tinggi dan lepas tu mengenang-ngenang masa  lampau di johor bharu. Bundo menghabiskan beberapa tahun usia remaja bundo kerana bersekolah di situ.  Sempat jugalah melawat sekolah lama. Walaupun sudah berpuluh tahun bundo tinggalkan, bangunan  yang bundo kenal dulu masih utuh di situ.

Sempat juga ke JPO. Sana sini orang bercakap mengenainya. Bila dah sampai di jb, takkan tak pergi. Tapi harganya mak datukkkk.. mahal gilerrr. Memang terperanjat beruk tapi bila tengok satu henbeg kulit yang hati pekenan, sambar jugaklah satu. Itu pun sebab ada diskaun.

Bagi yang belum pernah ke kota tinggi, bundo nak bagitau yang harga tudung, baju siap atau kain bahan memang agak murah.  Di situ ada satu bazar.  Sepupu bundo buka restoren minang di situ. Mulanya bundo tak tahu juga yang di situ ada jual kain yang berbaloi-baloi harganya. Bila bundo meronda dari satu kedai ke satu kedai, bundo dapati harga baju siap sepasang adalah separuh lebih murah daripada di kl ni. Sepasang baju  sulam yang ada batu harga di kajang 160.00 ringgit.  Tapi di situ, baju yang sama harganya 75.00.  Murah kan? Bundo beli 3 pasang..haha.



Okay.  Pasal masak-masak pula.
Bundo namakan masakan ni ikan goreng lemak harum sebab baunya memang harum. Harum dah pastinya enak.  Cubalah..

Bahan:
3 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar saiz kecil hiris bulat
3 ulas bawang putih dititik
1/2 inci halia hiris mancis
4 ulas bawang merah ditumbuk kasar
4 biji cili api dipotong dua serong
2 biji cili hijau besar potong 2 serong
1 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 @ 2 helai  daun kunyit dikoyak-koyak.
2 sudu besar bawang goreng
1 keping asam keping



- Ikan dilumur kunyit dan sedikit garam.  Goreng tapi jangan garing.
- Panaskan sedikit minyak.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan cili, serbuk kumnyit dan bawang besar.  Tumis sebentar.
- Masukkan pula santan cair, santan pekat dan daun kunyit.
- Apabila mendidih, masukkan ikan, asam keping dan bawang goreng.
- Rasakan garamnya.


Selamat mencuba.  Boleh tahanlah sedap.
(Sendiri puji.  Siapa lagi nak puji kan.. )





8 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Bundo,
Pagi-pagi lagi dah terbau keharuman ikan goreng kembung Bundo... alahai Bundo, napalah sekarang ni harga ikan melambung naik?????

Unknown said...

Assalammalaikum Bundo, zana baru copypaste resipi ayam hari tu. Bundo halalkan ye? Ikan ni pun nanti zana nak buat juga. semua resipi bundo zana suka sgt, simple dan sedap tau.

miss yatie said...

Assalamualaikum Bonda,

nampak memang sedap, apa lg warnanya kekuningan..

KY belum sampai lg ke kota Tinggi

ogyep yummy mellow said...

Salam Bundo,
lama tak singgah sini.. bukan main lagi Bundo shopping ya.. standby untuk raya lah tu ya...

ogyep tak pernah cuba resepi ikan goreng bersantan ni.. teringin pulak nak mencuba.. nampak sedap gituuu...

Gee® said...

Owww...bolehlah gee kirim beli baju kat Bundo nanti yer... hehehe...

Qhaifa Nur said...

masa pergi johor tahun lepas lalu saja JPO tak singgah pun...
kat kota tinggi pak long Nur ada kat sana..
sedapnya bundo menu pagi nih.....

Rohah said...

kalau saya boleh tambah nasi gayanya ni...

Min said...

best nye makan2..pegi johor meh la singgah umah sy..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...