Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, January 31, 2012

ikan parang asam pedas

Ahad haritu bila tanya hubby nak makan apa lunch, dia cakap masak ikan asam pedas. Kalau dah lidah dan tekak orang melaka memang tak boleh lari dari asam pedas.
Kemudian tanya pula nak makan ikan apa. Dia kata ikan terubuk. Dah tahu dah ikan terubuk banyak tulang tapi dia nak jugak sebab sedap.

Bila bundo masuk pasar, cari ikan terubuk lepas satu gerai ke satu gerai tapi tak ada. Itulah bahananya kalau mulut banyak sangat soal. Macam cerita dalam surah albaqarah. Kalau mulut ni diam je tak tanya ikan apa kan senang bundo ambek je ikan tenggiri. 

Tapi ternampak pula ikan parang. Ikan parang ni lebih kurang sama spesis dengan ikan terubuk.  Banyak tulang tapi dagingnya sedap dan manis especially kalau baru naik dari laut.

Macam tu lah asal usul ikan parang asam pedas ni.



Masak asam pedas ni banyak versi. Versi ni pulak ikut anak tekak dan bahan yang ada dalam kabinet dapur.

Bahan:
3 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 senduk gulai cili kering  yang telah diblender
1/2 inci halia*
sedikit belacan*
1/2 inci kunyit*
satu batang serai*
1/2 sudu halba
bende secukupnya
air asam jawa secukupnya
daun kesum beberapa tangkai
1 kuntum bunga kantan
beberapa helai daun limau purut


Blender bahan yang bertanda *.  Panaskan minyak.  Tumis bahan yang diblender bersama halba.  Biar sehingga naik bau.  Masukkan cili kering. Tumis sehingga masak dan terbit minyak. Masukkan air asam dan tambah air secukupnya. Masukkan ikan, bunga kantan, daun limau dan daun kesum. Kemudian bubuh bende.  Ada orang bubuh gula sedikit tapi bundo tak berapa suka masukkan gula dalam masakan.





Anak-anak makan terkial-kial sebab leka cabut tulang. Bundo makan, tersengkang tulang kat tekak. Terkial-kial nak keluarkan balik tapi makin lama mencuba makin  dicucuknya tekak bundo ni. Hubby cakap, telan je.  Tolak dengan nasi sekepal. Bundo telan nasi sekepal. Tak jalan.  Bundo ambil lagi sekepal yang lebih besar dengan harapan aku tak tercekik nasi ni pulak nanti.  Baru jalan.  Adei.. tobat dah taknak makan ikan yang banyak tulang ni lagi.


ibundo

Monday, January 30, 2012

sayur goreng kicap

Makan sayur tu.  Jangan tak makan.
Mak bundo selalu cakap macam tu.  Masa bundo kecik -kecik dulu la. Bila dah beranak sendiri, cakap pulak dengan anak macam tu.  Agaknya budak-budak memang tak gemar sangat makan sayur. Kalau ada sayur dalam pinggan, dikuis-kuis ke tepi pinggan sampai terjatuh atas meja. Kalau terasa ada sayur dalam mulut, digentel-gentel dengan lidah lepas tu cekut dengan tangan dan buang.

Tapi bila dah tua begini, sayur tu lah yang dibuat kawan.  Main ratah ratah macam tu je tak payah makan nasi. Satu, sebab dah tua dan dapat nilaikan khasiatnya makan sayur.  Dua, sebab dah sememangnya tak boleh makan benda-benda yang lemak dan banyak kolesterol. Pilihan terbaik, sayur salah satunya.



Ala.. saja je nak bebel pasal sayur. Takde lah korang cakap betapa simpelnya masakan bundo kali ni.

Ni kacang panjang dan taugeh goreng kicap.
Bahan:
kacang panjang
taugeh
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
cili merah
sedikit carrot hiris untuk hiasan
semestinya ada kicap.

Cara?
Kalau tak pandai memang nak kena babab.


