Saturday, July 30, 2011

Ayam Salero Basamo

Setelah beberapa hari di CH, bundo sampai semula di rumah maghrib tadi. Sampai di rumah makanan telah sedia terhidang di meja. Nampaknya bibik masak ayam dan sambal udang petai. Tapi bundo tak makan sebab masa singgah di RnR tapah tadi bundo dah makan mi kari.  Kenyangnya masih terasa.

Kali ni bundo nak letak masak ayam yang bundo dah buat minggu lepas. Masa di CH bundo ingat nak masukkan ke dalam N3 baru tapi oleh sebab line internet terlalu lembab, bundo batalkan saja niat.


Resepi ini pun resepi yang bundo telah belajar masa mula-mula kawin dulu. Sebelum kawin memang bundo tak pandai masak. Bila dah kawin bundo mula belajar, itupun setelah banyak kali ditertawakan oleh hasben bundo. Macamanalah tak kena ketawakan. Hasben suruh masak daging goreng, bundo hiris-hiris daging tu, letak garam dengan kunyit dan goreng macam goreng ikan.  Sampaikan keras kejung .  Kalau makan memang boleh tanggal gigi. Banyak lagi kesilapan bundo dalam hal masak memasak ni. Tapi kita ni belajar dari kesilapan, kan?

Lepas tu bundo rajin cari resepi di library. Bundo tinggal di penn state masa tu. Dulu-dulu mana ada kemudahan internet macam ni. Dan bundo terjumpa satu buku masakan indonesia yang banyak resepi sedap-sedap.  Salah satunya resepi yang ini.  Nama masakan ni bundo dah lupa tapi bundo namakan dia salero basamo.


 Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa diambil santannya
beberapa helai daun limau purut dibuang tulangnya
sedikit lengkuas diketuk
2 biji limau kasturi diambil asamnya

Bahan kisar:
6 biji cili merah
10 biji cili api (boleh tambah kalau mahu pedas)
2 biji bawang besar sederhana besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai di hiris nipis
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
kunyit hidup secukupnya
1 inci halia
2 biji tomato yang masak, dibuang kulitnya (kalau tomato kecil, bubuh 3 biji)
2 biji buah keras (optional)


Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan masukkan juga lengkuas yang diketuk. Masak sehingga berbau wangi.  Masukkan ayam, bubuh garam dan biar air ayam kering dan menyerap rasa bumbu. Masukkan santan. Biarkan mendidih dan masukkan daun limau purut. Masukkan asam limau. Masak sehingga kuah agak pekat.


 Sekian. Kalau nak cuba, bolehlah cuba.

ibundo

Friday, July 29, 2011

halia Madu

Salam dari cameron highland.
Pagi ni hujan. Sejuknya di sini tak usah cakaplah.  Sejuuuukkk yang teramat. Rancangan nak meronda-ronda sementara hasben hadiri meeting terbantut. Selepas bersarapan, aku dan imah (anak aku yang ngikut) masuk semula ke bawah selimut menikmati lena yang panjang. Sebelum bergerak masuk ke dewan meeting hasben aku membebel-bebel asek mengatakan tak aci.. tak aci..

Sekarang, walaupun tengahari makin menghensot datang, sejuknya masih jelas terasa. Sejuk-sejuk begini sedap menghirup air capucino panas.. atau teh panas... atau teh halia panas seperti dalam gambar di bawah.




Teh halia ini dibuat minggu lepas semasa badan terasa kurang enak. Maklumlah... bila badan bertambah usang, angin senang menerobos masuk. Aku buat cuma segelas besar ini. Untuk aku seorang.



Cuma perlukan air yang direbus bersama beberapa hirisan halia, sebatang kulit kayu manis, beberapa kuntum bunga cengkih.  Rebus semua sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan ke dalam gelas besar.  Tambah seuncang teh dan campurkan madu secukup rasa.
Elok diminum untuk perut yang sebu bergolak dengan angin.

sekian.

ibundo

Thursday, July 28, 2011

Macaroni Crackers Bakar

Hari ini sampai hari sabtu bundo cuti masuk dapur.  Makanan yang bundo tunjuk ni hasil masak semalam. Bundo selalu juga buat macaroni bakar tetapi versi yang bundo buat kali ni berlainan daripada yang biasa bundo buat. Tentang rasa tu, terpulanglah pada tekak masing-masing. Tapi kalau nak cuba, bundo bagi resepinya.



Sebenarnya macaroni ni berlapis dengan cream crackers tapi warna crackers tu dah blended dengan warna macaroni. Sebab tu tak berapa jelas lapisannya.



