Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, January 16, 2013

Ayam kampung sijantung pisang

Salam.
Lama sudah tidak bertegur sapa.
Mula-mula sibuk. Lepas tu malas.  Bila malas, tu yang asek tayang apam balik tak sudah-sudah. Mmm.. masak memang masak tapi bila tiba tang ambil gambar, nak kena buat setting, pasang tripod kelepak kelepuk bagai.. tu yang lama tak berupdate.  Bundo tengok geng-geng masak semuanya lajuuuuu je.

Haritu sibuk teramat sangat sebab maid tak ada. Sekarang ni walaupun dah ada maid baru tapi masih belum pandai buat kerja. Masih blur sangat-sangat. Nak kerja ajar satu-satu. Macam paku dengan penukul.  Sekali pukul, baru masuk. Sabau jer lah aku ni.

Cakap pasal resepi bundo kali ni.
Ada seketul jantung pisang dah lama bersarang dalam peti ais. Hajat mulanya nak buat kerabu je. Tapi teragak pula nak masak dengan ayam kampung. Ayam kampung sekarang ni mudah nak dapat di bandar. Bayar je lah sekor empat belas ringgit.  Dapatlah yang cenonet.  Kalau agak-agak tak cukup, kena beli dua ekor. Tapi ayam kampung ni muda lagi.  Masak sekejap dah empuk. Kalau kena yang tua dan keras, mau liat boleh tercabut gigi palsu bila menggigitnya.






Resepi.

1 ekor ayam kampung
1 biji jantung pisang
1 biji kelapa
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras *
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
6 biji cili api * (tambah kaalau nak pedas)
3 biji cili merah *
2 batang serai *
8 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 keping asam keping





- Jantung pisang dibelah 4 dan direbus sehingga empuk.  Biarkan sejuk dan perah airnya. Ketepikan.
- Kelapa di blender dengan air (agak-agak.  Jangan banyak sangat). Tapis.  Blender yang pertama santan pekatnya.  Blender yang kedua santan cairnya. Asingkan santan pekat dan santan cair.
- Blender bahan yang bertanda *.
- Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan * yang telah diblender. Kacau sehingga masak dan wangi.
- Masukkan ayam dan daun limau purut. Biarkan air ayam kering. Masukkan santan cair dan garam. Apabila santan agak berkurangan, masukkan pula santan pekat dan asam keping.
- Masukkan jantung pisang bila ayam sudah empuk. Biarkan kuah agak pekat.



Jomlah makan!!!

Ohya sebelum terlupa. Ada resepi bundo yang keluar di majalah wanita januari. Pada yang telah membeli, selak-selaklah mukasurat sebelah belakang .




Terima kasih pada Mas yang telah memberi peluang pada bundo.


ibundo

10 comments:

Gee® said...

Wah!Tahniah Bundo... walaupun asik tenggelam timbul, hidangan tetap hebat! sedap menu ayam kampong tu...

Faridah Amran said...

Menyelerakan ayam kampung dengan jantung pisang tu!nak cubalah buat nanti.x pernah lagi makan ayam kampung campur jantung.

Nooriah Abdullah said...

salam Bundo..
memang sedap ayam kampong dimasak mcm ni adui kena beli ayam kmpong lah ni sbb teringin lah tengok masakan Bundo ni, dah tahniah resepi selalu dlm majalah heeee, saya jugak yg takde maid sbb maid dah lariiiiiiii aduiii dah saba lama ni Bundo heee

Shiela said...

wahh.. dapnyer bundo.. apa pun tahniah yer recipe di majalah.. tumpang hepi.. :)

Marsita yahya said...

cakkk! windu windu...tahniah bundo..walla ayam kg ngan jantung perghh terliur ni.

Rohah said...

salam kak, menu dalam N3 akak ni sama ngan sajian makan tghhari sy hari ni..tapi takleh update ari ni..sbb menu yg lama dok lama tunggu Q menanti disiarkan..cuma jantung pisang ni sy gandingkan ngan ikan pari

ibundo said...

gee,
tenggelam timbul lagi buat orang rindu kan? haha..

faridah,
kita ni orang melayu asal kampung yang kalau nak masak main petik2 benda kat belakang rumah. Haha sebab tu apa ada main belasah je.

Noor,
bundo ni manja.. perlu sesangat ada maid kehkeh.

shiela,
apa kabar. Lama tak menjenguk ke dapur shiela.

marsita,
cak!!! kembali.

Rohah
o ye ke. Kebetulan pulak sama ya. Bundo nantikan n3 tentangnya.

cikmanggis said...

Fuyooo hebat bundo ni.Asyik masuk majalah je resipi bundo.Tahnia la yo.Cm pun sekarang makan ayam kg.Kt pasar putrajaya jika beli dua ekor daptlah harga 11 rm sekor.Tp kan..alamak kecik molek.Jari jemarinyanya runcing...

Kak pah!!! Mmg cm la yg dok lambai lambai kakpah kt lif tu ari....tp kan Cm yakin len kali jika terserempak kak pah tk camnya....tk pr tk pe nnt Cm jerit kuat kuat....kak pahhhh....kak pahhhh ;)p

ibundo said...

cm,
haha.. terjawab sudah. Puas mikir sapalah yang melambai2 tu hari. Anak tanya sapa tu mak. Kpah jawab ntah... haha.

zila norazila said...

Bundo tahniah masuk mag wanita..mmg layak tau cz mskn bndo sdap2..dlm diam trus kluar aym kg tau..he heee kecur btl tgk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...