Sekian.  Selamat meratah.

ibundo

Sunday, January 29, 2012

Puyuh goreng berempah

Rasa-rasanya mood macam dah nak datang balik ni.. hehe..
Puyuh goreng berempah ni bundo buat untuk makan tengahari tadi. Dah seminggu burung puyuh ni tersimpan dalam freezer. Kata takde mood kan.  Masak pun main  cincai-cincai apa yang senang je. Tetapi harini terlebih rajin.  Balik dari berjoging tadi bundo singgah pasar beli apa yang patut.  Lepas tu sampai rumah, terus singsing lengan baju dan berjoging dalam dapur pula. Masaklah tiga pat jenis lauk.  Mak ai... anak masuk dapur dia ingat nak kenduri ke hape.

You all pun dah biasa dengan ayam masak berempah kan.  Cuma kadang-kadang bahan tu ada beza sikit sana sini. Bundo punya resepi ni takde main sukat-sukat.  Semua pakai tabur je sesuka hati.



 Bahan: A
10 ekor burung puyuh dibelah dua, dibersihkan dan masukkan ke dalam mangkuk.

Bahan B
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia (lebih kuranglah)
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai dipotong anggaran 1 inci
** Blender kasar bahan di atas. 


Bahan C
2 sudu besar rempah kari (suka hati nak kurang atau lebih.  Bundo main tabur je)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukupnya



 Masukkan bahan C ke dalam B dan curahkan ke dalam mangkuk berisi puyuh.  Gaul rata dan perap dalam 1 jam atau sekurang-kurangnya 1/2 jam.

Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Bila selesai, tapis bumbunya dan goreng pula bumbu yang telah ditapis itu sehingga garing.  Taburkan di atas puyuh.



Sedap diratah begitu saja.

Sekian.

ibundo

Saturday, January 28, 2012

Trapped in laziness

Assalamualaikum... especially to those who never failed to drop in here. Sorry if I disappoint many 'cos it's been ages since I wrote the last n3. Busy? not really. Cuma terkurung dalam satu mood yang boring dan malas.

Tapi dalam malas sempat juga buat kek yang dioder oleh kawan anak.







Kek: Chocolate moist yang resepi semua orang dah tahu dan tak payahlah bundo nak tulis.












Kek : sponge cake yang resepinya semua orang dah tahu dan tak payahlah bundo nak tulis.


That's all for now. Cuma untuk menghilangkan keboringan dan kemalasan yang melanda. Sorry fior not visiting you all.

ibundo


Tuesday, January 17, 2012

Salad sosej kentang

Salam semua.
Kita sentiasa tercari-cari resepi yang simpel. Terutamanya bila masa kita dicuri dan kita mahu menyiapkan hidangan dalam masa yang singkat.  Pada masa yang sama kita mahu ia tetap disukai oleh anak-anak.

Salad sosej kentang ini dapat disiapkan dalam masa yang saaaaangat singkat. Di samping itu bolehlah buat telur mata kerbau masak sos cili thai dan untuk menambat selera, tumbuklah sambal belacan.



Banyaknya sosej ikut kesesuaian. Dalam kata lain, ikut suka hatilah banyak mana nak buat.
Banyaknya kentang juga ikut kesesuaian. 
Mayonis juga pandai-pandai sendirilah.
1 sudu besar lada hitam ajishio (atau lebih/ kurang mengikut banyak sosej dan kentang)
lada hitam kasar
baby tomato beberapa biji dibelah dua
sedikit daun bawang dan daun sup untuk tabur
sedikit capsicum hijau dan merah didadu (aku tak bubuh sebab tak ada)
garam secukup rasa




Kentang dipotong wedges dan digoreng sehingga kekuningan.
Sosej dipotong menyerong.  Panaskan air dalam periuk dan bila mendidih masukkan sosej.  Rebus sebentar sahaja dan toskan.




Masukkan kentang yang telah digoreng, sosej dan bahan lain kecuali daun sup/bawang dan lada hitam kasar ke dalam mangkuk.  Gaul rata. Akhir sekali taburkan lada hitam kasar dan daun sup/bawang.
Sedia untuk di makan atau diratah.



Sekian.

ibundo

Sunday, January 15, 2012

Roti bunjut goreng bersarang


Roti massimo ni gebu sungguh. Siapa yang tempat dia tak sampai roti massimo ni, telan je lah air lio.
Satu hari haritu aku beli sebungkus roti massimo ni.  Rupanya bibik aku pun dah beli satu bungkus dengan india jual roti yang lalu lalang depan rumah ni. Bila tengok roti terlebih macam tu kepala pun ligat mikirkan nak buat apa.