Bahan:
Untuk lapisan macaroni
2 1/2 cawan macaroni direbus hingga empuk. Bubuh sedikit air garam dalam air rebusan. Toskan.
1/2 bungkus daging hancur ramlee
1 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit daun sup dan daun bawang dipotong kecil
sedikit capsicum merah dan hijau didadu kecil
beberapa kuntum cendawan butang didadu kecil
3 sudu besar tomato puree
garam secukupnya
3 biji telur
2 sudu besar cili kering yang sudah diblender
Sedikit butter untuk menumis

Panaskan butter.  Tumis bawang putih. Bila naik bau masukkan cili. Masak hingga cili garing.  Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Kemudian masukkan tomato puri, bawang, capsicum dan cendawan. Bila hampir masak, masukkan pula daun sup dan daun bawang.  Rasakan garam. Padamkan api. Biarkan hingga suam.
Masukkan ke dalam mangkuk macaroni.  Pecahkan telur dan gaul rata.


Lapisan cream crackers

15 - 20  keping cream crackers dipatah-patahkan
3 cawan fresh milk
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk stok ayam atau 1 cube stok ayam
1 sudu kecil parsley
1 sudu kecil oregano


Curahkan secawan fresh milk ke dalam bekas cream crackers yang telah dipatahkan. Biarkan sebentar.
Panaskan butter.  Masukkan tepung dan kacau tanpa henti sehingga berbuih.  Masukkan fresh milk sedikit demi sedikit dan jangan berhenti mengacau adunan supaya licin dah tidak berketul. Sekiranya adunan terlalu pekat, boleh ditambah dengan sedikit susu ataupun air. Masukkan stok ayam, parsley dan oregano. Masukkan cream crackers dan biar sehingga pekat.

Gunakan mangkuk tahan panas. Griskan dengan sedikit butter/majerin. Lapiskan dengan crackers.  Ratakan. Letak campuran macaroni di atasnya. Ratakan.  Letak lagi lapisan crackes.  Seterusnya letak lagi lapisan macaroni. Tutup longgar dengan foil dan masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180 deg c selama 40 minit atau sehingga masak. Keluarkan dan taburkan di atasnya dengan cheese mozarella dan bakar lagi sehingga cheese cair.




Boleh juga dimasukkan ke dalam remakin.


Sekian dari bundo yang sekarang berada di Tanah Rata.

ibundo

Wednesday, July 27, 2011

Rich Chocolate Puding

Pagi tadi jalan ke rumah ct delima, bundo terus jatuh cinta dengan puding coklat ct.  Terus bundo ke dapur mencari bahan.  Alhamdulillah semuanya ada.  Tapi bundo gantikan dengan agar-agar tali sebab bundo tak ada agar-agar serbuk.  Susah betul bundo nak dapatkan agar-agar serbuk yang ada tanda halal jakim. Yang ada logo halal main tepek-tepek tu banyaklah. Bundo tak berani nak beli.


Ya Allah sedapnya rasa puding ni.  Kalau nak tahu macamana nak buat, pergi masuk ke dapur ct delima. Resepi ct ni bundo cuma ubah agar-agar. Bundo gunakan 1/2 bungkus agar-agar tali dan bundo tambahkan satu cawan air lagi. Ngam-ngam lembut puding tu.



 Minta maaf juga sebab tak balas komen di bawah. Bundo banyak benda nak buat harini.  Lepas ni nak pergi ekonsef pula cari barang.  Besok nak keluar kawasan lagi.


Selamat mencuba.  Terima kasih yang tak terhingga ct.  Nanti mesti bundo akan buat puding ni berkali-kali.

ibundo

Tuesday, July 26, 2011

Telur Yogurt Kismis

Petang tadi punya cerita.  Bibik tengah kupas kulit telur rebus.
Bundo tanya, nak masak apa ni.
Bibik jawab, nak bikin sambal buk.
Bundo cakap, hah.. tak payah. Ibuk ada resepi best nak buat.

Bundo teringatkan resepi telur berkuah kismis yang anim buat dan anim pula katanya ambil dari dapur dayang jack. Tapi masalahnya, resepi tu ada dalam dapur anim lupa nak ambek.  Nak buka laptop malaslah pula. Sudahnya bundo buatlah masak telur berkuah kismis hantam sajalah labuuuuu...
Minta maap pada dayang sebab bundo ni dah terlebih menderhaka.


Telur bundo ni dah lebih macam sambal.
Anak bundo tanya, Telur ni masak apa ni mak.  Ada rasa macam masakan mamak.
Bundo ketawa je dan tanya, apa rasanya.
Anak bundo cakap, sedappppp...

Sebenarnya bahannya tu ingat-ingat lupa.  Bundo ingat ada bubuh rempah briyani. Bundo cari-cari tak jumpa pula.  Mungkin dah habis bundo tak perasan. Bundo ingat juga kalau tak ada briyani, rempah kurma pun boleh.  Bundo ambil rempah kurma 3 sudu besar. Ambil juga bawang yang dah siap diblender dalam peti ais 3 sudu besar gak.  Gaul dengan rempah kurma.  Campurkan 1 sudu kecil halia yang dah siap diblender. Bundo tumis campuran tu tapi terlupa nak bubuh bawang putih.

