Salam hari khamis. Puasa harini?
Dah lama nak buat resepi ni sejak nampak ianya selalu lalu lalang dekat ruang fb. Baru kini berkesempatan untuk membuat dan merasa. Nak bagi gred, macamana ek. Sebab kesedapan tu terletak pada citarasa masing-masing. Bagi aku, okay okay saja la. Tak adalah sampai kempunan kalau tak dapat lagi.
Bagi mereka yang tidak dan belum mendapat resepi ni, aku turunkan di sini. Aku tak tau resepi asal dari mana. Ada sesiapa yang tahu?
Terima kasih pada empunya resepi.
Bahan A
36 ketul oreo dikisar (ambil krim sekali)
6 sudu besar butter dicairkan
cara:
campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Ketepikan.
Bahan B
200 gm cream cheese
1 cawan non dairy whipping cream
100 gm gula castor/ gula ising
2 sudu besar susu segar
cara:
- Pukul cream cheese sehingga lembut
- Masukkan gula castor atau gula ising dan pukul lagi sehingga lembut dan gebu
- Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan
- Di dalam bekas yanglain, pukul non dairy whipping crean hingga lembut dan kental
- Kemudian campurkan dalam adunan cream chesee tadi. Kaup balik dan masukkan ke dalam piping bag.
Bahan C
1/4 cawan tepung jangung
1/2 cawan gula castor
1/8 tsp garam
1 1/2 cawan susu segar + 1 1/2 cawan santan pekat
185 gm dark chocolate , dicincang
1 tsp esen vanila
1 sudu besar serbuk koko
Cara:
- Campurkan tepung jagung, gula dan garam ke dalam bekas
- Kemudian campurkan susu segar+santan dan kacau perlahan. Masak atas double boiler dengan api sederhana.
- Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat (15 - 20 minit)
- Tambah coklat cincang dan koko dan kacau sehingga kental.
- Alihkan dari api dan masukkan esen vanila. Kacau rata.
- Ketepikan dan sejukkan
Cara melapis:
- Masukkan sedikit biskut oreo ke dalam bekas pilihan sebagai dasar
- Kemudian picitkan adunan bahan B di atasnya.
- Lapiskan atasnya dengan chocolate coconut puding, ratakan
- Picit lagi adunan bahan B
-Taburkan dengan chocolate chips. dan parutan cokolat
Aku kata, okay okay. Anak aku kata sedap. Ikut selera memasing lah..
ibundo
Showing posts with label PENCUCI MULUT. Show all posts

Thursday, November 6, 2014
Monday, August 26, 2013
Bread Pumpkin Pudding
Salam.
Satu minggu satu resepi. Well.. it's better than nothing ahaks..
Just havent got the time to snap snap snap. Makan tetap makan.
Yesterday je I attended 3 open houses makan makan. Dari tengahari meround, petang baru sampai rumah. The thought of not having to cook for dinner because the stomach is so full already, was so pleasing tapi ada pula perut-perut yang dirumah ni minta diisi.
Whether i want or not, kena jugalah masak. Masak simple goreng goreng dan panaskan lauk.
Labu ni beli dah lama. Tergolek-golek dalam bakul tak tahu nak dibuat apa.
Separuh I cooked lemak putih campur pucuk kayu manis. Done with that.
Yang separuh lagi timbul idea nak campur dengan puding roti.
Apa lagi, hantam sajalah labuuuu dan yang seronoknya, sedap pulak tu.
Sedap bak kata anak-anaklah.
Mengikut tekak anak ni apa yang mak dorang masak, sedap je..
Wanna try?
10 keping roti gardenia
2 cawan labu yang telah didadu anggaran 1/2 inci
2 cawan santan (1 cawan santan kotak + 1 cawan air)
2 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu besar (penuh) majerin
1/4 cawan choc chips
1. Labu direbus separuh masak.
2. Roti dikoyak-koyak, rendamkan bersama santan.
3. Masukkan roti+santan, telur, gula dan majerin ke dalam blender. Kisar halus.
4. Sediakan loyang, sapu sedikit majerin. Tuangkan roti yang telah diblender ke dalam loyang.
5. Masukkan labu dan choc chip. Gaul rata.
6. Bakar hingga masak. My oven, 160 deg selama lebih kurang 40 minit.
7. Tunggu betul betul sejuk baru dipotong. Kalau tak menyabar, boleh juga makan semasa panas tapi kena pakai sudu sebab masih lembut.
Makan dengan sos coklat sedap. Makan dengan sos kastad pun sedap. Makan begitu saja juga dah sedap. Pilihan anda...

