Dah buat kue raya?
Kalau jumpa kawan mesti diorang tanya dah buat kue raya ke belum. Tak ada pulak yang menanya dah qatam quran ke belum. Hmmm..
Aku tak buat kue raya. Malas. Nanti dah penghujung-penghujung puasa aku pergi la tunjuk tunjuk je kat kedai. Beli cookies dalam dua tiga jenis. Lebihnya beli kerepek dan kacang-kacang je. Itu yang laku.
Bagaimana anda.
Alhamdulillah atas rezki yang melimpah ruah untuk sahabat yang berniaga kue raya. Ada sedara yang mengeluh barang bahan yang naik harga. Betul ke. Aku dalam bulan ramadhan ni tak ada sekali pun ke kedai yummy yang menjual bahan kek/cookies tu. Sebabnya yang pertama, memang aku tak ada benda nak cari di situ. Kedua, kedai penuh sesak dengan orang. Nak cari tempat parking pun susah. So, aku tumpukan pada masak untuk berbuka je lah dan sekali sekali buat kuih tradisional sebagai pemanis mulut semasa berbuka.
Sotong sumbek ni cakap orang nisemlan. Orang kelumpo cakap sotong sumbat. Aku kekalkan keaslian bahasa ibundoku hiii..
Bahan:
4 ekor sotong
Beberapa batang kacang buncis potong panjang
Bahan inti:
2 biji kentang dipotong dadu
10 ekor udang dihiris halus
2 ketul dada ayam dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 batang daun sup dihiris halus
1 batang daun saderi dihiris halus
2 biji lada merah besar didadu halus
1 sudu besar rempah kari
garam secukup rasa
1. Tumis bawang merah dan putih
2. Tambah rempah kari. Gaul rata.
3. Masukkan kentang dan ayam. Masak sehingga kentang empuk. Tambah sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan udang, cili, daun bawang, daun saderi. Jangan lupa garam.
5. Ketepikan biar sejuk
Bahan kuah:
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 batang serai
3 biji buah keras
2 biji bawang besar yang sederhana
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
5 biji cili api
* Blender semua bahan di atas
1 kotak santan
1 kiub serbuk ikan bilis
Beberapa helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 keping asam keping
1. Sumbat sotong dengan bahan inti. Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan toothpick.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak. Tumis bahan kisar sehingga masak.
3. Masukkan santan, kiub ikan bilis dan daun limau.
4. Masak sehingga kuah agak pekat. Tambah asam keping dan garam.
5. Masukkan sotong dan kacang. Masak sotong jangan terlalu lama. Nanti overcook dan sotong jadi liat.
Sekian.
Selamat berpikir pikir apa yang hendak dimasak untuk berbuka petang ni.
Aku rasa macam nak buat mee kari je.
ibundo
Showing posts with label sotong. Show all posts

Thursday, July 17, 2014
Thursday, June 28, 2012
Sajian laut henti sejenak
Henti sejenak.
Masing2 terintai-intai apa yang bundo masak. Ada yang menarik nafas dalam-dalam menyedut aroma yang memenuhi setiap ruang dapur.
Henti sejenak.
Melihat masakan yang telah sedia masak dalam kuali sambil tangan mencopot seketul udang yang sedang terbongkang berposing maut. Dan udang bertukar dari tangan ke mulut sambil mata terpejam-pejam tak tahu samaada menikmati kesedapan atau menahan kepanasan udang yang masih berasap-asap.
Ah.. nikmatnya kalau masak dan orang suka apa yang kita masak. Terasa diri seperti seorang genius dalam bidang kedapuran . Ada kau kesah? haha..
Asalnya nak goreng fish filet saja tapi bila dicongak-congak takut pula tak cukup untuk satu famili. Sebabnya bila fish filet tu dibeli nampak besar besar dalam bungkusan. Tapi bila sampai rumah dan di defrost rupanya yang besar itu hanyalah ketulan ais. Isinya ciput dan nipis pula.
So, tukar ke plan B. Selongkar peti ais, ada udang dan sotong.
Semasa membersihkan udang, bibik bertanya; nak masak apa ni buk.
Bundo cakap, projek.. hehe.
Bundo suruh bibik pergi belakang dapur ambil daun limau purut, ambil daun kunyit.
Serai mana? bundo tanya bibik
Serai habis buk. Haritu buat masak ayam.
Kat belakang?
Kan dah lama tak ada buk..masa wak robi buat pagar dulu.
Oo ye ke. Tak per.. tak per.. tak payah serai.
Bundo siapkan;
3 keping fish filet potong cube besar
6 ekor sotong potong gegelang
10 ekor udang besar dibuang kepala dan dibelah belakang
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang putih dicincang kasar
2 ulas bawang merah dicincang kasar
1/2 biji capsicum merah didadu kasar
8 helai daun limau purut dibuang uratnya dan dikoyak kasar
1 helai daun kunyit muda dihiris kecil
2 tangkai daun ketumbar dipotong kasar
1 sb sos ikan
1 sb sos plum
1 sb kicap masin
1 sb kicap manis
1 sb sos tiram
3 sb sos tomato
1 sb stok ayam pekat maggi (dalam botol)
Kemudian;
Fish filet digaul dengan secubit garam dan secubit kunyit. Goreng sehingga kekuningan dan bundo letak tepi.
Bundo panaskan minyak sikit. Tumis bawang merah dan bawang putih cincang sampai naik bau.
Bundo masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Goreng sehingga baunya semerbak.
Masukkan pula semua sos. Gaul rata.
Bila nampak dah okay, baru bundo masukkan udang. Masak sampai bertukar kemerahan dan masukkan daun ketumbar dan capsicum.
Lepas tu bundo masukkan pula sotong.
Masak sekejap saja sebab tak mahu udang dan sotong tu over-cooked. Sotong tu kalau terlebih masak nanti akan keluarkan air dan jadi keras.
Bila agak-agak dah masak, baru masukkan fish filet yang digoreng tadi dan terus padamkan api.
Gaul rata semuanya.
Siap.
Bila dah siap, bundo berhenti sejenak menenung hasil air tangan bundo hikhik..
Teruslah datang nama...... sajian laut henti sejenak.
Sekian dimaklumkan.

