Sunday, February 5, 2012

Garlic Buns

Sungguh seronok ke Yummy semalam untuk membeli bahan membuat roti kerana keadaan Yummy yang tersangatlah lengang. Kereta boleh parking betul-betul depan pintu masuk.  Kalau tak, dua tiga round keliling blok belum tentu ada tempat parking yang kosong. Memilih-milih bahan pun boleh dilakukan dalam keadaan tenang, tidak berlaga-laga bahu dan asek-asek excuse me tumpang lalu.



Sabtu semalam banyak masa untuk aku berjoget-joget di dapur.  Tengahari tak payah masak lauk sebab kenduri rumah ipar malam sabtu masa baliknya dibekalkan dengan lauk pauk yang cukup untuk lunch. Aku panaskan saja.  Bibik pulak sebab tak payah ke dapur, dia sibuk mencantas pokok-pokok yang dah merimbun di depan rumah. Katanya, berkebun. Pada aku kalau setakat cantas dahan, gunting daun-daun yang dah meliar, cabut-cabut rumput, belum sampai lagi ke tahap untuk dipanggil berkebun. Tapi, apa ada pada nama?  Asal rajin, dah...



Aku? Menyahut seruan anak yang mengatakan aku sudah lama tak membuat roti. Maka terjadilah garlic bun yang sangat sedap ini (uhuk... sila jangan muntah). Aku makan dengan sup. Kalau makan dengan mushroom soup pun aku rasa sedap yang amat.



Bahan Roti:
A
330g tepung HP
60 gm gula castor
10 gm instant yeast
1/2 tsp garam
1/2 tsp bread improver
2 tbs susu tepung
B
1 biji telur
C
120 ml air
D
40 gm butter

Masukkan bahan A ke dalam bowl. Ratakan dengan mixer menggunakan speed 1.
Masukkan B. Gaul sekejap. Masukkan C. Gaul.  Juga menggunakan speed 1.
Masukkan D dan guna high speed sehingga adunan lembut.

Kemudian tutup dengan towel lembap dan biarkan mengembang sekali ganda. Lebih kurang 30 minit.
Lepas itu, timbang aggaran 60 gm setiap satu dan bentukkan menjadi bebola lonjong.  Spray dengan sedikit air. Biarkan ia mengembang agak-agak dalam 20 minit.

Apabila kembang, hiris memanjang permukaannya dengan menggunakan pisau yang tajam.  Gunakan blade pencukur. Sapu belahan dengan garlic butter.  Bakar hingga masak.



Bahan garlic butter:
100 gm butter yang lembut
4 ulas bawang putih
1 sudu besar daun parsley
 Masukkan butter dan bawang putih dalam blender dan kisar hingga lembut.  Keluarkan dan campur dengan daun parsley.



Aku rasa oven aku ni ada problem.  Kalau masak kek, nanti kek aku senget sebelah. Tengah-tengah membakar, aku terpaksa bukak oven dan pusing-pusing kan loyang.  Masak roti ni macam tu jugak. Masaknya tak rata.  Ada bahagian yang dah kecoklatan sedangkan yang lain masih belum. Aku kena cari alasan yang sangat munasabah ni supaya the other half dengan rela hati sudi membelikan yang baru.




Err.. silalah jamah.  Jangan malu jangan segan..



11 comments:

Yat Maria said...

Salam K Pah

garlic buns kena ngan mushroom soup...dua tiga ketul kita dah tak payah makan yg lain :)

MANISMANIS said...

nyam...sedapnya...wanginya sampai kesini ibundo...

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaykumwbh Ibundo...

Salam membalas kunjungan...garlic bread...fav ayu la...:)nanti ayu link this to blog list ya.....:)

Liza said...

salam bundo....uuuiiii wanginya, pekena dgn soup mmg best ni....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kuat nampak berjoget !memang kena kalau makan dgn sup mushroom ni.....

nOOrsha said...

salam..sedapnye garlic bun ni bundo..suka sgt..saalam maulidurrasul juga utk bundo n famly :)

ibundo said...

yat,
kita ni pun tengah menyekat selera taknak makan nasi bebanyak. Badan dah mengembang dah ni.

ayin,
wah.. jauhnya..

Ayu,
wkslam.. Tkasih sudi berkunjung

Liza,
memang satu rumah naik baunya..

Ros,
joget lambak lagi hehe..

noorsha,
salam maulidurrasul juga..

Chik Mimi said...

salam maulidur rasul kak pah
geram nampak bun akak tu kalau dekat nak capai dah

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Ini kalau kena dengan ushroo soup emang terangkat. Akakpun baru buat tapi knot version..memang banyak variasi garlic bun ni.

ibundo said...

cik mimi,
salam. kalau dekt pasti dah hantar dah hehe..

Paty,
dah tengok dah versi knot u tu. Kena ada kesabaran nak buat haha..

Mamasya said...

Aslmkum Bonda. Slmt Menyambut maal Hijrah.
Garlic bun ni nampak lembut...baru keluar oven panas2 tupun sedap mkn gitu. cicah dg mushroon souppun sedap ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...