Showing posts with label BREAKFAST. Show all posts
Showing posts with label BREAKFAST. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

Rolled Chicken-cheese Pancake

Assalamualaikum and good morning.
I went to a friend's house last week. To be specific, three other friends and me.
The start of our friendship is traced back forty years ago in johor bahru.
And for some of us, meeting one another is not something we do frequently as we are separated by own commitments.

Nothing matched the excitements of getting together again.
This time, we made rombongan cik kiah by train.
We pooled up at KL central and made some kepoh scenes as we didnt really know how to use the ticket machine haha.... and eyes were on us.
Err excuse us anak-anak.  Makcik makcik ni jarang naik keretapi...

Anyway, at my friend's house, we were also greeted by her croatian friend , Branca.



To make a long story short, food was plenty.
More than what we had expected.
But there was one dish that really caught my eyes and it was cooked by Branca. Asking for the recipe is one thing that I should not miss. I cant remember asking the name of the dish though but here I simply name it as Rolled chicken-cheese pancake or lempeng ayam berkeju. How's that sound.




How to make it?
Well, these are what you need:

3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 1/2 cawan sprite / aiskrim soda
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
1 bungkus kepingan ayam (chicken slices)
cream cheese
cheddar cheese / mozarella cheese ( gunalah mana-mana. I used cheddar cos that was what i had in the refrigerator)




1. Ayak tepung gandum dan baking powder. Masukkan ke dalam mangkuk. Tambah garam dan gaul.
Masukkan telur dan 3 cawan air sprite. Gaul dengan whisker.
Tambah sprite selebihnya berperingkat-peringkat untuk mengawal consistency adunan.
Sekiranya adunan masih pekat, tambah sedikit air, sedikit demi sedikit.
Consistency adunan lebih cair daripada pancake biasa.
(nota: sekiranya adunan masih ada berketul-ketul, masukkan ke dalam blender dan kisar halus)

2. Panaskan kuali leper anti lekat. Sapu sedikit majerin. Masukkan sesenduk kecil adunan dan senget sengetkan kuali supaya adunan merebak ke tepi.  Sama seperti membuat ketayap. Sekiranya adunan anda tidak merebak ke tepi apabila kuali disengetkan, maknanya adunan anda perlu ditambah sedikit air lagi.
Buat sehingga habis.

3. Chicken slices di goreng sebentar dengan sedikit majerin. Sebentar sahaja jangan sampai keras.
Kemudian potong (bahagi) dua, kepingan itu. (Potong dulu baru goreng pun okay)

4. Ambil sekeping lempeng.  Sapu permukaannya dengan cream cheese.
Letak sekeping chicken slice dan gulung kemas.
Buat sampai habis dan susun dalam mangkuk tahan panas.
Parutkan cheddar cheese di atasnya atau tabur dengan parutan mozarella.

Bakar lebih kurang 15 minit.



I ate with sambal.  Pergh.. a really good combination I tell you.
But Branca said, no... I cannot eat spicy food.  Biasalah kan.  Orang putih mana ramai yang boleh makan sambal ni.  Nak nak sambal yang ada petai.
They dont know what they are missing.


ibundo

Sunday, June 10, 2012

Jala Hijau

Assalamualaikum.  Dah lama benar rasanya dapur bundo ni terbiar.  Dua tiga hari ni bundo agak sibuk (siapa yang mengaku tak sibuk kan). Tapi sekurang-kurangnya bundo tak menyibuk haha..

Semalam kami adakan kenduri kecil-kecilan aqiqah cucu bundo yang baru berumur sebulan ni. Jadi dua tiga hari sebelum tu, bundo dan mak sedaranya yang sorang ni beriya-iya menyediakan benda-benda yang nak dimasukkan dalam goodie bag.  Ala.. saja nak bagi gift pada tetamu.  Dalam pada tu cuba promo kek dan coklat oreo pada tetamu.  Mana tahu kok ada yang nak menempah hehe..

Oleh sebab sibuk tu lah bundo tak sempat nak snap gambar dan tak sempat nak update. Terima kasih sajalah pada mereka yang masih setia lalu lalang di tepi dapur ni walaupun tak berasap. Dan maap juga pada rakan-rakan yang tinggal komen tetapi tak berbalas.



Semalam tumbang kambing sekor.
Kambing untuk kekah pun sekarang ni mahal yang amat. Satu ekor kambing siap dengan upah masak dah seribu. Mula-mula nak buat dua ekor tetapi oleh kerana memang nak buat kenduri kecil takut pula tak habis makan. So, buat sekor dulu.  Lagi sekor nak buat kekah di mekah melalui agen umrah dan dagingnya dikendurikan di dewan makan.



Yang sekor ini pun lauknya berbaki sampai ke pagi ni.  Sedap masakan orang ni.  Kata mereka lah.  Sebab bundo tak makan kambing. Kuahnya pun bundo tak jamah. Mengikut kata mereka memang kaw sampai jilat jari.

