Salam.
Zaman kanak-kanak aku adalah zaman dapur kayu, teropong buluh. Dapur mak aku dibuat daripada bata yang bersimin ala-ala table top yang menempatkan dua tungku dapur. Di sebelah bawah ada ruang yang ditinggal kosong untuk emak aku meletakkan kayu yang telah dipotong-potong buat umpan api. Di sebelah tepi tungku ada bakul kecil tempat letaknya getah segerap atau getah tayar basikal sebagai bahan untuk mempercepatkan proses pembakaran.
Masih aku ingat, setiap kali emak menyalakan api, emak akan menggunakan batang buluh yang telah dipotong pendek untuk meniup bara api supaya api cepat marak. Setiap kali itu juga aku lihat ada debu berterbangan. Nenek aku panggil ia teropong buluh. Emak aku panggil teropong buluh. Aku panggil teropong buluh sebab dari aku kecil itulah yang disebut-sebut.
Di sebelah atas tungku dapur tergantung para dari dawai berjaring. Di situlah emak meletak ikan, daging atau ayam yang di salai. Zaman kecil aku bukan zaman petik tepi tengah menyala. Aku orang kampung. Tak ada api letrik. Yang ada cuma pelita dan lampu gas untuk menerangi malam.
Tak ada tv. Peti ais jauh sekali. Oleh itu cara menyimpan makanan adalah dengan cara menyalai. Bila dapat ikan sawah berbaldi, emak masak cili api dan selebihnya di salai. Bila abah beli daging dan tidak kesemuanya dimasak, emak akan menyalainya dan biar terus di asap di para atas tungku dapur.
Makanan yang disalai berbau wangi apabila dimasak.
Semalam Rosemah masterchef datang ke rumah aku. Orang sekampung. Dia sekarang ada membuat bisnes daging salai. Aku memesan beberapa bungkus dan dia datang sendiri ke rumah aku membuat delivery. So, apa yang sebenarnya yang aku nak cerita ni ialah, aku masak daging salai lomak cili api tapi kenangan aku pada masa lalu membuat aku ter off track sikit.
Tell u what, daging salai ni memang power betul. Bau dia power. Rasa lagi power. Bila makan boleh jilat jilat jari.
Nak bagi sedap, kuah kena pekat. Cili kena terasa pedas. Asam terasa. Garam apatah lagi. pendek kata semua kena belen. Kalau ada asam belimbing buluh ganti asam keping lagi lah perghhh..
Okay,
250 gm daging salai
1/2 kilo santan
1 cawan air
20 biji cili api ditumbuk halus
2 inci kunyit hidup ditumbuk halus
3 ulas bawang putih dititik
4 batang serai dititik
1 inci lengkuas dititik
2 keping asam keping
2 biji kentang
garam secukupnya
Masukkan kesemua bahan selain asam keping, kentang dan santan ke dalam periuk. Rebus sehingga air hampir kering. Masukkan santan dan kentang. Bila kentang empuk, masukkan pula asam keping.
Masak sehingga kuah pekat.
Sodapppppppp...
Sekian.
ibundo
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Monday, October 13, 2014
Saturday, June 29, 2013
Stew bebola daging bersayur
Pada kebanyakan masa, kita suka ambil jalan mudah dan senang. Contohnya kalau mahu makan bebola daging, kita beli saja yang sudah siap dan senang didapati di pasaraya. Alasan kita memang banyak: nak cepat, senang, malas dan macam-macam. Tapi ada masa masanya kita ketepikan rasa malas dan kita buat sendiri. Selalunya kita pasti akan lebih berpuas hati.
Tak adalah sesusah mana pun nak buat bebola ni.
Kalau nak sedap, kita beli sendiri daging segar yang tidak berlemak dan kisar sendiri. Itu bagi mereka yang ada pengisar daging. Bagi yang tak ada, beli sajalah daging kisar yang tersedia ada. Cuma negatifnya, daging kisar yang sedia dijual itu banyak mengandungi lemak lemak yang kita tak nak.
Bundo bagi resepi bebola yang mudah.
200 gm daging kisar
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 sudu teh stok ayam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
garam secukup rasa
Gaul semua bahan hingga sebati.
Bulat-bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.
Panaskan air dalam periuk dan bila mendidih, masukkan beberapa biji bebola ke dalam air. Masak sehingga bebola terapung.