Bila dah wangi, bundo masukkan cili giling 5 sudu besar. Masak sampai garing. Kemudian masukkan pula 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap masin dan 2 sudu besar yogurt perisa asli.  Bubuh setangkai daun ketumbar yang dihiris dan segenggam kismis. Bubuh garam sikit. Bila dah masak, bundo masukkan telur.

Maka jadilah telur yogurt kismis ala-ala mamak haha..


Sekian. Dayang jangan marahkan bundo ya.

ibundo.

Apple Cobbler

Yang ini anak bundo, Kirin yang buat.  Biasalah budak-budak ni kalau poket dah kering kontang, hujung minggu diorang akan memerap di rumah je. Kalau awal bulan dan bahu dah ghebeh sandang henbeg yang masih berat, mahu dia duduk rumah? Takde mananya..  Ni sebab duit dah takde dan duduk rumah pun boring takde benda nak buat, maka ke dapurlah dia. Kirin ni masak nasi belum tahu boleh masak tapi bab-bab masak benda macam ni, memang kesukaan dia.


A:
Apple Mix:-
 
2 Apples yang besar
1 tbsp tepung serbaguna
7 tbsp gula
1.5 tsp lemon juice

B:
Cobbler mix:-

3/4 cawan tepung
3/4 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
secubit garam
1 tbsp sugar
2tbsp butter (30 gm)
1/2 cawan buttermilk (nak buat buttermilk sendiri, masukkan 1tbsp lemon juice/vinegar dalam 1 cawan susu)


Cara2:-

1. campurkan semua bahan Apple Mix dalam bekas besar(lebih senang kalau buat dalam mangkuk yang boleh masuk dalam oven terus). Gaul rata. Biarkan selama 1/2 jam

2. Dalam mangkuk yang lain, campur tepung,baking powder, baking soda, garam, gula, dan butter. Sile gunakan hujung jari time nak campurkan bahan2 tu ye. picit2 sikit.(tips: amik butter dengan hujung jari, gosok2kan ngan tepung bagai tu) buat sampai die ade rupe bread crumbs. Masukkan buttermilk dan campur semua sampai semua bahan tercampur elok. err..sampai buttermilk tu meresap dalam bahan yg lain.
(Ni bundo ambil bahasa kirin bulat-bulat. Malas dah nak edit)

3. Tuang Cobbler Mix tadi atas Apple mix. Tak payah gaul.

4. Masuk dalam oven yg dah di pre-heatkan dalam suhu 210 darjah selsius selama 30 minit (atau atas die berwarna perang). Kalau intai2 nampak juice apple tu gile menggelegak, kompem dah masak.


 Makan masa tengah-tengah panas tu sedap.  Apa lagi bila berebut-rebut.

ibundo

Stew Daging

Salam semua.
Dah lama tak makan daging. Semalam tergerak pula hati nak makan stew daging yang dah lama tak buat. Kebetulan bahan-bahan semua lengkap.


Bibik tanya, ibuk masak apa.  Bundo kata masak rebus daging.  Bundo dah biasa sebut stew, tak reti nak melayukan.

Bahan:
A
3/4 kilo daging dipotong besar.
2 biji bawang besar dibelah enam setiap biji
2 ulas bawang putih diketuk
2 hiris halia diketuk
2 biji tomato masak dibuang kulit dan dibelah 6 setiap satu
1 batang celeri dipotong pendek-pendek
1 sudu kecil lada hitam
garam

Masukkan ke semua bahan ini ke dalam periuk dan tambah air secukupnya untuk merebus daging sehingga empuk menggunakan api kecil. Masa merebus lebih kurang 2 jam.

B
2 biji ubi kentang besar dibelah 4 setiap satu
1 batang carrot di potong agak tebal
beberapa batang kacang peas
capsicum hijau, kuning dan merah diambil separuh setiap satu dan didadu kasar
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu tomato puri
tepung jagung untuk memekatkan kuah
cube stok daging

Apabila daging empuk, masukkan ubi kentang.  Tambah air kalau perlu. Masukkan sos tiram, sos cili, tomato puri, cube stok daging dan rasakan garam. Kemudian masukkan carrot. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah. Akhir sekali masukkan sayur-sayur yang lain. Kalau ada baby tomato, masukkan sekali.Kepekatan kuah adalah sederhana, tidak cair dan tidak terlalu pekat.

Bundo makan stew daging ni dengan nasi ketumbar.  Bundo tengok ramai sungguh yang buat nasi ketumbar ni. Mintak maaf sebab bundo tak tahu sumber asal.  Tapi bundo ambil resepi dari dapur ct delima.  Mintak maaf jugak sebab bak kata ramai blogger masak, bundo telah derhakakan resepi ni.  Bundo masukkan jagung yang telah dihiris daripada seketul jagung manis yang banyak dipasar. Kebetulan bundo baru beli dari pasar tani ahad haritu. Minta maaf dari tuan asal resepi ni.


