Bundo suka makan kerabu / urap. Bila dikunyah, sayur ni bunyi krap krup krap krup. Bagai muzik pula.
Bahan:
300 gm kacang botol
1 ekor ikan pekasam goreng dan ambil isi
1 batang bunnga kantan, mayang nipis
1 labu bawang besar, mayang nipis
3 tangkai cili api, ditumbuk
5 biji limau kasturi, ambil jusnya
4 sudu besar kelapa parut disangai sehingga kekuningan
secubit garam
Cara menyediakan:
Hiris kacang botol.
Campurkan semua bahan dan gaul rata.
Sedia dihidang dengan nasi putih.
Uniknya, kerabu ni ada ikan pekasam. Pergh!!!!
Sila!..Sila jamah. Bundo nak pegi keje ni.
ibundo
8 comments:
hmmm....memang bertambah nasi kalau makan lauk gini..
sedappnya..
As'salam Ibundo
Alahai..lamanya ct tak singgah dapur Bundo ni, kesibukkan masa bersama anak2 pun ya. cuaca panas pun ya sampai mood nak duduk depan laptop tak ada langsung. jengah sekejap2 jerlah. tambah2 adik ipar datang lagilah mood nak ngadap blog hilang terus..hehehe
Bundo, selalunya kalau kacang botol ni ct lebih suka buat ulam dengan sambal belacan pelam jer Bundo. kalau buat urap ni ct sorang jerlah yang menjamahnya, yang lain2 memang tak pandang pun..hehehe
first time tengok kerabu ada letak pekasam..mesti sedap ni. Cahya pun suka makan kerabu & urap, Bundo.
aduhai k.pah.. menitis air liur tengok kerabu ni.. dah la mmg suka kerabu kacang botol ada pulak ikan pekasam.. perhhhh syoknyer! nor kopipes resipi dulu ya.. tq :)
syuh! syuh! pegi cepat, kang stap semua keluor menyoping kang bila bos tkde...heeehe...bundo mmg menggiurkan la kerabu kerabat ni...bundo guna ikan pekasam apa?
wadduh!! kecur laaa...
Suka makan tapi tak pernah pun buat sendiri
wah nie memang fav diana nie... kacang botol nie masak ler apa jer... pasti diana akan makan.. memang fav diana sejak kecil lg.. sedaaapnyaa
Post a Comment