Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, December 4, 2012

Ayam pautan kasih

Masih terpengaruh dengan masterchef. Sebab tu buatkan hidangan untuk hasben yang agak special ala-ala persembahan untuk juri. Gempak gitu kan..

Pendek saja n3 bundo harini.  Seperti selalu jugak.  Pendek. Tak ada benda yang nak dicelotehkan selain daripada keluhan biasa: bizi dan bizi.  Argh!!



Bahan:
ayam
1 ketul dada ayam
1/2 sudu lada hitam ajishio
minyak zaitun xtra virgin
secubit garam
2 batang jejari ketam dibelah tiga memanjang
5 tangkai bayam diambil daunnya
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.

kentang
2 biji kentang kecil atau 6 biji baby potato
secubit garam
sedikit lada hitam
1 sudu kecil parsley kering

sayur
3 helai kubis panjang
2 batang kacang panjang
1/2 biji tomato dibuang biji dan dadu kasar
1 biji bawang besar didadu kasar
1 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan freshmilk
1 cawan air
garam secukupnya




Cara:
Ayam
1.Dada ayam dibelah dua dan diketuk nipis.  Perapkan dengan lada hitam dan garam. Lumurkan dengan minyak zaitun.
2.Daun bayam direbus lembut bersama sedikit air, garam dan serbuk stok ayam. Blender halus. Masak semula dan masukkan tepung jagung.  Masak sehingga pekat.  Kalau kurang pekat tambah sedikit lagi tepung jagung.  Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
3. Ambil ayam, bentang.  Sapukan seluruh permukaan dengan pes bayam.  Letak jejari ketam disebelah tepi dan gulung kemas. Cucuk dengan lidi atau toothpick.
4. Bakar di atas grill pan dengan api kecil.



Kentang
1. Rebus kentang sehingga 3/4 masak.
2. Toskan. Gaul dengan garam, lada hitam, daun parsley dan sedikit minyak zaitun.
3. Bakar atas grill pin sehingga masak.

Sayur
1. Potong sayur ikut suka.
2. Panaskan butter.  Masukkan tepung. Kacau rata supaya tidak berketul.  Masukkan bawang putih dan bawang merah.
3. Tambah air dan kacau rata.  Tambah susu dan kacau rata.Masuk garam.  Masukkan kacang dan bila hampir empuk masukkan pula kubis panjang.
4. Padamkan api dan taburkan tomato.



Hidanglah ikut kreativiti anda.

Sekian.

Kelamkabut bundo buat n3 ni sebab nak kena buat benda lain pulak. Mintak maap sebab bundo tak sempat nak ziarah kengkawan di sana.....

ibundo

9 comments:

Nooriah Abdullah said...

salam Bundo amboiii cantik gambar tu pasti nya sedap dah baca satu persatu resepi nya macam nak buat jugak, gi mana tu Bundo??

Kak Sam said...

waaa kretip...kretip...kretip. so boleh le join next season yea.

ibh_sue said...

Asslmkum Kak.
Ala2 masterchef gitu. Nampak menyelerakan sangat

Gee® said...

Aduh Bundo.... menggoda la!!

yan's cottage said...

salam bonda....
huuu....meleleh air lior den....nenguk ayam tu...cantik je deconya kalau dapat makan lagi sedap he heee....

Noor Yusoff said...

As salam Bundo...hehe mengiurkan melihat gambarnya ala masterchef...cantik dan orang yang menjamahnya mesti happy .

anymz said...

CAKKK!!! akak rindu se tak?..hehe

kak!! 'mykitchen' tu berasap balik thn dopan lah nampak ee..puan tanah masih blurrrr lagi ni..hehe

norhanim md zain said...

i like sangat baby potato tu...

Rohah said...

bole masuk gelanggang master chef ni kak..ngncesse udah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...