Boleh juga kalau nak goreng. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
(Bundo goreng sehingga agak-agak kekuningan)
Untuk stew:
Bebola daging
1 tin sup tomato kimball
1 biji bawang besar didadu kasar
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 cube stok daging
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil celery kering
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Beberapa batang cili api (kalau suka)
3-4 cawan air ( air boleh ikut sukatan yang kita rasa sesuai)
(Banyak sayuran adalah mengikut selera sendiri)
Baby carrot
Tomato cherry
Celery
Capsicum merah dan hijau
Cendawan chitake
Panaskan minyak zaitun secukupnya.
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
Masukkan sup tomato dan air.
Masukkan cube daging, lada hitam, celery, oregano dan garam.
Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran dan bebola.
Pekatkan kuahnya dengan bancuhan tepung jagung.
Macam tu lah.
Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu.
Salam dari

Thursday, March 14, 2013
kurma tulang tumis darat shiela style
Stumbled upon this recipe by shiela when I was head-scratching from what to cook for lunch. It was way far too different from what I usually made. The ingredients, ways of coking it really made my curiosity stood up and won.
To thicken the sauce, I usually use candlenuts and thick coconut milk. Shiela uses almonds and cashew nuts and just 200gm of ideal milk and water. Amazing. My head went off to kenduri kahwin where they usually serve kurma curry with thick sauce but most of the time the sauce taste more like too much rempah kurma. It spoiled the whole dish.
I, myself seldom cook kurma dish merely because of the strong smell that sometimes killed our appetite. But tell you what, try this original recipe by shiela and see the difference.
For the recipe, you have to go to SPICES JOURNEY and get it yourself. Copying and pasting is not allowed and I am too lazy to copy it word by word. But I did a little amendment though. Just a little. Instead of using 1 kilo of tulang, I used 1/2 kilo tulang and 1/2 kilo daging cuting into big sizes.
If you have pressure cooker, use it because it takes soooo long to have them tender and good to bite.
Thank you sheila for always giving an eye-opener recipes. You are one of my pakar rujuk haha.. And congratulations too for your appearance in aroma again.
Care to have some?

Friday, September 14, 2012
Gulai Rusa
Semasa bundo berada di dalam darjah 3 disekitar tahun enam puluhan, abah bundo berpindah mengajar di tanah felda ayer hitam Bahau. Masa itu tanah tersebut baru diterokai. Masih banyak hutan dan belukar di sana sini. Malah di belakang kuarters guru yang yang kami duduki masih tebal dengan kayu kayan.
Ayam denak berkeliaran sampai di belakang dapur. Untuk menangkapnya abah cuma perlu memasang jerat atau menembaknya. Kami mewah dengan daging pelanduk, daging kijang, daging rusa dan daging landak. Ayam denak lagi tak usah dicakap selalunya makan.
Ada kalanya pelanduk ditangkap hidup-hidup dan dimasukkan ke dalam sangkar di belakang rumah. Memang ketika itu abah bundo sering sangat masuk ke dalam hutan memburu binatang-binatang tersebut. Setiap kali pulang dari berburu, ada saja hasil yang dibawa.
Kini semua itu hanya tinggal kenangan.
Baru-baru ini sepupu bundo membawa daging rusa dan bundo menggulainya mengikut permintaan abah.
Bahan:
1 kilo daging rusa
2 inci lengkuas *
2 inci halia *
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
4 biji buah keras *
2 batang serai *
15 biji cili api *
2 inci kunyit hidup *
1 kilo santan
1000 ml air
2 biji kentang dibelah 4
2 keping asam gelugur
1. Blender bahan bertanda di dalam periuk*. Perap bersama daging lebih kurang 1 jam. Letak juga garam.
2. Letak di dapur dan nyalakan api. Biar ke semua air daging keluar.
3. Masukkan air dan masak dengan api perlahan sehingga air hampir kering baru masukkan santan.
4. Tambah kentang apabila daging agak empuk.
5. Masukkan asam keping bila kentang empuk.
Abah makan dengan berselera. Bundo makan sikit saja. Bukan tak suka tapi setiap kali makan daging, mesti nak kena cungkil gigi hehe.

Wednesday, September 5, 2012
Rendang Minang
Sudah beberapa hari bundo tidak masuk ke dapur. Agak bizi juga sejak hari Khamis sebab ada sedara mara datang dari jakarta. Hari Khamis datang 8 orang. Hari Jumaat datang lagi 4 orang. 12 orang semuanya. Tujuan utama mereka kemari kerana sepupu bundo mengadakan majlis perkahwinan anaknya pada hari Ahad lepas. Begitulah kami. Kalau ada sedara di sebelah sini yang membuat kenduri kahwin, ada saja yang datang dari jakarta. Kalau ada anak mereka yang berkahwin, kami pula akan ke sana.
