Tuesday, January 31, 2012

ikan parang asam pedas

Ahad haritu bila tanya hubby nak makan apa lunch, dia cakap masak ikan asam pedas. Kalau dah lidah dan tekak orang melaka memang tak boleh lari dari asam pedas.
Kemudian tanya pula nak makan ikan apa. Dia kata ikan terubuk. Dah tahu dah ikan terubuk banyak tulang tapi dia nak jugak sebab sedap.

Bila bundo masuk pasar, cari ikan terubuk lepas satu gerai ke satu gerai tapi tak ada. Itulah bahananya kalau mulut banyak sangat soal. Macam cerita dalam surah albaqarah. Kalau mulut ni diam je tak tanya ikan apa kan senang bundo ambek je ikan tenggiri. 

Tapi ternampak pula ikan parang. Ikan parang ni lebih kurang sama spesis dengan ikan terubuk.  Banyak tulang tapi dagingnya sedap dan manis especially kalau baru naik dari laut.

Macam tu lah asal usul ikan parang asam pedas ni.



Masak asam pedas ni banyak versi. Versi ni pulak ikut anak tekak dan bahan yang ada dalam kabinet dapur.

Bahan:
3 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 senduk gulai cili kering  yang telah diblender
1/2 inci halia*
sedikit belacan*
1/2 inci kunyit*
satu batang serai*
1/2 sudu halba
bende secukupnya
air asam jawa secukupnya
daun kesum beberapa tangkai
1 kuntum bunga kantan
beberapa helai daun limau purut


Blender bahan yang bertanda *.  Panaskan minyak.  Tumis bahan yang diblender bersama halba.  Biar sehingga naik bau.  Masukkan cili kering. Tumis sehingga masak dan terbit minyak. Masukkan air asam dan tambah air secukupnya. Masukkan ikan, bunga kantan, daun limau dan daun kesum. Kemudian bubuh bende.  Ada orang bubuh gula sedikit tapi bundo tak berapa suka masukkan gula dalam masakan.





Anak-anak makan terkial-kial sebab leka cabut tulang. Bundo makan, tersengkang tulang kat tekak. Terkial-kial nak keluarkan balik tapi makin lama mencuba makin  dicucuknya tekak bundo ni. Hubby cakap, telan je.  Tolak dengan nasi sekepal. Bundo telan nasi sekepal. Tak jalan.  Bundo ambil lagi sekepal yang lebih besar dengan harapan aku tak tercekik nasi ni pulak nanti.  Baru jalan.  Adei.. tobat dah taknak makan ikan yang banyak tulang ni lagi.


ibundo

12 comments:

CT Delima said...

As'salam Ibundo

Selamat pagi, menu pagi yang sangat berselera, asam pedas. Bukan orang melaka jer suka makan orang Johor pun suka gak ni Bundo.

Selalunya isu tercekik tulang ni memang selalu kenakan Bundo. ct serik nak makan ikan parang ni, sebab pernah 2 kali tercekik tulang, memang tobat habis dahhhh. Kata orang tua2lah, sebelum nak potong ikan tu tarik dulu badan ikan parang tu kasi dia regang tulang2nya..katanya. Tapi ct tak pernah dah masak guna ikan parang ni..hihi

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Selamat pagi Ibundo...lama saya tak makan ikan perng..asam oedas pula tu...kalau saya dapat ini bukan sahaja makan saya hirup...semuanya.

Chah said...

bundo! kita pun mengasam pedas kemarin. tp ikan pari...tp asam pedas bundo tetap buat daku leleh...

Anna Qawina said...

aslmkm bundo..wah..ni kita bawak nasik ni, nak ceduk lauk jela kan..maceh..hehehe

Qasey Honey said...

asslm...bundo
terliur tgk asam pedas ni...merah mnyala...

Qasey Honey said...

asslm...bundo
terliur tgk asam pedas ni...merah mnyala...

Qasey Honey said...

asslm...bundo
terliur tgk asam pedas ni...merah mnyala...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..Lama betul tak makan ikan parang..Masak asam macam ni memang sesuai....

cahya indah said...

Cahya dah lama tak makan asam pedas ikan parang ni Bundo..sedapnya tengok asam pedas Bundo.

rohaizahabas said...

asam pedas ikan parang memang saya suka...apa lagi tang perut dia tu...tapi selalu tercekik tulang...Aziz selalu perli macam budak budak kata nya...

ibundo said...

ct,
salam ct. Bundo ni tobat dah jugak rasanya makan ikan parang ni..

paty's ..
rasanya memang manis. Tapi tulah... banyak tulang.

chah,
masak ikan pari ni kena pandai kan? kalau tak hanyir tak hilang.

anna,
dah habis pun..hehe

Qasey,
nampak je merah menyala tu. Tak pedas pun.

Sue,
ikan parang ni sesuai untuk asam pedas dan pindang

cahya,
cahya mesti terer masak asam pedas kan?

ezza,
kalau dapat tolur ikan tu lagi lah sodapp..

Cekgu Maz said...

salam...betul2 menarik la...nampak mengiurkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...