Hasilnya.. dah memang nasi ketumbar tu sendiri sedap dan wangi.  Bila tambah dengan jagung, anak bundo kata sedapppp..

Sekian.

ibundo

Monday, July 25, 2011

Cheese Bread Puding

Hujung minggu bundo tak pergi ke mana-mana. Masa terluang bundo isi dengan aktiviti memasak. Semalam bundo buat puding roti berkeju. Lebihan cream cheese masa buat RVC tu ada lagi.  Simpan lama-lama pun nanti rosak.  Baik buat sesuatu kan? Masa bundo buat puding ni, Kirin buat apple cobbler.  Sedap rasa apple cobbler tu terutama bila dimakan semasa panas.  Kalau nak resepi apple cobbler nanti bundo bagi.


 Buat puding ni cukup mudah. Masa penyediaan lebih kurang 15 minit saja.  Masuk oven 40 minit. Siap.

Bahan:
10 keping roti sandwich (bundo guna gardenia)
1 1/2 - 2 cawan fresh milk
2 biji telur

Roti dikoyak-koyak.  Curahkan fresh milk dan masukkan telur. Gaul sebati dan ketepikan.

200 gm cream cheese
3/4 cawan gula
1/2 sudu kecil vanila
2/3 cawan whipping cream

Pukul cream cheese hingga kembang.  Masukkan gula dan vanila. Pukul hingga sebati.  Masukkan whipping cream dan pukul hingga agak pekat.  Kemudian masukkan bancuhan ini ke dalam roti. Gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang.  Bundo gunakan loyang berukuran 30x10x4 cm.  Ngam ngam muat satu adunan ni. Kalau tak ada, gunalah apa yang ada.  Kemudian bakar dalam suhu 170deg c lebih kurang 40 minit.



Boleh buat untuk minum petang atau untuk berbuka puasa.

Sekian dari bundo.

ibundo

Sunday, July 24, 2011

Brownies Pisang

Dah lama dah nak buat brownies ni.  Sejak tengok resepi dalam majallah sedap bilangan 38. Tengok gambar macam sedap. Bila pergi tesco jumaat haritu, bundo cari bahan yang tak cukup dan semalam berkesempatan untuk mencubanya. Sedap jugalah pada tekak bundo. Anak-anak pun kata sedap. Faris cucu bundo makan sampai tiga ketul.


Resepi majallah sedap bil 38:
Bahan:
75 gm majerin
200 gm coklat masakan hitam, dipotong-potong
100 gm pisang emas (pisang emas bundo dah dibawa belayar. Bundo pakai pisang hantam sajala..)
2 biji telur
100 gm gula pasir (bundo tak taruk sebab brownies ni dah ada coklat dan cip coklat. Bundo tak tahan manis)
50 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1/4 sudu teh serbuk penaik
50 gm kacang gajus, sangai dan cincang halus
75 gm cip coklat
15 gm hirisan badam untuk tabur

Cara:
1. Panaskan majerin.  Matikan api.  Masukkan potongan coklat masakan hitam. Kacau sehingga larut. Masukkan pisang yang telah dikisar halus.  Kacau rata.  Ketepikan.
2.  Campurkan telur, gula pasir, campuran coklat, tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik yang telah diayak. Pukul perlahan menggunakan speed rendah. Masukkan cip coklat dan kacang gajus.  Kacau rata.
3. Tuangkan diloyang bersaiz 30x10x4 cm yang dialas kertas kalis minyak. Taburkan hirisan badam.
4. Bakar selama 40 minit dengan api bawah suhu ketuhar 180degC atau sehingga masak.



Bundo tengok gambar brownies dalam majallah tu ada mirip kecoklatan tapi bundo punya ni kehitaman. Dah disuruh guna coklat hitam, mestilah nampak hitam, kan? (Ni statement menyedapkan hati).  Walau bagaimana pun, tak rugi mencubanya.

ibundo

Sambal Budu Tempoyak

Semasa sedara bundo dari indon datang, ada satu malam tu bundo buat sambal cencaluk petai.  Berpeluh-peluh diorang makan dan bertambah-tambah nasi sebab rasa cencaluk yang sedap dan pedas. Bila jalan-jalan ke melaka keesokan harinya, maka berbotol-botollah mereka membeli cencaluk untuk di bawa pulang ke indon.

Tengahari semalam semasa membersihkan peti ais bundo ternampak botol budu yang masih ada suku lagi isinya.  Budu ni staff bundo yang bagi masa dia balik kelantan beberapa bulan dulu.  Sedap budu ni.  Rupanya kemerah-merahan. Takdelah hitam. Oleh sebab tempoyak pun ada, hasil durian yang diambil di kebun minggu lepas, maka bundo campurkan budu ni dengan tempoyak.