Hari Ahad depan ada seorang lagi sepupu mengadakan majlis perkahwinan anak. Ada di antara mereka yang sudah pulang kerana urusan pekerjaan tetapi ada lagi 4 orang yang masih menunggu sehingga majlis Ahad depan selesai.
Sebenarnya talian persaudaraan kami agak kuat. Datuk bundo berasal dari tanah minang. Bila datang ke tanah melayu dia berkahwin dengan nenek bundo dan mendapat 7 orang anak termasuk abah bundo. Sedangkan di minang sana datuk bundo juga mempunyai isteri lain dan mempunyai beberapa orang anak. Jadi, abah bundo mempunyai adik beradik lain yang satu bapa.
Pada tahun 1997, bundo ke jakarta mencari sepupu-sepupu bundo yang tinggal di sana berdasarkan surat menyurat yang di hantar oleh bapa saudara bundo iaitu abang kepada abah. Alhamdulillah, jejak kasih itu telah mempertemukan kami dan jalinan pertalian itu kekal sehingga kini dan di harap berterusan sehingga ke anak cucu.
Begitulah ceritanya.
Berbalik kepada rendang minang ini, setiap kali kemari kak Amismar akan membawa rendang minang. Abah bundo cukup menggemarinya dan menyuruh bundo belajar membuatnya. Sebelum ini oleh sebab mereka datang untuk jangka waktu yang singkat dan habis dengan menyoping dan muter-muter keliling kl, maka kesempatan untuk menunjukkan secara praktikal tidak berkesempatan. Kak Mis cuma mengajar secara teori saja dan bila bundo praktikkan ia tidak berapa menjadi.
Pagi tadi, oleh kerana masa pun ada, kak Mis menunjukkan cara membuat rendang minang yang betul. Hasilnya... waduh.. sedap banget.
1 kilo daging
4 biji kelapa diambil santan pekat (santan cair diketepikan untuk blender bahan)
2 batang serai dihiris *
4 ulas bawang merah *
3 buku bawang putih *
sebesar ibu jari kaki halia dihiris nipis *
3 kali ganda besar halia, lengkuas dihiris nipis *
8 helai daun limau purut diracik *
1 helai daun kunyit yang agak lebar diracik *
cili api mengikut kepedasan yang dikehendaki *
1 sudu besar lada putih
1. Santan pekat dijerang sehingga agak pekat.
2. Bahan-bahan bertanda * diblender bersama sedikit santan cair dan garam dan digaul dengan daging yang telah dipotong-potong. Perap sebentar.
3. Masukkan daging ke dalam santan dan masak sehingga kering. Rasakan garamnya.
Nota: Apabila kuah pekat dan merecik-recik, ia hendaklah sentiasa di kacau/ aduk supaya tidak melekat.
Selepas rendang siap, bundo keluar mencari lemang. Rendang ini dimakan dengan lemang, aduhhhh.. tak terkata sedapnya.

Wednesday, August 1, 2012
daging gulai ibundo
Pagi tadi nampak macam hujan nak turun lebat. Pagi-pagi subuh angin bertiup kuat sehinggakan sejuknya masuk ke dalam tulang. Rupa-rupanya hujan tak jadi. Cuaca seharian ini panas. Bundo keluar sekejap tengahari tadi sebab ada urusan dan terasa macam tenaga disedut dek panas yang membahang. Bila ternampak tembikai yang sudah siap terbelah semasa membeli sayur, terus bundo tangkap dua potong besar kerana tak tertahan dengan godaan warnanya dan isinya yang nampak penuh berair.
Petang ini cadangnya mahu memasak daging kari tetapi sedang memotong daging, kepala merancang benda yang lain. Faham-faham sajalah idea orang dapur yang tak mahu terlalu terkongkong dengan cara masakan sedia ada.
Sudahnya jadilah lauk daging yang namapun tak tau nak dipanggil apa. Perasan tak cili tu bewarna ungu? Benihnya kakak bundo yang bagi. Bundo tanam di belakang rumah dan elok pula tumbuhnya. Cilinya seperti cili api biasa hanya warnanya purple. Tapi pedasnya bukan main. Pedas yang amat.