Tuesday, July 16, 2013
Koci Keledek Oren
I came across this recipe somewhere but just cant remember where.
So this recipe became campak-campak dan hantam-sajalah. Luckily the outcome was sooo good.
The measurement that I'm going to put here is measurement campak-campak that in order to get it right, you have to campak-campak too..hiii..
Bahan:
Inti kelapa (tak payah resepi sebab semua orang tau nak buat)
(my inti kelapa tak cantik sebab mata mesen pemarut dah tumpul dan parutan kelapa jadi terlalu halus)
1 biji keledek oren yang sedang ( kalau nak buat banyak, go ahead.. use 2)
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan santan
Air ( Standby, incase santan tak cukup)
sedikit pewarna oren.
Daun pisang.
Untuk kuah santan:
2 cawan santan
1 sudu besar penuh tepung beras,
sedikit garam
How to get it done:
Buang kulit keledek, potong kecil dan rebus sampai empuk. Kemudian lenyek halus.
Campurkan dengan tepung beras dan santan. Juga sedikit pewarna oren nak bagi kaler gojes.
H'a... kat sini yang kena trial and error tu. Kalau nampak keledek terlebih, tambah tepung. Kalau tak cukup santan, tambah air. Konsistensinya macam nak buat kuaci tapi pastikan jangan terlebih tepung nanti tak rasa keledeknya.
Lepas tu bahagi-bahagikan doh sebesar bola pimpong (up to you actually).
Sediakan daun pisang yang telah dilayur, sapu minyak. Leperkan doh, letak inti di tengah.
To assemble, letak sos santan atas daun pisang. Letak doh berinti dan letak sos santan di atasnya. Bungkus macam melipat kue koci. Buat sampai habis.
Kukus sampai masak.
Untuk sos:
Campurkan semua bahan dalam periuk san masak hingga kuah pekat.
Sedappp ma..

Sunday, July 14, 2013
Agar-agar Cendol Kacang Merah
Salam.
Already Sunday? Semuga anda semua berada di bawah lindunganNya dan menerima segala ibadah yang dilakukan di bulan yang mulia ini. We are trying our best to be the very best. Are'nt we?
Dah plan manisan apa untuk berbuka petang ni? Why not trying this agar-agar.
It tastes as good as it looks.
I took this recipe from azlita Masam Manis . Thank you.
I share it with you here:
1 peket agar-agar serbuk
1 liter air (anggaran 5 cawan)
1 cawan gula melaka (dihiris)
1 cawan gula pasir
1 cawan santan/susu cair
1 cawan cendol
1 cawan kacang merha dalam tin
1 helai daun pandan disimpul
secubit garam
Masak agar-agar bersama gula pasir dan air hingga larut dan mendidih.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Ambil 1 bahagian dan letak daun pandan dan gula merah. Masak semula hingga gula larut.
Tapiskan ke dalam loyang atau acuan yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu. Biarkan ia mengeras.
2 bahagian lagi tambahkan santan dan secubit garam. Masak sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan cendol.
Cakar permukaan agar-agar gula melaka dengan garpu. Tuangkan 1/2 adunan agar-agar cendol di atasnya. Taburkan dengan kacang merah. Biar sedikit mengeras.
Ulang sekali lagi dengan baki 1/2 adunan agar-agar cendol dan kacang merah. Simpan di dalam peti ais.
That's about all, disudahi dengan salam ramadhan sekali lagi.
Masak, masak juga. Jangan lupa baca al Quran.
Know what! we can recite zikr anytime, no matter where.
Daripada fikiran merawang entah kemana ketika masak, eloklah penuhkannya dengan zikrullah.
Peringatan untuk bundo juga.