Cakap pasal budu ni bundo teringat kesah  puluh tahun yang lepas. Ada kawan bundo bagi sebotol budu.  Bundo pun tunjuklah kat emak bundo. Emak bundo cakap buatlah sambal budu untuk makan tengahari.  Bundo pun goncang-goncanglah botol budu tu sebab bundo tengok budu tu macam cair je.  Maklumlah, tak pernah tengok budu sebelum itu. Bila bundo buka tudung botol, menyembur segala isi perut botol itu habis terkena dinding dan siling dapur. Badan bundo dan emak bundo pun bermandikan budu. Sampai habislah isi dalam botol tu. Bundo lari masuk bilik air bersihkan diri dan hilang terus dari dapur sebab tak tahan dengar emak bundo membebel tak sudah.



Nak buat sambal budu tempoyak ni cuma dihiriskan bawang, cili dan perahkan asam limau ke dalam budu. Lepas tu, masukkan tempoyak.  Bundo lebihkan tempoyak sebab nak hilangkan rasa budu yang masin. Bubuh juga setengah sudu kecil gula. Bundo tambah air sikit sebab pekat.

Sekian.

ibundo

Saturday, July 23, 2011

Red Velvet Cupcakes

Pagi ni anak bundo Kirin mencuba resepi yang diperolehinya di internet. Nama lamannya tak disalin. Ternyata cupcake ini tersangatlah sedap, lembut dan gebu. Bundo kongsi di sini resepinya. Minta-minta omputih yang buat resepi ni halalkan.


 Resepi ni ditulis dalam bahasa inggeris.  Bonda malas nak translate.

ingredients:
 1 1/4 cup sifted cake flour.
1/4 tsp baking powder
1/4 tsp salt
1 tbsp cocoa powder
1/4 cup unsalted butter
3/4 cup granulated sugar
1 large egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk
1 tbsp liquid red food coloring
1/2 tsp white distilled vinegar
1/2 tsp baking soda

 Cream cheese frosting:
227 gm cream cheese at room temperature
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup icing sugar, sifted
2/3 cup heavy whipping cream (double cream)



 1. Preheat oven at 180deg c.
2. In a large bowl sift together the flour, baking powder, salt and cocoa powder.
3. Beat butter until soft. Add sugar and beat until light and fluffy.  Add egg and beat until incorporated. Add vanilla extract and beat until combine.
4. Whisk buttermilk with red food coloring.
5. Mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk mixture to the butter mixture. Begin with flour.
6. In a small cup, combine baking soda to the vinegar. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.
7. Divide the batter evenly among 12 muffin cups.
8. Bake 18 - 23 minutes.

Frosting:
-in the bowl, beat cream cheese until smooth.
-Add vanilla and icing sugar and beat until smooth
 -Gradually add the heavy cream and whip until the frosting is thick enough to pipe






Bahan banyak dan arahan macam leceh je.  Tapi Kirin buat juga dengan tekun dan nampaknya berbaloi sebab sedapppppp sangat.


ibundo

Ayam Kicap Selasih

Salam hari sabtu.  Sekejap dah sabtu.  Tak lama lagi dah masuk bulan ramadhan. Sudah sediakan menu untuk sebulan berpuasa? Setiap kali ramadhan bundo akan buat menu untuk satu bulan. Selalunya puasa hari 1 sehingga hari 15 bundo akan sediakan menu berbuka dan sahur.  Untuk hari ke16 dan seterusnya bundo ulang balik menu tadi. Senang.  Bila tiba masa nak memasak bundo tak payah terpikir-pikir nak masak apa.  Lagipun bahan-bahannya bundo dah boleh siapkan awal-awal.



Bundo ada tanam pokok selasih di belakang rumah.  Elok pula tumbuhnya. Kalau korang nak buat masakan ni kenalah cari daun selasih di pasar yang ada jual sayur-sayur kampung.




Bahan:
A
1/2 ekor ayam
3 sudu besar kicap masin (bundo guna cap kipas)
sebiji limau kasturi
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil lada hitam.

B
segenggam daun selasih
Carrot
Kacang peas atau kacang buncis
capsicum merah dan hijau
6 biji cili api
kicap masin ( bundo guna cap kipas)
sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1 biji bawang besar dibelah dua dan dihiris separa bulat
2 ulas bawang putih
Air


1.  Bersihkan ayam dan perap bersama bahan A sekurang-kurangnya selama 1/2 jam.
2. Untuk sayur, agak-agaklah berapa banyak nak bubuh. Carrot dipotong ikut suka. Kalau tak ada kacang peas, boleh guna kacang buncis. Cili api tidak payah dipotong, biarkan begitu saja.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkkan ayam.  Bila ayam bertukar warna dan kering airnya, masukkan air perapan ayam tadi bersama dengan sos tiram. Tambah air mengikut selera banyak mana.  Kalau suka berkuah, banyakkan airnya.
4.  Bila mendidih, masukkan sayur-sayur dan daun selasih. Tambah tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kalau kurang pekat, tambah lagi tepung jagung. Kalau kurang rasa kicap, tambah lagi kicap. Sebelum padamkan api, masukkan cili api.




