Latheefa's Muslimah Collections

Saturday, October 9, 2010

SELERA KASIH


Resepi kita hari ini Tahu Sumbat Selera Kasih (erkk... jangan ada yang tersedak air liur)

Mak tahu kamu semua tidak berapa suka makan tahu. Tapi kalau dipelbagaikan tauhu dan tidak dimasak atau makan ia tergolek-golek macam tu saja, pasti sedap. Mestilah dikreatifkan sikit supaya tekak sentiasa bersedia untuk menelannya.


Bahan:
Tahu beberapa keping.
Seketul dada ayam. Kalau buat tahu banyak, lebihkanlah ayam ni. Daging dipotong halus.
Daun sup dan daun bawang sikit. Hiris halus.
Sedikit carrot. Potong halus.
Garam secukup rasa.
Bawang merah sebijik cukup.
Telur sebiji


Mula-mula keluarkan isi tahu seperti gambar di atas. Hancurkan isi tahu itu.

Campurkan isi tahu bersama dengan ayam cincang, carrot, daun sup dan garam. Kalau nak taruk lada hitam pun boleh. Kemudian panaskan sesudu minyak. Nak sedap guna minyak zaitun. Tumis bawang dan masukkan bahan tadi. Masak hingga agak-agak ayam tu dah masak . Angkat dan sejukkan dalam mangkuk. Kemudian pecahkan sebiji telur dan gaul rata.


Kemudian sumbatkan dalam tahu yang sudah terlopong tadi. Jadi macam ni.


Tahu ni boleh digoreng macam tu saja ataupun dicelup dalam bancuhan tepung. Mak celup sebab rasa dia lagi kow. Untuk bancuhan tepung ni, masukkan dua tiga sudu tepung gandum dalam mangkuk, sebiji telur dan sesudu kecil serbuk stok ayam. Gaul. Kemudian panaskanlah minyak dalam kuali tak melekat. Celupkan tahu yang sudah disumbat tadi kedalam tepung dan goreng.


Tahu sumbat selera kasih ini sedap dimakan panas-panas cicah sos cili. Boleh dimakan bersama nasi. Mak suka makan begitu saja bersama brown sos sambil gigit cili api. Pergh... sodap.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...