Monday, July 1, 2013
Cheezy Melt
Hmmmm... sedap yang amat.
Betul-betul mencair dalam mulut.
Bila anak tanya mak buat apa, bundo jawab cheezy melt. Sebab ada rasa cheese dan melting in d mouth.
Bila tengok balik resepi, rupanya mendaalah ni namanya melty hershey. Whatever. Apa ada pada nama.
Anyway, resepi ni ni bundo ambil dari dapur azlita masam manis. Sejak dua menjak ni habis dapur dak ita tu bundo selongkar. Thanks ita. I lap u muah muah...
Kalau rajin, pergilah baca macamana nak buat melty hershey ni di blog masam manis. Ita memberi penerangan yang tersangat detail.
Ada berbagai-bagai base yang boleh anda pilih.
Untuk yang bundo buat ni, bundo gunakan base/dasar yang guna biskut oreo, marrie dan almond flakes. Almond tu yang buatkan ada benda yang nak dikunyah-kunyah.
Resepi bundo letak di sini. Izinkan bundo kongsi di sini pula ya ita!.
Lapisan dasar:
150 gm campuran oreo, biskut marrie
30 gm almond flakes
90 gm mentega dicairkan
Bakar sekejap almond. Kisar kasar atau ramas ramas sahaja. Kisar oreo dan marrie. Campurkan biskut dan almond. Masukkan mentega dan gaul rata.
Masukkan ke dalam bekas bekas yang sesuai sebagai dasar.
Ketepikan, dan siapkan adunan cheese.
Resepi cheese:
250 gm cream cheese
200 gm non dairy whipping cream
150 gm plain yogurt
90 gm gula
15 gm gelatin (bundo tak guna)
60 ml air ( yang ini untuk mencairkan gelatin. Resepi ini tak pakai gelatin tak apa)
1 sudu teh jus lemon
50 gm bual blueberry (bundo guna strawberry)
blueberry filling (bundo guna strawberry filling)
Putar cream cheese dan gula hingga lembut.
Masukkan yogurt dan putar lagi.
Dalam bekas berasingan, putar non dairy whipping cream sehingga kental dan kaku.
(Sekiranya mangkuk pemutar ada satu saja, keluarkan cheese dan yogurt tadi masukkan ke dalam bekas lain. Kemudian gunalah mangkuk pemutar tu untuk putar whipping cream pula).
Kaup balik adunan whipping cream ke dalam adunan cheese. Tambahkan perahan jus lemon dan gaul sempurna.
Cara melapis tu terpulanglah pada kekereatifan sendiri.
Cara bundo ni:
Dasar (oreo, marrie, almond)
Cheese cream
Strawberry filling
Biskut marrie yang dicelup sekejap dalam fresh milk
Oreo kisar
Cheese cream
Hirisan strawberry
Cream chees
Atasnya di tabur sedikit dengan base/ dasar tadi dan letak strawberry
Yang di atas ini pula, bundo lapis dengan blueberry filling dan tabur atasnya dengan almond flakes.
Apa-apa pun memang yummy la..

Friday, May 3, 2013
Pengat Nangka Kelapa Laut
Berjumpa lagi kita pada Jumaat yang tidak jemu datang bertandang. Hari mendung dari pagi. Mungkin ramai para ibu yang gundah gelana kerana baju basuhan masih belum dapat disidai. Dah mula masuk dapur untuk menyiapkan makan tengahari? Ah.. antara tugas ibu@isteri yang tak berkesudahan. Jangan lupa berzikir semasa memasak. Daripada fikiran merawang tak tentu arah, lebih baik kita penuhi minda dan hati kita dengan selawat dan zikrullah.
Untuk resepi kali ini anda perlukan:
Beberapa biji nangka ( 6- 8 biji mengikut saiz)
1 tin buah kelapa laut
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Gula secukup rasa
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Nangka disiat panjang-panjang.
Kelapa laut ditapis ambil isinya sahaja.
Masakkan santan cair dan daun pandan yang dikoyak dan diikat, hingga mendidih.
Masukkan gula, santan pekat dan garam.
Apabila mendidih , masukkan pula nangka dan kelapa laut.
Bila mendidih sekali lagi, kacau sebentar dan padamkan api.
Bolehlah dimakan
Mmmmm.. yummy.
Selamat makan tengahari dan selamat minum petang.
Pendek dan ringkas je n3 ni kan? What to do....