Sekian dari bundo.

ibundo

Friday, July 22, 2011

Omelet Cendawan

Dari anak kecil sehinggalah yang dah tua, kebanyakannya memang suka makan telur dadar. Kalau hanya ditambah hirisan bawang, cili dan secubit garam sudah sedap rasanya, apatal lagi kalau ditambah bermacam-macam isian.


Bahan untuk omelet ini:

6 biji telur
1/2 biji bawang besar didadu kecil
1 biji bawang putih dicincang halus
1/2 biji tomato didadu kecil
daun sup dan daun bawang diracik halus
1/2 tin cendawan butang dihiris halus
3 atau 4  sudu besar sos thousand island
garam secukup rasa

Panaskan sedikit majerin di dalam kuali. Tumis bawang putih. Bila harum, masukkan bawang merah. Masukkan pula cendawan dan akhir sekali daun sup dan tomato. Tambah sedikit garam. Padamkan api. Ketepikan.
Telur dipecahkan ke dalam mangkuk dan pukul sedikit sahaja. Masukkan bahan yang ditumis tadi.  Masukkan juga sos thousand island. Kalau garam belum terasa, tambah garam. Gaul rata bahan-bahan ini. Bahagikan bahan kepada 3 bahagian.
Panaskan pan tidak melekat. Bubuh sedikit majerin kalau perlu. Masukkan satu bahagian telur tadi. Kecilkan api. Kacau telur di dalam pan.  Bila hampir mengeras, biarkan sebentar dan semasa atasnya masih basah-basah, gulung telur sedikit demi sedikit.
Adunan ini boleh membuat 3 keping omelet.

Di sini juga bundo ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih pada
mamahawa yang telah menghadiah award yang cantik ini.



Bundo panjangkan pula award ini pada Cik Azz, Erna, Ena, KTS, CikIna, Kaklong, EjaMAria, Secangkir madu merah. Bundo tak dapat nak sebut semua.  Sudi-sudikanlah ambil ya..

ibundo

Thursday, July 21, 2011

Ikan Rebus Asam

Salam.
Agak lama juga tak masuk dapur.  Realitinya bundo memang dah seminggu lebih tak masuk dapur. Hari rabu lepas berlepas ke KK dan bila balik dari KK hari ahad, ada pula tetamu yang datang dari jakarta dan batam. Mereka ini sepupu bundo juga.  Abah bundo dengan abah mereka adik beradik satu bapa. Ikatan persaudaraan ini baru 14 tahun kebelakangan ini disambung semula. Kalau bundo ke tempat mereka, mereka layan dan bawa bundo berjalan kemana-mana.  Bila mereka datang ke sini, mestilah bundo melayan mereka pula, kan.

Pagi-pagi lagi bundo dah keluar bawa mereka berjalan-jalan.  Petang baru balik.  Bila balik makanan dah siap terhidang.  Bibik yang masak. Memang bundo tak sempat jengah dapur.  Baru petang semalam bundo masak sebab pulang dari kl agak awal.  Sebelum solat asar dah sampai ke rumah.

Oleh sebab tengaharinya dah bawa mereka makan nasi briyani yang memang tentunya banyak kolesterol, petang bundo masak rebus-rebus saja.


Bundo masak ikan merah rebus asam.  Kuahnya sedap untuk dihirup begitu saja.

Bahan:
1 ekor ikan merah.
sedikit lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
4 biji buah keras*
2 biji cili merah hidup*
1 keping asam keping
1/2 sudu kunyit serbuk
sebiji limau nipis
2 biji tomato
garam secukupnya.

Blender bahan yang bertanda *. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali tomato dan rebus sehingga masak. Pastikan rasa masam dan masinnya cukup.  Kalau mahu rasa pedas, boleh masukkan beberapa biji cili api yang telah diketuk. Masukkan tomato sebelum padamkan api.

Itu saja. Mudah dan cepat.

ibundo

Saturday, July 16, 2011

Nasi Kari Ayam

Salam.  Bundo ni bukannya selalu rajin ke dapur. Normal lah kan seorang isteri dan ibu sekali sekala berperasaan seperti itu.  Kalau hari-hari malas ke dapur, tu yang tak normal.

Bila tiba rasa malas, bundo buat yang simpel tapi masih orang dalam rumah berselera nak makan. Contohnya makanan 2 in 1 macam yang bundo nak tunjuk ni.


