Latheefa's Muslimah Collections

Monday, October 13, 2014

Daging Salai Lomak Nisemilan

Salam.
Zaman kanak-kanak aku adalah zaman dapur kayu, teropong buluh. Dapur mak aku dibuat daripada bata yang bersimin ala-ala table top yang menempatkan dua tungku dapur. Di sebelah bawah ada ruang yang ditinggal kosong untuk emak aku meletakkan kayu yang telah dipotong-potong buat umpan api. Di sebelah tepi tungku ada bakul kecil tempat letaknya getah segerap atau getah tayar basikal sebagai bahan untuk mempercepatkan proses pembakaran.
Masih aku ingat, setiap kali emak menyalakan api, emak akan menggunakan batang buluh yang telah dipotong pendek untuk meniup bara api supaya api cepat marak. Setiap kali itu juga aku lihat ada debu berterbangan. Nenek aku panggil ia teropong buluh. Emak aku panggil teropong buluh. Aku panggil teropong buluh sebab dari aku kecil itulah yang disebut-sebut.



 Di sebelah atas tungku dapur tergantung para dari dawai berjaring. Di situlah emak meletak ikan, daging atau ayam yang di salai.  Zaman kecil aku bukan zaman petik tepi tengah menyala.  Aku orang kampung. Tak ada api letrik.  Yang ada cuma pelita dan lampu gas untuk menerangi malam. 
Tak ada tv. Peti ais jauh sekali. Oleh itu cara menyimpan makanan adalah dengan cara menyalai. Bila dapat ikan sawah berbaldi, emak masak cili api dan selebihnya di salai. Bila abah beli daging dan tidak kesemuanya dimasak, emak akan menyalainya dan biar terus di asap di para atas tungku dapur.
Makanan yang disalai berbau wangi apabila dimasak.



Semalam Rosemah masterchef datang ke rumah aku. Orang sekampung. Dia sekarang ada membuat bisnes daging salai. Aku memesan beberapa bungkus dan dia datang sendiri ke rumah aku membuat delivery. So, apa yang sebenarnya yang aku nak cerita ni ialah, aku masak daging salai lomak cili api tapi kenangan aku pada masa lalu membuat aku ter off track sikit.
Tell u what, daging salai ni memang power betul. Bau dia power.  Rasa lagi power. Bila makan boleh jilat jilat jari.



Nak bagi sedap, kuah kena pekat.  Cili kena terasa pedas. Asam terasa. Garam apatah lagi.  pendek kata semua kena belen. Kalau ada asam belimbing buluh ganti asam keping lagi lah perghhh..

Okay,
250 gm daging salai
1/2 kilo santan
1 cawan air
20 biji cili api ditumbuk halus
2 inci kunyit hidup ditumbuk  halus
3 ulas bawang putih dititik
4 batang serai dititik
1 inci lengkuas dititik
2 keping asam keping
2 biji kentang 
garam secukupnya

Masukkan kesemua bahan selain asam keping, kentang dan santan ke dalam periuk. Rebus sehingga air hampir kering. Masukkan santan dan kentang.  Bila kentang empuk, masukkan pula asam keping.
Masak sehingga kuah pekat.



Sodapppppppp...
Sekian.

ibundo



12 comments:

Honey said...

Salam,

Ya Allah.. sedapnya!! Terliur saya!

Muzai Samilan said...

daging salai memang terbaik.. lagi2 kalau dapat beli kat kuala pilah tu...pastu masak lomak cili api... memang terangkat..

Bbwana adienia said...

Saving salai..sedapnya menu..

fazianbatrisyia said...

betul tu bundo...daging salai mmg sedap bau dia...makan lagi sedap. hb dah bg list nak masak apa utk daging qurban yg dpt byk tu

Nurru Adila said...

Kak, kawan akak buat delivery ke mana daging salai tu? berminat juga ni kalau berdekatan dengan lokasi.. :)

ibundo said...

honey, kalau depan mata lagi telio hiii

muzai similan, orang pilah ko. memang banyak daging salai jual kek situ.

Bbwana, alhamdulillah

fazian, kalau nak cepat bundo salai dalam oven je. Tapi tak wangi sangat la..

Nurru, u tinggal di mana. Kawan akan duk dengkel, akak bandar baru bangi tapi kau u duk jauh..dia boleh je pos.

Amie said...

Assalamualaikum Bundo... kalau masakan nisemilan ni memang menggamit liuuurrrr he hehhehe... saya teringin nak masak daging salai tapi tak jumpa lagi orang jual daging salai ni he heheh.

Umie Jazz said...

Assalamualaikum ibundo..sama laa menu kite ek.;)..Uj masak daging salai dgn pisang mudo...

Rose Azadir said...

Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer....

ibundo said...

amie, wksalam..amie, salai je kat tempt bbq tu. pakai arang..

Umie Jazz, wuih..pisang mudo lagi terangkat tu

Rose Azadir, salam kenal.. Insyaallah.

agaricpro said...


obat hidrokel anak bayi

Ismiqbal Abdullah said...

First time rasa yang guna belimbing buluh dalam masakan..sedapp...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...