Sunday, December 2, 2012
Bubur jagung berdurian
Salam. Pejam celik pejam celik, dah seminggu lebih jugak blog tak berupdate. Sejak maid balik kampung, masa untuk bersantai-santai pun turut terkorban. Masak. Memang masak. Tapi masak, makan, kemas.. sampaikan nak ambil gambar pun takde masa. Nak buek camno?
Masterchef malasysia 2 dah selesai. Puas hati dengan keputusan? Memang dah dijangka pun. Kebolehan azyan nampak menyerlah di minggu-minggu terakhir tapi jauh di sudut hati ini mengharap juga supaya along yang memperolehi kejayaan. Ya.. anak muda yang mencari dana untuk menyambung pelajarannya. Semuga rezki along lebih luas di luar sana.
N3 amie 'bubur jagung durian' memberi bundo idea untuk membuat bubur jagung durian bundo ini pula walaupun resepi bundo ini resepi main belasah saja tak refer pun pada resepi amie. Maap ye amie.
Memang kebetulan jagung ada satu tin. Durian pula ada beberapa biji. Durian kampung yang dibawa anak buah semasa singgah ke rumah tempoh hari.
Biji sagu yang bundo gunakan bewarna hijau. Bukan sengaja nak bubuh yang hijau tapi yang putih tak ada. Tapi bila ada warna hijau dan warna kuning jagung tu, macam ngam lah pulak.
Cakap pasal biji sagu ni, bundo teringat akan Rosemah masterchef masa sesi kenal bahan. Rosemah ni satu kampung dengan bundo. Kalau di kampung tu, nak ke rumah dia jalan kaki sepuluh minit dah sampai. Yang bundo nak cerita ni, semasa tiba turn dia mengenal bahan 'biji sagu' ni, dia sebut biji 'mata ikan'. haha.. memanglah bundo tergelak sakan sebab kalau kat kampung tu sah sah ia nya disebut biji mata ikan.
Okaylah. Resepi campak-campak bundo ni:
1 tin jagung manis adabi (yang berbiji)
Gula pasir ikut suka manis
1 sudu kecil garam
1 cawan santan pekat
Santan cair ikutlah suka nak kuah banyak mana
1/2 cawan sagu hijau direndam dulu
8 ulas durian (kalau durian besar, kurangkanlah)
1 helai daun pandan.
Masak santan, daun pandan yang disimpul dan gula hingga mendidih.
Sagu yang direndam, toskan airnya dalam tapis teh dan jirus sebentar bawah air mengalir.
Masukkan jagung, durian dan garam dalam santan.
Masukkan sagu.
Siap.
Sekian. Cuti panjang-panjang ni tak ada kemana?

