Sunday, May 10, 2020


IKAN SIAKAP STEAM TOMYAM

Assalamualaikum.
I am making a comeback. Lama betul tak menulis di sini. Sampaikan email terlupa, password terlupa. Setelah berminggu-minggu mencuba, alhamdulillah hari ini dapat masuk. Nak menulis pun terlupa macamana.
Adakah lagi kawan2 bundo di sini. Last bertegur sapa adalah pada tahun 2014. Lama sungguh,

Semalam masa berbuka bundo masak ikan siakap steam tomyam.



Bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 ulas bawang merah dihiris 
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris panjang
2 batang serai dihiris nipis
1 biji tomato didadu
5 biji cili api dipotong
5 helai daun limau purut
2 sb jus limau kasturi
2 sb pes tomyam
1/2 cawan air
sedikit garam

Campur bahan di atas dengan 1/2 cawan air. Ketepikan.
Letak ikan di atas pinggan sesuai dan masukkan ke dalam pengukus. Kukus sehingga setengah masak. Buka penutup dan curahkan bahan yang digaul tadi ke atas ikan.
Kukus lagi sehingga masak.

Bundo ucapkan selamat berpuasa kepada semua.


ibundo@nendo


4 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Bundo.
Alhamdulillah... Jumpa lagi. Lama tak dengar berita. Ramai rakan blogger masakan menyepi diri. Kita terasa sunyi tapi teruskan juga main masak-masak. Jom Bundo, kita terus meriah-meriahkan dunia masakan. Selamat berpuasa buat Bundo sekeluarga.

ibundo said...

Amie masih berterusan memeriahkan dunia masakan. Alhamdulillah. Selamat berpuasa.

Cik Azz said...

Ehh..
Berasap balik dapo kek blog ni yo kak.. Hehehe..

ibundo said...

Haha Az.
Pueh godek2 e camano nak masuk balik. Osah lamo e tak buek posting. sampaikan lupo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...