Okay resepi:
1 kilo daging dipotong cube
3 ulas bawang merah dihiris nipis.
1 ulas bawang putih dihiris nipis.
3 sudu besar pes cili kering
3 biji ubi kentang dibelah
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
2 inci kunyit *
2 batang serai *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang merah*
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah briyani
2 sudu besar kerisik
1 biji kelapa diambil santannya
1 cube stok daging
2 sudu besar air asam jawa
garam
Blender bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam mangkuk besar dan campurkan dengan rempah kari. Gaul rata bersama daging. Perap di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga wangi. Masukkan rempah briyani dan pes cili. Tumis sehingga masak. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
Masukkan santan cair dan masak sehingga kuahnya pekat. Tambah santan pekat, kentang, kerisik, stok daging. Masukkan air asam apabila kentang sudah empuk.
Mak bundo bagi petua. Kalau masak kentang, jangan masukkan asam sebelum kentang empuk. Nanti kentang tu tak empuk-empuk. Bundo selalu ikut petua emak.

Wednesday, June 20, 2012
Kijang masak lomak
Kelmarin sepupu bundo datang ke rumah bawa daging kijang. Sepupu bundo ni selalu dapat daging hutan. Kadang-kadang pelanduk. Kadang-kadang rusa. Kalau dia dapat banyak, dia akan datang hantarkan sedikit ke rumah bundo ni sebab abah bundo suka makan daging macam ni.
Bundo ni masak je tapi tak suka makan. Selain daging lembu, ayam dan puyuh, yang lain-lain memang tak makan. Daging itik pun tak reti nak makan hehe.
Bundo tanya abah bundo, nak masak apa kijang ni.
Dia cakap, kau buek masak lomak.
Bundo ni memang asli orang nisemilan. Abah bundo nisemilan campur minang. Jadi, memang tak boleh larilah dari masak lomak tu. Masak lomak tu maknanya masak lemak cili api. Kami orang nisemilan ni dah ada kesefahaman yang 'cili api' tu tak payah sebut dah tahu. Kalau masak lemak yang tak ada cili, tak ada kunyit bagai, kami sebut masak lomak putih..ha gitu..
Masak lomak kijang ni bundo bagi kelainan sikit daripada masak lomak biasa. Bumbunya ada ala-ala rendang.
Bahan:
1 kilo daging kijang
1 biji kelapa diambil santannya.
2-3 biji ubi kentang
1 keping asam keping
garam secukupnya
dua helai daun kunyit disiat-siat
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya
Kisar halus:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 inci kunyit
3 batang serai
15-20 biji cili api
4 biji buah keras
Cara:
Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang dikisar halus sehingga naik bau. Masukkan daging dan gaul rata. Biar sehingga air daging kering. Masukkan santan cair. Rebus hingga empuk.
Bila air hampir kering, masukkan santan pekat, ubi kentang, daun limau dan daun kunyit. Rasakan garam dan asam.
Oleh sebab daging kijang ni daging muda, tak perlulah bundo merebusnya lama-lama. Pekat saja kuah, daging pun empuk sama.
Sekian. Ada sesiapa yang tak pernah makan daging kijang?

Wednesday, May 23, 2012
Tulang Lembu Lemak Cili Api
Siapa boleh bagi petua macamana nak bagi pokok cili api berbuah lebat? Bundo tanam pokok cili api belakang rumah hidupnya macam nak tak nak. Dahlah buahnya cekeding, belum sempat nak pungut hasil banyak-banyak dah mati.
Dulu bundo ada bibik dari semarang. Dia ni kalau tanam apa-apa mesti menjadi punya. Kalau tanam cili api, buahnya sampai tak termakan-makan dek banyaknya. Pokok pun elok rimbun. Bundo yang tanam? Cekeding. Taruk baja pun tak menjadi juga. Apehal ya? Tangan bundo ni panas kot.
Dulu, tersangat lama dulu, bundo ada bibik dari sumatra. Dia ni pelik sikit. Bundo lagilah pelik sebab tengok dia makan nasi berlaukkan cili api. Nasi putih sesaja. Takde kuah. Tak ada lauk. Sambil suap nasi, sambil gigit cili api. Bundo tengok selamba je dia makan.