Thursday, November 1, 2012
Puding Roti Cocktail Bakar
Salam.
Dah satu November hari ni. Dua bulan lagi masuk tahun baru. Sungguh cepat masa beredar. Antara sedar dengan tidak umur makin meningkat dan muda makin meninggalkan kita.
Dua tiga hari ini bundo rasa kurang sihat. Nak kata demam, tak. Tapi anggota rasa lesu tak bermaya. Selera makan pun kurang. Lauk yang dihidang di meja makan cuma ditenung saja. Tekak nak makan tapi tak tau apa yang nak dimakan.
Namun begitu, sempat juga membuat puding roti cocktail bakar.
Semasa bundo potong potong puding roti tersebut setelah masak dan sejuk, bundo pikir mesti tak habis makan sebab dapat satu pinggan besar penuh melimpah ruah. Nampaknya tekaan bundo itu meleset sebab belum sampai ke senja yang tinggal cuma sosnya saja. Itu pun sikit. Pudingnya dah tak nampak.
Untuk peringatan bundo dan anak-anak, bundo letak resepi di sini.
Bahan:
6 keping roti gardenia
2 biji telur
2 cawan penuh buah-buahan cocktail
200 ml air buahan cocktail
400 ml susu segar / cair
1/2 cawan gula castor
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1. Koyakkan kecil roti gardenia dan masukkan ke dalam mangkuk. Rendam bersama susu cair.
2. Air buah, telur dan gula dimasukkan ke dalam blender. Putar sebentar. Masukkan tepung dan putar lagi sebentar.
3. Masukkan bahan yang telah diblender ke dalam mangkuk berisi roti. Masukkan buah-buahan. Gaul rata.
4. Masukkan ke dalam loyang pembakar dan bakar sehingga masak.
Bahan sos:
1 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar gula
400 ml susu segar
100 ml air
1 sudu kecil esen vanila
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga kuah pekat.
Hidangkan bersama puding roti.
Rasa? Boleh tahan lah.... Tapi anak kata sedap. Siapa lagi nak puji kalau tak anak kan?

Wednesday, October 3, 2012
Salad buah
Assalamualaikum buat semua yang bertandang ke dapur bundo.
Apa kabar semua? Harap sihat dan sentiasa di bawah lindunganNYA.
Bagi yang tertanya-tanya ke mana bundo menghilang beberapa hari, sila terjah ke blog bundo yang lagi satu kat sini. Bundo pergi makan angin sebab dah kenyang makan memacam di dapur ni haha...(lawak murah)
Hidangan bundo kali ini tak adalah special mana. Cuma nak kongsi cara sempoi untuk buat pemanis mulut. Tak sampai sepuluh minit gerenti dah siap.
Cuma perlukan:
1 tin besar fruit cocktail
1/2 bekas nata decoco (bekas yang dalam plastik tu. Tak kisahlah flavor apa)
2 cawan buah anggur hitam
3 potong buah honey dew potong dadu
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat
Masukkan fruit cocktail dengan airnya sekali ke dalam bekas. Masukkan susu dan bahan-bahan lain. Gaul rata dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam sebelum dimakan. Sedap dimakan sejuk.
Kalau ada dadih atau lebihan agar-agar, campurkan sekali.
Sempoi dan laku.
Bundo buat satu tupperware besar, kejap je habis.
Sekian n3 malas dari bundo hehe...

Monday, July 23, 2012
Puding dwirasa
Hari ketiga Ramadhan. Bundo rajinkan diri untuk masukkan n3 baru. Juadah pencuci mulut untuk petang ini. Rasanya tak tahu sebab belum rasa. Mintak-mintak sedap.
Bahan:
Satu kotak jeli segera perisa strawberi
1 sudu besar serbuk agar-agar
Masak jeli mengikut arahan dikotak. Masukkan serbuk agar-agar dan masak sehingga larut. Sediakan acuan lompang. Basahkan. Masukkan jeli ke dalam acuan lompang kira-kira 3/4 bahagian sahaja. Sejukkan.
1 bungkus agar-agar tali.
1 cawan perahan air pandan yang telah diblender
1 tin susu cair
3/4 cawan gula (kalau suka manis, tambah)
1300 ml air
1 sudu besar pes pandan
Rebus agar-agar bersama air sehingga larut. Masukkan gula serta air pandan. Setelah sebati, masukkan susu dan pes pandan.
Sediakan acuan puding yang dua kali ganda lebih besar daripada acuan lompang. Masukkan sedikit adunan puding di dasar acuan. Buat serupa pada semua acuan. Biarkan 3/4 keras.
Cakar-cakar sedikit permukaan puding. Keluarkan jeli dari acuan lompang dan letak di atas puding yang telah dicakar tadi. Letak di tengah-tengah.
Kemudian curahkan adunan puding di atasnya sehingga ke paras permukaan. Biarkan keras.
Sos kastad.
Yang ini pandai-pandai lah anak-anak ye. Bundo main lebur je semua bahan. Takde sukat-sukat pun.
Bundo bubuh tepung kastad sikit, susu cair, whip cream dan sedikit gula. Lepas tu jerang sehingga kuah agak pekat.
Air tu cuma untuk tujuan bergambar je. Lepas tu simpan dalam peti ais untuk minum nanti.
Sekian.

