Monday, September 5, 2011

Ayam asam pedas versi 2

Selamat hari raya.  Lama betul dapur bundo ni tak berasap. Maknanya lama benar bundo tak masuk ke dapur. Selama hampir tiga minggu ni bundo makan guna dapur orang je hehe.  Alhamdulillah bundo dah selamat sampai semula di rumah Jumaat lepas.

Kelmarin, sedara mara datang dari melaka. Bundo tak banyak tenaga lagi nak masak macam-macam. Jadi, bundo masak nasi dan beberapa jenis lauk je.  Antaranya lauk ayam masak asam pedas pakai rempah kari sikit. Orang melaka ada nama untuk masakan macam ni.  Bundo dah lupa apekenamanya. Ada sikit-sikit bunyi migrain.  Haha.. memang migrain dibuatnya kalau masak tak menjadik.



1 ekor ayam
1/2 inci hirisan lengkuas diketuk
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1/2 inci halia *

3 senduk besar (senduk lauk) cili kering yang telah diblender.
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 sudu besar rempah kari daging
1 batang bunga kantan
air asam jawa secukupnya

Blender bahan yang bertanda *.
Di dalam bekas, campurkan cili kering dengan rempah kari dan serbuk kunyit. Gaul.
Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk. Tumis bahan bahan yang diblender dan lengkuas sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili dan goreng sehingga masak.
Masukkan ayam. Gaul sehingga air ayam kering.
Tambah air secukupnya. Masukkan bunga kantan. Bubuh air asam jawa dan garam. Apabila mendidih rasakan pedas, masin dan masam elok imbangannya. Boleh bubuh perasa kalau suka.




Sekian.

ibundo

5 comments:

Acik Erna said...

assalam kak pah..rayo keduo tu.poi rumah anak sedaro yang kek sogamat..dio masak asam podeh ayam..mak ai..sodap e kak pah..teraso2 sodap e sampai sekarang ni ha..

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ibundo..
wah terliur tgk ayam asam pedas tu... nampak sgt sedap ler ibundo....

ibundo said...

erna,
ekau ponah buek tak. Cubolah buek..

diana,
wkslm. selamat hariraya diana.

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. ita suka asam pedas kak.. tapi nak buat yang ummpp punya suka tak berapa jadi.. kena banyak cuba lagi resepi2

Deliah's Deli said...

masak gerang asam ke ni kak pah..mmg kena mkn ni,klu tidak mau kena migrain sy..:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...