Wednesday, November 9, 2011
Sotong goreng tempe
Masa bundo sekolah dulu bundo ada kawan orang jawa. Namanya Jum. Jum binti Sukaimi. (Kat mana lah kau sekarang ni Jum). Bundo tanya kenapa nama dia Jum. Dia jawab sebab dia lahir hari jumaat. Pak sukaimi lantas bagi dia nama Jum. Tapi bundo panggil dia Jumishita Sukaimimura sebab terpengaruh dengan satu lagu jepun yang amat popular pada masa itu. Apa nama lagu tu, bundo dah lupa.
Yang nak bundo cerita sini ialah, Jum ini tersangatlah suka makan tempe. Dia ni orang JB. Emak dia dengan pakcik sukaimi ni boleh kata tiap-tiap weekend datang jenguk dia di asrama. Tiap-tiap kali datang mereka akan bawa makanan. Tempe memang tak mis. Yang kami ni tumpang tengok dan tumpang hidu. Nasib baik, kena pelawa makan. Selalunya nasib tak baik.
Tapi bundo tak suka tempe. Pada masa tu lah. Pada bundo tempe ni satu makanan pelik dan rasanya pun pelik sehinggalah satu hari ada kawan yang bagi bundo makan tempe goreng bersalut tepung. Terus bundo jatuh cinta.
Sekarang ni bundo dah kurang makan tempe. Bukan tak suka tapi terpaksa kurangkan atas saranan doktor yang menyuruh bundo kurangkan atau elakkan terus makan kekacang. Jadi, produk kekacang juga bundo kena kurangkan juga sebab paras uric asid bundo ni dah agak tinggi.
Sotong goreng tempe:
bahan:
5 ekor sotong besar di potong
1 bungkus tempe dipotong ikut suka, gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam
2 biji ubi kentang dipotong wedges
1 biji bawang besar dipotong wedges
1 biji tomato dipotong wedges
2 ulas bawang putih dititik
2 ulas bawang merah dihiris
1 cm halia dihiris memanjang
2 biji cili merah dihiris
1/4 sudu kecil kunyit
garam secukup rasa
sedikit daun bawang dan daun sadri untuk hiasan
Goreng tempe sehingga kekuningan. Ketepikan.
Goreng kentang sehingga kekuningan. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
Masukkan sotong, kunyit dan sedikit garam. Gaul sebentar. Bila sudah agak masak, masukkan tempe dan kentang yang telah digorenng.
Masukkan pula bahan lain kecuali daun bawang dan daun sadri.
Gaul dan padamkan api.
Taburkan daun sadri dan daun bawang dan gaul rata. Hidang.
Satu lagi masakan mudah. Kalau nak lebih berkhasiat, gunakan minyak zaitun untuk menumis.
p/s
Kepada yang telah memberi komen dalam n3 bundo di bawah, bundo ucap terima kasih. Bundo agak sibuk kebelakangan ini menyebabkan tidak berkesempatan untuk menjengah dapur kawan-kawan semua dan juga untuk membalas komen.

Subscribe to:
Posts (Atom)