Thursday, July 12, 2012
Puding Nasi
Pernah dengar puding nasi sebelum ni tapi tidak tergerak hati untuk membuatnya. Kelmarin semasa menyelak-nyelak buku resepi yang bertimbun, bundo terjumpa dengan resepi puding nasi dan keinginan untuk mencubanya datang. Jadi, semasa ke kedai yummy untuk membeli tepung HP, bundo ambil juga satu tin buah ceri.
Ini projek semalam. Nasi tu rasanya lemak-lemak manis berkrim. Bundo bagi rating 6/10 sebab tekak tak biasa dengan nasi yang ada rasa manis ni.
Anyway, bundo turunkan resepi. Mana tahu kot-kot ada pula yang berkenan.
100gm beras
50gm castor sugar
500 ml fresh milk
200 ml whipcream
1 tin buah ceri
2 gm tepung jagung
20gm castor sugar
3 gm serbuk kayu manis
Cara:
1. Rendam beras selama 1 jam. Toskan airnya.
Masukkan susu dalam periuk dan rebus bersama beras dan gula dengan api perlahan. Kacau selalu.
Masak hingga adunan berkrim. Padamkan api. Biarkan sejuk.
2. Pukul whipcream sehingga kembang. Gaul sebati dengan nasi.
3. Masak ceri bersama dengan gula, tepung jagung dan serbuk kayu manis. Masak sehingga adunan pekat.
4. Masukkan beberapa sudu nasi berkrim ke dalam gelas. Letak adunan ceri di atasnya. Masukkan lagi nasi dan akhir sekali letakkan adunan ceri. Hias ikut suka.

Tuesday, June 26, 2012
Pengat Mi Siput
Ramadhan hampir tiba.
Masih terbayang-bayang di ruang mata bundo ni arwah mak mengisar tepung untuk membuat kuih muih semasa berbuka puasa. Dulu tak ada tepung beras. Tak ada tepung pulut. Kalau nak buat kuih, kena rendam beras dan kisar. Kisar pulak kena ada teknik. Kalau teknik tak betul nanti tepung jadi kasar dan kena kisar lagi sekali.
Sekarang ni dah tak payah susah susah. Dan pengisar tepung tu dah jadi hiasan kat laman bundo ni.
Antara juadah berbuka puasa yang mak bundo suka masak ialah pengat mee siput. Err.. nak buat mee siput ni tak payah kisar tepung. Cerita kat atas tu hanya intro je. Mee siput beli siap di kedai. Masa dulu, mee kuning pun susah nak dapat. Yang ada, mee yang cina buat. Orang melayu kita ni belum ada lagi yang pandai buat mee kuning.
Kelmarin bila nampak mee siput di kedai secara otomatis bundo teringatkan pengat mee siput mak. Mak bundo dulu gandingkan mee siput ini dengan pisang nangka. Tapi sebab pisang untuk dibuat pengat tak ada ketika bundo beli mee siput tu, bundo gandingkan dengan keledek yang ada berbaki seketul dua di rumah.
Bahan:
2 keping mee siput
1 biji keledek
1/4 cawan chacha
1 buku gula merah
2 sudu besar lempuk durian
1 sudu teh garam
800 ml santan
2 helai daun pandan
Cara:
1. Rendam chacha sampai kembang
2. Didihkan air dan rebus lembut mee siput
3. Keledek dipotong kiub besar
4. Masak santan, keledek dan chacha sehingga lembut. Masukkan daun pandan, garam dan gula.
5. Apabila bahan empuk, masukkan lempuk dan mee siput.
6. Kacau sebentar dan padamkan api.
Mungkin ada yang rasa pelik.
H'a?.. mee dibuat pengat? Tapi rasa dulu baru tahu.
Abah bundo makan bertambah-tambah. Mungkin mengembalikan memorinya kepada arwah mak.
Abah bundo umurnya dah hampir 90 tahun. Masih kuat. Masih boleh bawa kereta sekitar kawasan rumah bundo ni. Ya.. abah tinggal dengan bundo sejak pemergian mak.
Berani mahu mencuba?