Sebab kuah masih banyak, daging dan tulang pun masih ada, bundo buatkanlah roti jala sebagai kawannya untuk breakfast pagi ni. Menjala kambing bundo pagi ni haha. Tu yang hijau tu sebab terjala dengan rumput-rumput sekali hahaha..



Tak payah resepilah ya.  Dah ramai sangat orang pandai buat roti jala.  Resepi bundo ni pun resepi campak-campak. Cuma perlu tepung dalam dua cawan, santan pekat dan air pandan, pewarna hijau sikit, telur sebiji dan garam.  Pandai-pandailah adun supaya adunan tak pekat dan tak cair. Nak tau pekat ke cair, kalau pekat nanti dia keluar dari lubang acuan tu tersekat-sekat.  Kalau cair sangat, dia keluar dari lubang acuan macam air.. Kalau masuk dalam kuali leper tu, dia jadi macam lempeng dan tak nampak jaring-jaring tu.  Okay? Pandai-pandai lah agak.

Selamat berhujung minggu.  Besok anak-anak dah masuk sekolah dan mula baliklah episod hantar dan mengambil anak ke/dari sekolah.

Sekian.

ibundo

Wednesday, November 2, 2011

Penkek Oat Bersos Brokoli

Sebut penkek rasa macam glemer.  Padahal ia cumalah lempeng yang orang dulu dah lama mulakan. Masa bundo kecik dulu, mak dan nenek bundo selalu buat lempeng pisang, lempeng ubi, lempeng keledek, lempeng tepung dan berbagai jenis lempeng lagi. Bundo yang memang melempeng masa tu sebab kurus kering, bedal je apa yang mak dan nenek bundo masak.

Dalam majallah sedap bilangan 41 baru ni, ada resepi lempeng oat. Tengok gambar, ia macam menarik.  Lagipun ada dimasukkan oat sebagai salah satu bahan. Tentu bagus untuk orang yang pentingkan diet kesihatan.

Serius cakap, setelah dibuat, rasanya ia bukan sesuatu yang disukai oleh semua orang dalam famili terutamanya anak. Dengan adanya oat, adunan agak likat dan lempeng tidak berapa lembut. Untuk bundo, ia okay sebab bundo memang makan oat.

Anyway, bundo letak jugalah resepi di sini. Sesiapa nak rasa, buat sekeping dua cukuplah.



Bahan:
200 gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
1/4 teh garam
50 gm oat
1 1/2 sudu makan gula
3 biji telur, pukul rengan
125 ml susu cair
35 gm majerin, cairkan

bahan sos keju:
1 sudu makan mentega tawar
2 sudu makan tepung gandum
200 ml susu cair
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
50 ml krim pekat
50 gm brokoli, rebus dan potong kecil
25 gm keju cheddar parut



1. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan garam
2. Campur telur dan susu cair.  Kacau rata. Masukkan majerin sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan.
3. Tuang satu senduk kecil di kuali rata tanpa disapu majerin. Terbalikkan.
4. Sos keju: panaskan mentega.  Masukkan tepung gandum. Kacau hingga bergumpal. Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin. Masukkan garam, serbuk lada sulah, krim pekat, brokoli dan keju.  Masak sehingga pekat.
5. Hidangkan penkek bersama sos.

Bundo makan sekeping. Ada yang makan setengah.  Ada yang cubit-cubit. Selebihnya bundo tak tau ke mana perginya.

ibundo

Sunday, September 11, 2011

Oat Muesli

Salam raya.
Nama pun hari raya. Macam-macam dah masuk dalam perut. Kalau tak kontrol, takut nanti semua benda naik mendadak. Kalau tak berat badan, kolesterol.  Kalau tak kolesterol, darah tinggi.  Kalau tak darah tinggi, fatty liver.  Adei.. macam-macam boeh jadi.

Sebaik-baiknya, bila makan tu makanlah ala kadar. Kalau agak-agak nak jaga kesihatan, cubit-cubit je lah sikit. Bila tak reti nak ambil sikit-sikit tu, cubit pipi tu kuat-kuat biar tersedar haha..

Apa kata kita tukar menu sarapan.  Bundo dapat resepi ni dari chef sabri.  Selak-selak majalah rasa, terjumpa dengan resepi yang sungguh baik untuk kesihatan kita.  marilah cuba!!!






Bukan sahaja berserat dan bagus untuk menyerap kolesterol tapi kaya vitamin.  Membuatnya juga mudah tak sampai 10 minit. Yang penting, bahan semua ada.  Buah-buahan pula pula diganti-ganti dengan apa yang ada dalam peti ais.



 Bahan:
35 gm oat segera
210 ml susu segar
1 sudu makan perahan jus oren
1 sudu makan madu lebah
1 sudu makan kismis
1 sudu makan anggur merah dihiris (bundo bubuh anggur hijau)
1 sudu makan buah epal hijau (bundo bubuh blue berry)
1 sudu makan mangga atau buah nangka (bundo bubuh buah naga)

Masukkan oat ke dalam mangkuk kemudian masukkan susu dan kacau hingga kembang.
Selepas itu masukkan bahan-bahan lain dan kacau hingga rata.
Siap untuk dihidang.




Memang sedap.

ibundo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...