Monday, September 19, 2011

Fruit Cocktail

Hujung minggu yang panjang dan langkah pun panjang juga kan? Tiga hari cuti habis dengan acara makan-makan? Alhamdulillah.  Rezki jangan ditolak tapi mintak-mintak janganlah habis syawal ada perut yang nampak macam mengandung 3 bulan. Haha.. bundolah tu..

Semalam bundo masak-masak dan makan-makan di rumah je. Ada beberapa kawan bundo dan kawan anak-anak datang. Antara menunya, fruit cocktail sebagai pencuci mulut. Ada yang minta resepi dan di sini bundo turunkan ilmu. Bukannya susah sangat sebab semuanya main campur dan cebur.


Bahan-bahan ini untuk lebih kurang 20 orang makan.  Kalau nak buat untuk makan sendiri, sesuaikanlah bahan. Satu pesan bundo.  Kebanyakan bahan adalah bahan dalam tin. Pastikan beli yang ada bertanda halal jakim ataupun islamic council dari negara yang mengimport.

2 tin besar cocktail buah-buahan
2 tin susu cair
1 tin laici atau longan
1 bekas besar nata decoco berwarna hijau (berat dlm 400gm kot) *
1 kotak puding segera jenama nona perisa strawberi *
1 kotak puding segera jenama nona perisa mangga *
1 kotak puding segera jenama nona perisa kiwi *
2 sudu besar susu pekat
1/2 cawan whip cream
nota: untuk bahan bertanda *, ia boleh ditukar dengan apa jua perisa lain tapi pastikan warnanya pelbagai.



- Masak ketiga-tiga puding ,masukkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk.  Apabila sudah keras, potong kecil.
- Dalam bekas lain masukkan satu tin cocktail berserta dengan airnya dan satu tin tagi ditapis dan masukkan isinya sahaja.
- Masukkan laici atau longan berserta airnya.  Kalau buah laici besar, belah dua.
- Tapis nata decoco dan ambil isinya sahaja.  Masukkan isi bersama bahan lain.
- Masukkan dua tin susu cair, susu pekat dan whipping cream.  Kacau.  Apabila sudah sebati, masukkan puding yang telah dipotong tadi.
- Simpan dalam peti ais dan hidangkan dingin. Boleh juga diletak ketulan ais.



Cubalah.  Pasti sedap dan nyaman ditekak.

ibundo

12 comments:

RAJA ZARINA RAJA OTHMAN said...

mmmmmmm nampak sedap, semlm saya pergi open hsh kat umah kakak angkat p0n wat f/cocktail cam ni eh ari buka blog ada plak resepinya blh wat nanti....tq.

Fiza Nordin said...

menarik sekali...kuahnye pasti lemak2 berkrim gitu ye bundo...aduhhhh terliur sudah!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam bundo.Pagi-pagi ni dinginnya nampak pudding ni.Kat sini hujan la..lagi sejuk ni....

cikmanggis said...

kakpahhh!!!!Allah sedapnya...nak kena buat ni nampak sungguh sedap.Jika tak makan ni masuk batu belah batu bertangkaup....tolong aku..aku nak makan puding Bundo hehe...esok Cm buat:)Insyallah

Gee® said...

ermmmm....yummy!! tak kiralah perut 3 bulan ke 5 bulan ke... nak juga rasa puidng nih...

ejaMaria said...

Bundo pakai whipping krim jenama apa?

Cyndy Samantha said...

wow...meriahnya koktail

Kak Sam said...

Bestnya. cama kena buat je. Kalau guna sukatan diatas dapat banyak mana yea bundo?

ibundo said...

raja zarina,
buat masa open house, orang berebut2 nak makan yang ini. mesti yang ni habis dulu..

fiza,
tang kuah tu yang tak terkata tu..

ibundo said...

puan ros,
haah.. kat sini pun hujan gak pagi tadi.

cm,
apa lagi.. alamanda dekat tu kalau tak cukup barang.

gee,
kehkeh..

maria,
pakai je jenama apa asal ada tulis halal kat situ. bundo punya.. malas plak nak turun pegi cek haha..

ida,
lagi banyak isi lagi meriah.

sam,
untuk lebih kurang 20-25 org makan. Kalau nak buat utk makan sendiri, bagi dua je bahan tu. Tak habis boleh simpan dalam peti ais makan esoknya pulak.

anymz said...

yuhuuuu kak pah.assalamualaikum..
cak!!! rindu kek se tak?..alhamdulillah akak dah selamat kembali yo.ado doakan sey kek sanun tak?..kalau tak doa pun ado tak akak terbayang2 ayat cintan se kek blog akak nih.hahaha..
banyak na ujian se ramadhan tahun ni kak..tapi takpo lah.alhamdulillah itu tando Allah sayang lah agak eh tu kan?..(hehe..mandai2 yo se ni kan?)

meh sini fruit cocktail akak ni semangkuk godang..sikit2 tak cukup sbb porut dah lebar dah ni..

ibundo said...

anim.
osah lamo e ekau cuti. Dah somak samun dah dapo kau tu.
Iyolah.. ado baco apo yang dah bolaku tu. Somo e tu dugaan. kalau tak di dugo, mano nak tau iman ni kuek ko tak, kan..
solamat kombali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...