Friday, June 22, 2012
Badak Gemuk Berendam Sakan
Masak apa untuk berbuka harini. Bundo teringin sangat nak makan badak. Badak yang berendam tu...
Panas berbahang macam ni kalau boleh kita pun nak tumpang berendam sama. Kalaulah rumah bundo ni ada kolam, uish.. memang sampai kecut bundo berendam dalam air.
Tapi apakan daya. Yang ada kolam plastik empunya cucu bundo tu. Takkanlah nak numpang sama. Yang ada satu lagi tu, kolam ikan. Kolam ikan koi dan ikan tilapia. Kang berendam dalam tu mau kena ekor dek kucing-kucing sebab satu badan berbau ikan haha..
Apa-apa pun, mehlah makan badak berendam ni. Badak yang ada dalam gambar ni comel sebab bundo yang gentel. Badak yang bibik buat ya rabbi gemuknya....... Makan sekor je boleh tahan tak payah makan nasi lagi dah.
Macamana nak buat badak berendam ni? Bundo pasti ada anak-anak dara yang tak reti nak buat. Maklumlah, main beli kat pasar malam je. Kalau nak tau, ha.. meh sini bundo ajarkan.
Mula-mula kena ada inti dulu. Inti ni mudah je. Cari kelapa yang tidak berapa tua. Parut putihnya saja. Kemudian campur dengan gula merah. Kalau kat kampung bundo, banyak orang jual gula anau. Gula anau yang asli rasanya sedap dan lemak. Gula yang dijual di kedai tu kebanyakannya dah ditambah dengan gula pasir. Dah tak asli lagi dah.
Kelapa, tambah gula merah, tambah santan sikit kalau nak lemak. Kalau taknak, bubuh air saja dalam setengah atau satu cawan terpulang banyak mana kelapanya. Koyakkan daun pandan. Bubuh garam dalam secubit. Lepas tu masaklah sehingga kering. Kalau ada durian, tambah seulas dua. Dah..
Nak buat badak berendam:
Tepung pulut
Air daun pandan
secubit garam
Campurkan tepung pulut denngan air pandan dan garam. Agak-agaklah sebab bundo pun main campak-campak je. Kita boleh rasa samaada adunan itu lembek, keras atau okay.
Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bola kecil. Leperkan dan isi dengan inti. Tutup dan bulatkan.
Panaskan air. Bubuh sedikit garam. Rebus badak yang telah dibubuh inti tadi. Tunggu sehingga dia terapung di permukaan. Ha.. tu tandanya dia dah masak.
Untuk kuahnya:
1/2 biji kelapa diambil santannya
1 sudu kecil garam.
1 helai daun pandan dikoyakkan
1/4 cawan sago bewarna hijau.
Rendam sago dalam air pandan sehingga kembang. Kemudian rebus dalam air rendaman tersebut sehingga kembang. Kalau tak cukup air, tambah air.
Bila kembang, tapis dan cuci dibawah air menngalir untuk membuang kanjinya. Ketepikan.
Masak santan dengan garam dan daun pandan. Selalunya kalau bundo tak bubuh sago, bundo tambah santan dengan 1 sudu besar tepung pulut untuk memekatkan kuahnya. Tapi oleh sebab kali ni bundo campur dengan sago, maka tak tambah tepung.
Kacau selalu kuah santan supaya tak pecah minyak. Apabila kuah masak, masukkan sago dan padamkan api.
Masak kuah dulu baru rebus badak ya.. Sebab bila badak tu masak, angkat dan terus masukkan ke dalam kuah. Kalau tak, nanti badak tu melekat sesama sendiri jadi kembar siam. Susah nak bedah haha..

