Latheefa's Muslimah Collections

Sunday, January 29, 2012

Puyuh goreng berempah

Rasa-rasanya mood macam dah nak datang balik ni.. hehe..
Puyuh goreng berempah ni bundo buat untuk makan tengahari tadi. Dah seminggu burung puyuh ni tersimpan dalam freezer. Kata takde mood kan.  Masak pun main  cincai-cincai apa yang senang je. Tetapi harini terlebih rajin.  Balik dari berjoging tadi bundo singgah pasar beli apa yang patut.  Lepas tu sampai rumah, terus singsing lengan baju dan berjoging dalam dapur pula. Masaklah tiga pat jenis lauk.  Mak ai... anak masuk dapur dia ingat nak kenduri ke hape.

You all pun dah biasa dengan ayam masak berempah kan.  Cuma kadang-kadang bahan tu ada beza sikit sana sini. Bundo punya resepi ni takde main sukat-sukat.  Semua pakai tabur je sesuka hati.



 Bahan: A
10 ekor burung puyuh dibelah dua, dibersihkan dan masukkan ke dalam mangkuk.

Bahan B
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia (lebih kuranglah)
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai dipotong anggaran 1 inci
** Blender kasar bahan di atas. 


Bahan C
2 sudu besar rempah kari (suka hati nak kurang atau lebih.  Bundo main tabur je)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukupnya



 Masukkan bahan C ke dalam B dan curahkan ke dalam mangkuk berisi puyuh.  Gaul rata dan perap dalam 1 jam atau sekurang-kurangnya 1/2 jam.

Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Bila selesai, tapis bumbunya dan goreng pula bumbu yang telah ditapis itu sehingga garing.  Taburkan di atas puyuh.



Sedap diratah begitu saja.

Sekian.

ibundo

10 comments:

Acik Erna said...

assalam kak pah..saya ni kan..kalau burng puyuh niu memang suko bona..goreng ko..masak lomak lado api campur pengago pun sodap..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Hallo...halloo...rindu le....minta sekor le burong puyuh tu...

ibundo said...

erna,
osah sodap e na oi.. Moratah cam tu yo. Toringat pulak dulu maso kekocik, selalu kojar burung puyuh kek sawah.

ros,
hehe.. kita pun rindu gak kat awak.

CT Delima said...

As'Salam ibundo

Lamanya tak intai2 Bundo masak, sibuk ya Bundo, ker ct yang tak perasan kot..hihi

sedapnya burung puyuh digoreng. Tapi sekali jer kena makan ni Bundo, kolestrol tinggi. Kalau Hubby makan 2 ekor lepas tu dah tak nak jamah lagi dah. mahal pun mahal burung puyuh ni erk Bundo.

cikmanggis said...

kena pi pasar borong esok ni nak beli Puyuh..nampak menggoda sekali..paha puyuh tu bersilang silang..sedapnya ranggup nampaknya.

Gee® said...

ermmm...suka meratah puyuh goreng... garing jer kan kan...

ibundo said...

ct,
bundo dah lama tak masuk ke dapur. Tak ada mood lah ct. Tak jenguk ct pun dah lama ..

CM,
kpah beli kat kedfai frozen je
hehe

gee,
kalau goreng sendiri sedap jer gee. Kalau makan di restoren banyak kali terkena puyuh yang keras.

Chah said...

Haaa...taupun nk singsing lengan...berderet2 yg beratur kt belakang ni dok tadah pinggan..bak 2 ekor bundo, lama dah aku tk ngendeng sini...2 ekorpun tupun lekat celah gigi je...bak la sekor lagi..ratah je, mmg sempoi!

ibundo said...

chah,
kalau takat dua ekor memang buat taik gigi je. Apa kata kau hangkut je dengan pinggan pinggan tu skalik haha..
Lepas tu bila pulangkan pinggan isik penuh-penuh.

reen said...

Mcm menarikkk sgt..kt freezer ade puyuh...bole try resepi ni :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...