Sudahnya aku buat inti, letakkan atas roti dan aku bunjut-bunjut.  Celup dalam telur dan aku goreng garing.  Sedap juga lah.  Adik, anak aku tu aku buat apa pun dia kata sedap.




Sebungkus roti massimo
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk stok ayam

Bahan inti:
1 biji tahu lembut
200 gm daging ayam cincang
1/2 biji bawang besar didadu
1 biji bawang putih dicincang halus
sedikit capsicum merah didadu kecil
sedikit capsicum hijau didadu kecil
sedikit daun bawang dan daun sadri dihiris halus
1 sudu kecil lada hitam ajishio
garam secukupnya.
1 sudu besar butter


Cara:
Hancurkan tahu.  Ketepikan.
Panaskan butter.  Tumis bawang putih dan bawang merah.  Masukkan ayam dan tahu.  Masak sebenatar.  Masukkan bahan lain dan masak sehingga air benar-benar kering. Keluarkan dan biarkan sejuk atau suam.

Ambil sekeping roti dan potong bulat. Tekan di tengah-tengah roti sampai tenggelam seperti dalam gambar 2. Isikan inti di dalam lubang.  Bunjutkan seperti gambar 4.  Proses membunjut mungkin bermasalah sebab dia kejap-kejap nak terbukak.  Letak sedikit tepung yang telah dibancuh dengan air dan tekan supaya melekat. Kalau terbukak juga, tak apa. 

Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Tambah serbuk stok dan kocok sebentar hingga sebati.
Panaskan minyak di dalam periuk kecil kerana roti ini perlu digoreng tenggelam.
Celup roti ke dalam telur dan goreng tenggelam sehingga kekuningan.  Buat sampai habis.  kalau tak cukup telur, tambah.  Kalau telur berlebih, curahkan telur itu ke dalam minyak dalam periuk tadi dan dikacau laju-laju supaya dia bersarang.  Letak atas pinggan dan letak roti yang telah digoreng tadi di atasnya. Hias ikut citarasa.



Sedap dimakan dengan sos cili atau buat lauk.

Sekian.

ibundo

Thursday, January 12, 2012

Siakap asam rebus

Bila sudah lama berhenti, sukar untuk melakukannya semula. Realitinya, kepala memang berserabut sejak berminggu-minggu. Makan dan minum ikut apa yang sempat.  Tidak juga beriya-iya untuk memasak sesuatu yang enak dan mengabadikan fotonya dalam album peribadi.

Ingat? memang ingat dan teringat-ingat tetapi masa yang mengekang, dayatahan badan yang berkurangan dan mood yang semacam merudum ke peringkat paling bawah menyebabkan ingat hanya tinggal ingat gitu-gitu saja.

Semalam, selera hanya berkenan pada yang rebus-rebus saja. Kebetulan ada siakap yang belum dimasak. Maka berlakulah kejadian ikan siakap masak asam rebus. Uuuuhhh... enak untuk aku hirup-hirup kuahnya sambil meratah ikan dan menggigit-gigit dan mengunyah sayur bende.

Berkenan?  Silakan...


1 ekor ikan siakap dikerat beberapa potong
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih*
1 biji buah keras*
2 batang serai diambil bahagian putihnya sahaja *
1 cm halia *
1 cm lengkuas *
2 biji cili merah (cili besar)*
sehiris nipis kunyit hidup*
1 helai daun kunyit
1 atau 2 keping asam gelugur
6 helai daun limau purut dibuang tulangnya
beberapa biji bende
1 biji tomato dibelah lapan dan dibuang bijinya
air secukupnya



Blender bahan yang bertanda*.
Masukkan ke dalam periuk dan di tambah air.  Airnya jangan terlampau banyak.  Agak-agak ikan tenggelam sahaja. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan, asam keping, daun kunyit yang dicarik-carik, daun limau purut dan garam secukupnya. Kalau suka pedas boleh masukkan dua tiga biji cili api yang dititik.
Masukkan pula bende. Kalau suka bubuh perasa tambahan, bubuhlah. Bila sudah masak, padamkan api dan masukkan tomato.



Sedap dimakan ketika masih panas.

Sekian.

ibundo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...