Wednesday, June 13, 2012
Pengat keledek caca merba
Pengat keledek caca merba. Kau nan ado? bak kata hazwan ali, haha. Bundo gemar gak nengok selebriti-selebriti ni masak. Ada yang betul-betul boleh masak. Ada yang main bantai je. Kadang-kadang bundo bayangkan yang bundo tengah sama berketuntang dalam dapur masterchef tu. Seronok tak shahariah bila masak dalam keadaan tertekan. Rasanya kalau bundolah dalam situ, baru round pertama dah keluar sebab kepala boleh blank wo tak tau apa nak masak dalam keadaan macam tu. Hah.. beranganlah kau bundo weh..
Tapi dalam rumah sendiri kita memang seorang masterchef. Kalau masterchef ni tak ada, hah.. makan nasik bungkus lah jawabnya korang.
Masak apa harini bundo. Macam-macam. Tapi nak keluar dalam sini kena beratur tunggu turn. Mana-mana yang patut tunggu tu boleh simpan dulu kot kot nanti malas masak boleh je gunakan untuk buat n3 baru. Ye tak. Bukan tahu pun masak bila kan.
Pengat keledek caca merba ni belum basi lagi. Masih ada suku periuk kat atas dapur tu. Periuk kecik je. Sesiapa yang tertinjau-tinjau kat tingkap dapur tu kalau nak cedok semangkuk, cedok lah. Halal..
Pengat ni kalau letak aiskrim satu scoop sedap gak ni. Kalau tak pun golekkan durian seulas. Uish.. meleleh air lio den.
Bahan:
2 biji keledek sederhana besar dipotong dadu kasar
1 cawan ca ca direndam dulu 1/2 jam
1/2 cawan sagu mata ikan direndam 1/2 jam
1/2 cawan gula pasir (boleh tambah ikut citarasa)
1 sudu kecil garam
Santan secukupnya (1/2 biji kelapa )
2 helai daun pandan
Rebus caca dalam santan hingga 3/4 empuk. Masukkan daun pandan.
Masukkan keledek.
Bila keledek hampir empuk, masukkan gula, garam dan sagu mata ikan.
Kacau selalu supaya santan tidak pecah.
Lepas tu bolehlah makan. Makan panas boleh. Makan sejuk masukkan dalam peti ais pun sedap juga.

Sunday, November 13, 2011
Rainbow Agar-agar Pudding
Dalam masa yang sedikit terluang ini bundo masukkan satu resepi mudah untuk dikongsi. Semuga anda yang datang menjenguk sentiasa berada di dalam dakapan kasih sayangNYA.
Recipe by Jamie Jong
Bahan A:
10 gm agar-agar
200 gm gula castor ( bundo kurangkan 150 gm)
1000 ml air
4 helai daun pandan
Pewarna merah, hijau, kuning, biru
Bahan B:
10 gm agar-agar
200 gm gula castor (bundo kuranngkan 150 gm)
1000 ml air
1 peket serbuk santan
4 helai daun pandan
Pewarna merah, hijau, kuning, biru
1. Didihkan bahan A kecuali pewarna sehingga gula dan agar-agar larut.
2. Didihkan bahan B kecuali pewarna sehingga gula dan agar-agar larut.
3. Ambil 250 ml bahan didih B, bubuh pewarna kuning dan masukkan ke dalam acuan.
Biarkan sehingga hampir beku.
4. Ambil 250 ml bahan didih A, bubuh pewarna kuning . Tuang ke atas lapisan pertama. Biarkan sehingga hampir beku.
5. Buat langkah yang sama dengan warna seterusnya.
6. Apabila sudah habis melapis, biarkan benar-benar beku baru terbalikkan ke dalam pinggan.
Kesilapan bundo:
1. Masukkan lapisan kedua terlalu awal menyebabkan lapisan pertama masuk sedikit ke dalamnya.
2. Acuan agak pendek dan bundo tidak dapat masukkan lapisan biru sebab dah melimpah. Jadi, warna biru bundo masukkan ke dalam acuan kecil saja.
Sekian. Selamat berhujung minggu. Acara hujung minggu bundo padat dengan kenduri kendara.

Subscribe to:
Posts (Atom)