Latheefa's Muslimah Collections

Monday, January 21, 2013

sambal udang

Tenggelam timbul, tenggelam timbul.   Ish.. susah betul nak maintain update blog ni. Nak buat macamana ek?  Masa mengejar kita.  Dan kita pula mengejar masa.
Buat je lah mana yang sempat ye tak.

Sambal udang ni bundo buat beberapa hari lepas.
Sambal yang tak pedas bagi mereka yang tak berapa gemar makan yang pedas-pedas.  Boleh dimakan dengan nasi biasa atau boleh juga dimakan dengan nasi lemak.




Untuk memudahkan orang yang makan, bundo buang kulit udang siap-siap.  Tapi kulit udang bundo tak buang.  Bundo bersihkan dan rebus dengan sedikit air untuk mendapatkan stok.  Stok udang boleh digunakan untuk masakan lain.  Jangan buang.  Sayang.  Sebab manis udang banyak di kulitnya.




20 ekor udang saiz besar dibuang kulitnya
6 tangkai cili besar merah *
2 tangkai cili kering dipotong kecil dan rendam dalam air panas*
2 biji bawang besar bersaiz kecil dihiris bulat
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 cm halia*
1 sudu besar jus lemon
garam
1/2 sudu kecil gula

- Blender bahan yang bertanda *
- Panaskan minyak secukupnya.  Tumis bahan kisar sehingga masak dan terbit minyak.
- Masukkan udang , bawang hiris, garam, sedikit gula dan jus lemon.
- Sesuaikan semua rasa.
- Siap.





Sedia untuk dimamam.

ibundo

13 comments:

Amie said...

Lama tak masak udang ni Bundo... ooo kulitnya keluarkan rasa manis ye Bundo, terima kasih kongsi info!

fatin qurratuaini said...

cam sedap ja..... ada rasa lemon gitu

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam.....Lamanya tak singgah makan kat sini.Sedap ni bonda

Marsita yahya said...

salam bundo, saya pun selalu buang kulit siap2 kalau tak kena komplen.

cikmanggis said...

Jika buat sambal tak kupas kulit udang...hai kena tunggu tepi untuk tolong kupas untuk Cik abe Cm ..jika tak..takmo dia makan.Susah katanya hehe.

rahel said...

Sambal udang memang sedap...gue suka banget....ada lg k?

Shiela said...

waduhhh.. saya tersangatlah laparnya bundo.. :b

Gee® said...

Sama lah menu gee semalam... tapi sambal udang kat rumah ni kena podeh2 baru kaww!! anak2 suka makan dengan kicap.. bertambah2 makannya

Ezza Muffinbiru said...

kak,
saya pulak tak suka buang kulit udang masa buat sambal tumis ni...anak ramai kak..kalau dah terkopek ,laju jer diaorang mengambik...kita ni makan sambal jer..hik hik hik..

asmah yusof said...

Sedapnya nya bonda...dapat pulak kulit dah siap kopek...laju je la mknnya :))

Noor Yusoff said...

bundo...lama saya tak masak sambal udang hehe terasa la nak makan

Sufi Al-Arshadiy said...

Hurm...sy pernah rasa sambal udang bundo ni waktu openhouse raya baru ni..jujur cakap mmg sgt sedap. Sampai mengidam nk mkn lagi,tp xjmp org lain buat sedap mcm tu...huhu...

ummiaiman said...

Sedaony sambal udang bundo ni...terliur la...terus rasa lapaaaa.
Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...