Mungkin orang indon ni memang suka gigit-gigit cili api. Bundo cakap macam tu sebab kalau diorang hidang cekodok ke, karipap ke, mesti letak cili api di sebelahnya. Mulanya memang heran sebab kita kat sini mana ada letak cili bulat-bulat macam tu dengan kue. Tapi kan, bila bundo cuba.. makan karipap segigit. lepas tu gigit hujung cili api.. hehe.. sedappp. Bagi orang yang tahan pedas sedaplah. Bagi yang tak tahan, jangan kau buat kerja. Mahu berasap-asap keluar tang hidung dan telinga tu.
Tulang lembu ni pulak, orang selalu buat sup je kan? Selain tu bundo buat masak kari. Bundo buat masak lemak cili api. Rasanya sedap sebab ada rasa lemak-lemak gitu. Tapi tak boleh diamalkan selalu makan tulang lembu ni. Kolesterolnya..hmm tahu-tahu sajalah. Buat sesekali saja ye anak-anak ye.
Cuba perhatikan sup tulang ni kalau sejuk pasti lemaknya melekat di sudu, di pinggan, di senduk, di periuk. Ha.. macam tu jugalah rupanya dia melekat kat dalam badan kita ni. Takut?
Jom tengok cara bundo masak lemak tulang lembu ni:
2 kilo tulang yang berdaging (kalau sekilo je nanti kita makan tulang je, daging tak ada)
Santan dari sebiji kelapa
15 biji cili api *
1 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci lengkuas diketuk
1 inci halia diketuk
3 batang serai diketuk
1 cube stok daging
beberapa helai daun limau purut dibuang tulangnya
3 biji ubi kentang dibelah 4
1 keping asam gelugur
Cara:
Asingkan santan pekat dan santan cair.
Bahan yang bertanda* ditumbuk lumat atau diblender.
Masukkan tulang ke dalam periuk dan bubuh bahan kisar. Tambah air sehingga paras tulang. Bubuh garam, dan rebus. Tulang mestilah diebus sehingga benar-benar empuk. Apabila air berkurangan, masukkan santan cair. Masukkan juga halia, lengkuas dan serai yang diketuk.
Apabila daging empuk (sekiranya belum empuk, boleh tambah sedikit air lagi), masukkan santan pekat. Juga kentang, cube stok daging dan daun limau purut.
Bubuh asam keping apabila kentang empuk.
Angkat apabila kuah pekat.
Kadang-kadang bundo kurangkan tulang dan bundo tambah dengan daging. Misalnya 1 kilo tulang dan 1/2 kilo daging. Bagi yang belum tahu, janganlah terperanjat kenapa bundo selalu masak banyak. Famili bundo besar. Masak banyak ni pun, sekali ngap saja habis.

Ibundo
Thursday, February 9, 2012
Daging kicap lada hitam
Mangkuk biru yang bundo letak lauk ni, arwah moyang bundo yang punya. Umur mangkuk ni tak dapat nak teka berapa puluh tahun. Yang nyata, ia adalah salah satu barang antik yang bundo kutip setiap kali bundo balik ke kampung. Ada beberapa biji mangkuk ni yang masih bundo boleh selamatkan.
Ada beberapa biji pinggan yang hand-painted. Abah bundo cakap umur pinggan tu dah lebih seratus tahun. Sebab sayang nak pakai, bundo simpan saja buat hiasan.
Daging ni masaknya simpel saja. Yang penting, beli daging tempatan yang lembut. Bundo beli daging ni sekilo 25 ringgit. Semasa membeli, tak ditanya dulu harganya. Bila dah di kaunter bayaran, baru tahu harganya 25 ringgit. Mahal kan? Memang harga daging dah naik ke.
Bahan:
A
500 gm daging dipotong nipis
1 sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk kasar
2 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar kicap masin cap kipas (kicap lain boleh juga)
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar perahan lemon
B
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 ulas bawang merah dihiris nipis
1/2 inci halia di hiris halus panjang
1 atau 2 biji bawang besar didadu kasar
1/2 biji capsicum hijau didadu kasar
1/2 biji capsicum merah didadu kasar
1 biji tomato dibuang biji dan didadu kasar
1 cawan air ( boleh ditambah sekiranya daging belum empuk)
daun bawang dan daun saderi untuk ditabur.
Perap daging bersama bahan A selama 1 jam.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga wangi.
Masukkan daging yang telah diperap bersama bahan perapan. Masak beberapa ketika sehingga air daging keluar dan berkurangan. Masukkan air dan masak sehingga daging empuk. Tambah kicap dan garam kalau perlu.