Ni namanya nasi kari ayam.  Hidangan ni bundo dah buat berpuluh tahun, sejak bundo mula-mula belajar masak lepas kawin. Anak pun belum ada lagi masa tu. Bayangkanlah lamanya kan? 

Kalau nak cuba, ni bundo bagi resepi.

Bahan:
3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar

cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya.  Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk.  Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia.  Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam.  Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam,  stok ayam dan daun ketumbar. Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api.

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu.  Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa.  Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan.  Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak. 

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.  

Macam tu lah nasi kari ayam bundo.  Ada orang tak makan kari. Boleh digantikan dengan rempah kurma. Tapi dengan rempah kurma ni bundo tak pernah buat.

Sekian

ibundo

Friday, July 15, 2011

Peria Goreng

Salam Jumaat. Bundo masih lagi bersiaran dari kota kinabalu. Malam tadi ada kawan ajak kami makan di rumahnya.  Lauk ikan lagi. Ikan putih kukus dan ikan merah masak bugis. Sedap yang masak bugis tu. Kuahnya sedap dihirup macam sup.  Tapi malu pula nak minta resepi.


Masakan kita pagi ni adalah kambas goreng.  Inilah yang bundo jumpa hasil menyelongkar file. Tak ramai orang yang suka makan peria ni sebab rasanya pahit. Emak bundo panggil peria besar ni,   kambas. Bundo dulu panggil kambas juga sehinggalah bundo dengar semua orang memanggilnya peria. Mak bundo dulu kalau sebut peria, yang dimaksudkan adalah peria katak.

Mak bundo bagi petua bagaimana nak hilangkan rasa pahit. Dia kata semua tu terpulang pada cara kita memotongnya. Menurutnya bila memotong peria tu, jangan dibelah kemudian dihiris. Semasa peria tu masih dalam bentuk asal, ia hendaklah dihiris dari sebelah luar dan tarik perlahan-lahan supaya selaput putih yang didalam peria itu tidak terhiris sama. Kalau korang perhatikan betul-betul gambar di atas, dapat dilihat yang bentuk hirisan bonda itu tidak nipis nipis. Memang betul petua emak bonda itu. Pahitnya tidak terasa sangat.

Resepi? Semua orang tahu buat ni. Bagi anak-anak muda yang tak tahu, cuma perlukan bawang merah bawang putih untuk menumis. Sedikit udang kering yang ditumbuk kasar ditumis. Kemudian masukkan peria. Bila peria hampir masak, masukkan pula dua biji telur yang telah dikocok terlebih dahulu dan cili. Masukkan juga sedikit kunyit serbuk. Kacau sehingga telur masak. Jangan lupa rasakan garamnya.

Walaupun peria pahit, ia mempunyai khasiat. Anak-anak bundo memang menolak makan peria ni.  Diorang kata pahit.  Tapi bundo cakap, yang pahit itulah ubat.

ibundo

Thursday, July 14, 2011

Salad buah

Salam pagi khamis. Bundo bersiaran dari kota kinabalu. Di sini jam 6 pagi dah cerah.  Nasib baik subuh tak terlepas sebab tidur tak sedar diri penangan makan ikan bakar malam tadi.

Bundo tak masuk dapur sampai hari ahad tapi akan cuba selongkar menu apa yang belum bundo letak di sini.
Pagi ni bundo nak bagi satu resepi memang gerenti sedap terutamanya untuk memuaskan anak tekak semasa bulan ramadhan. Bundo kalau buat ni memang tak boleh simpan lama dalam peti ais.




Salad buah ni kalau boleh jangan guna buah-buah dalam tin sebab yang itu dah tak fresh.  Gunakan buah fresh  kerana ia lebih rangup dan berkhasiat.  Pilihan buah adalah pilihan sendiri tetapi pilihlah yang sesuai untuk digunakan.  Takkan nak masukkan durian pula.  Habis lari salad.

Bundo gunakan:
1 biji buah pear
satu biji epal hijau
beberapa keping tembikai susu di potong dadu
beberapa keping cantaloup dipotong dadu (seakan-akan tembikai susu tetapi berwarna oren)
1 biji oren dibuang kulit dan dipotong ikut suka
15 biji buah anggur tanpa biji
2 cawan nata decoco perisa laici
beberapa biji laici dipotong 2

Gaulkan semua buah dalam mangkuk.  Ketepikan.

Sos:
2 cawan whipping cream
3 sudu besar yogurt perisa asli
2 sudu besar susu pekat
1/2 cawan air dari nata decoco laici
hershey's chocolate syrup kalau suka.  Yang ini optional. Tak bubuh tak mencacatkan rasa.

