Sunday, December 2, 2012

Bubur jagung berdurian

Salam.  Pejam celik pejam celik, dah seminggu lebih jugak blog tak berupdate. Sejak maid balik kampung, masa untuk bersantai-santai pun turut terkorban. Masak.  Memang masak. Tapi masak, makan, kemas.. sampaikan nak ambil gambar pun takde masa. Nak buek camno?

Masterchef malasysia 2 dah selesai.  Puas hati dengan keputusan? Memang dah dijangka pun. Kebolehan azyan nampak menyerlah di minggu-minggu terakhir tapi jauh di sudut hati ini mengharap juga supaya along yang memperolehi kejayaan. Ya.. anak muda yang mencari dana untuk menyambung pelajarannya.  Semuga rezki along lebih luas di luar sana.



N3 amie 'bubur jagung durian' memberi bundo idea untuk membuat bubur jagung durian bundo ini pula walaupun resepi bundo ini resepi main belasah saja tak refer pun pada resepi amie.  Maap ye amie.
Memang kebetulan jagung ada satu tin.  Durian pula ada beberapa biji.  Durian kampung yang dibawa anak buah semasa singgah ke rumah tempoh hari.

Biji sagu yang bundo gunakan bewarna hijau.  Bukan sengaja nak bubuh yang hijau tapi yang putih tak ada. Tapi bila ada warna hijau dan warna kuning jagung tu, macam ngam lah pulak.

Cakap pasal biji sagu ni, bundo teringat akan Rosemah masterchef masa sesi kenal bahan. Rosemah ni satu kampung dengan bundo.  Kalau di kampung tu, nak ke rumah dia jalan kaki sepuluh minit dah sampai. Yang bundo nak cerita ni, semasa tiba turn dia mengenal bahan 'biji sagu' ni, dia sebut biji 'mata ikan'.  haha.. memanglah bundo tergelak sakan sebab kalau kat kampung tu sah sah ia nya disebut biji mata ikan.





Okaylah.  Resepi campak-campak bundo ni:

1 tin jagung manis adabi (yang berbiji)
Gula pasir ikut suka manis
1 sudu kecil garam
1 cawan santan pekat
Santan cair ikutlah suka nak kuah banyak mana
1/2 cawan sagu hijau direndam dulu
8 ulas durian (kalau durian besar, kurangkanlah)
1 helai daun pandan.

Masak santan, daun pandan yang disimpul dan gula hingga mendidih.
Sagu yang direndam, toskan airnya dalam tapis teh dan jirus sebentar bawah air mengalir.
Masukkan jagung, durian dan garam dalam santan.
Masukkan sagu.
Siap.



Sekian. Cuti panjang-panjang ni tak ada kemana?


ibundo

8 comments:

Amie said...

Yang main campak2 tu yang sedapkan Bundo... Amie suka sangat dessert ni, kalau makan di hotel jumpa benda ni memang lupa yang lain (rasanya lain sikit sedapnya sebab di hotel disimpan dalam periuk khas untuk sentiasa hangat, jadi cantik je rupa dia, sagunya pun kembang cantik... tu sebab di rumah Amie suka sediakan bubur jagung & sagu masak guna slow cooker... durian tu kira bonuskan Bundo...

Acik Erna said...

assalam kak pah..se kaalu buek bu bur jagung ni..tak mau deh yang dalam tin do kak pah..tak pueh..he he...mesti nak beli jagung dah hirih sendiri untuk buek bubur

Unknown said...

sedapnya ibundo, saya mmg suka bubur jagung tp x pernh cuba letak durian....kena cuba nie

Unknown said...

Aduh aduh..sedapnya..saya ni semua jenis bubur feberat..lebih lagi bubug jagung nie...:)

rahel said...

Wa wa waaaa...tayang bubur jagung la pulak....haisss..jeles betul.

Marsita Yahya said...

nyum nyum...sedapnya..

Sue @ Nenie said...

Salam...durian oh durian..mana2 campak pun pasti menyedapkan rasa..oh sedapnya kunyah bubur suam2 di diwaktu petang...

zila norazila said...

bundo msk apa jew pun sedap..campak2 pun sedap tau..sedapnyaa..dh lama x buat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...