Setelah daging empuk dan kuahnya pekat, masukkan capsicum, bawang besar dan tomato. Angkat dan taburkan dengan daun bawang serta daun saderi.
Sekian air tangan bundo.

Monday, August 15, 2011
Kari tulang dan daging
Semua orang tahu masak kari. Kalau tak tahu memang nak kena babab.
Bundo tulis resepi di sini untuk mengingatkan bundo jumlah bahan yang diperlukan kalau bundo nak masak banyak. Tapi satu je bundo nak bagi tahu pada mereka yang belum tahu dan belum pernah mencuba. Lauk kari yang dicampur dengan tulang memang rasanya teramatlah sedap dan mengancam. Jadi, pada sesiapa yang nak masak untuk 40 orang, bolehlah cuba sukatan ini.
2 1/2 kilo tulang rusuk
4 kilo daging
3 kilo santan
250 gm rempah kari babas
120 gm yogurt perisa asli
6 biji bawang besar *
2 buku bawang putih *
1 ketul halia sederhana besar *
segenggam daun kari
rempah 4 sekawan secukupnya
1 kilo kentang dipotong 4
air asam jawa secukupnya
garam
air secukupnya untuk merebus
Blender bahan bertanda *.
Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Tumis bahan yang diblender, rempah 4 sekawan dan daun kari sehingga wangi. Masukkan rempah babas. Masukkan yogurt. Tumis sampai masak. Masukkan juga garam.
Masukkan tulang dan daging. Tunggu sehingga air daging kering. Kemudian masukkan air ke paras 1/2 periuk, kecilkan api dan tutup periuk.
Rebus sehingga daging empuk. Selalunya proses ini memakan masa selama 2 atau 3 jam. Sekiranya daging sudah mula menanggal daripada tulang, maknanya daging telah empuk. (Boleh tambah lagi sedikit air kalau perlu)
Masukkan kentang dan santan. Bila kentang empuk, masukkan air asam jawa.
Siap.
Rasa rempahnya meresap dalam daging.

Tuesday, July 26, 2011
Stew Daging
Salam semua.
Dah lama tak makan daging. Semalam tergerak pula hati nak makan stew daging yang dah lama tak buat. Kebetulan bahan-bahan semua lengkap.
Bibik tanya, ibuk masak apa. Bundo kata masak rebus daging. Bundo dah biasa sebut stew, tak reti nak melayukan.
Bahan:
A
3/4 kilo daging dipotong besar.
2 biji bawang besar dibelah enam setiap biji
2 ulas bawang putih diketuk
2 hiris halia diketuk
2 biji tomato masak dibuang kulit dan dibelah 6 setiap satu
1 batang celeri dipotong pendek-pendek
1 sudu kecil lada hitam
garam
Masukkan ke semua bahan ini ke dalam periuk dan tambah air secukupnya untuk merebus daging sehingga empuk menggunakan api kecil. Masa merebus lebih kurang 2 jam.
B
2 biji ubi kentang besar dibelah 4 setiap satu
1 batang carrot di potong agak tebal
beberapa batang kacang peas
capsicum hijau, kuning dan merah diambil separuh setiap satu dan didadu kasar
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu tomato puri
tepung jagung untuk memekatkan kuah
cube stok daging
Apabila daging empuk, masukkan ubi kentang. Tambah air kalau perlu. Masukkan sos tiram, sos cili, tomato puri, cube stok daging dan rasakan garam. Kemudian masukkan carrot. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah. Akhir sekali masukkan sayur-sayur yang lain. Kalau ada baby tomato, masukkan sekali.Kepekatan kuah adalah sederhana, tidak cair dan tidak terlalu pekat.
Bundo makan stew daging ni dengan nasi ketumbar. Bundo tengok ramai sungguh yang buat nasi ketumbar ni. Mintak maaf sebab bundo tak tahu sumber asal. Tapi bundo ambil resepi dari dapur ct delima. Mintak maaf jugak sebab bak kata ramai blogger masak, bundo telah derhakakan resepi ni. Bundo masukkan jagung yang telah dihiris daripada seketul jagung manis yang banyak dipasar. Kebetulan bundo baru beli dari pasar tani ahad haritu. Minta maaf dari tuan asal resepi ni.
Hasilnya.. dah memang nasi ketumbar tu sendiri sedap dan wangi. Bila tambah dengan jagung, anak bundo kata sedapppp..

Subscribe to:
Posts (Atom)