Pukul whipping cream sehingga pekat.  Jangan sampai keras. Tambah yogurt, susu pekat dan sos nata decoco.  Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam buah-buahan.  Gaul rata. Simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam. Kalau boleh letak dalam bekas yang ada tutup.  Takut kalau ada orang yang buka peti ais dan ternampak salad tu, alamat selamat.  Tak sempat nak nunggu satu jam.



Bila mahu makan, masukkan dalam mangkuk kecil dan hidang. Kalau suka syrup coklat, curahkan sedikit di atasnya.

Sekian.

ibundo

Wednesday, July 13, 2011

Kubis Cina Gulung Keju






Bundo buat ni untuk dinner petang tadi. Ada gaya western sikit. Bundo dan ayahndo ratah macam tu saja tetapi anak-anak tak boleh tak dapat nasi. Diorang makan nasi lauk pucuk paku campur-campur dengan kubis cina gulung ni.


Tak payahlah bundo cakap banyak ye. Bundo letak resepi di sini.

2 ketul dada ayam dibuang tulangnya.
1 biji bawang besar didadu.
1/2 batang carrot dihiris memanjang
Beberapa batang kacang buncis dipotong dua.
1/2 biji tomato didadu
sedikit capsicum hijau didadu
5 helai kubis cina yang agak lebar (didihkan air dan rebus sebentar supaya batang kubis lembut)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil gula
2 sudu besar butter
mozarella cheese
Stok ayam (kalau tak ada, 1 cube ayam campur dengan secawan air)

Ayam dan bawang diblender kasar. Bubuh sedikit air.   Sedikit saja. Masukkan dalam bekas dan bubuh sedikit garam. Masukkan tomato dan capsicum.  Bubuh tepung jagung dan gaul rata. Ketepikan.

Panaskan butter dalam kuali.  Masukkan tepung.  Kacau hingga berbuih.  Masukkan stok ayam sedikit demi sedikit sambil dikacau. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air. Masukkan tomato puree.  Masukkan gula dan rasakan garam.  Bila kuah pekat, padamkan api.  Ketepikan.

Ambil sehelai kubis cina.  Bentang dan letak dua sudu besar adunan ayam.





Rasanya gambar sudah menyatakan langkah.
Kemudian susun ke dalam bekas tahan panas. Bubuh sos tomato tadi dan taburkan dengan keju mozarella.  Bakar selama 15 minit.




Sedia untuk dinikmati.


ibundo

Tuesday, July 12, 2011

Agar-agar cendol cincau

Bundo beli cendol ni sebab teringatkan cendol kat bustand pilah. Ingat nak buat air cendol tapi bila tengok ada cincau sebungkus, terus tukar fikiran untuk buat agar-agar.


Bundo tak tahulah tekak korang tapi tekak bundo ni lajuuuu je menelan.

bahan:
A
1bungkus serbuk agar-agar
2 cawan fresh milk
2 cawan air
3/4 cawan gula

Rebus semua bahan diatas.

B
Lapisan atas;
ambil 3/4 bahagian daripada bahan A dan campurkan degan 80g cendol yang telah ditapis airnya. Kacau dan masukkan ke dalam bekas.

C
Lapisan bawah;
1 batang cincau yang dibungkus dalam plastik
2 sudu besar tepung kastad dicampurkan dengan sedikit air

1/2 bungkus cincau dipotong dadu.  Setengah lagi diblender dengan menggunakan sedikit air.
Panaskan lebihan bahan A.  Masukkan tepung kastad dan cincau yang telah diblender. Masak sehingga kastad masak.
Bila lapisan bawah telah mengeras, cakar dengan garpu dan tuang bahan C.



Ada sedara datang dari melaka, dapatlah bundo hidangkan agar-agar ni. Kalau tak ada, hidang air bujang je lah. Itu pun sedara asek cakap jangan susah-susah perut kenyang lagi baru lepas makan kenduri.

ibundo

Monday, July 11, 2011

Chicken Vege Pouches

Hujung minggu bundo banyak bersilat  di dapur. Tengok dalam freezer ada sebungkus pastry kawan.  Bahan-bahan lain untuk dibuat inti pun ada. Hasil silat sudu garpu, terjadilah bunjut ni yang bernama glemer Chicken Vege Pouches.


Sekarang ni kalau malas nak menguli pastry, beli saja yang dah siap.  Pastry kawan ni bundo dah cuba banyak kali.  Memang boleh introduce pada orang lain. Bundo ni memang malas nak buat puff pastry. Keluar masuk keluar masuk peti ais tu yang bundo tak tahan.


Puff ini lebih kurang sama saja dengan yang pernah korang buat.  Mungkin bezanya, yang bundo buat ni ada berkelopak macam bunga.  Tu yang buat cantik sikit tu.

Untuk  adik-adik dan anak-anak yang masih tercari-cari cara nak buat puff sedap, ni bundo bagi resepi.

Bahan:
1 bungkus puff pastry Kawan. ( 1 bungkus ada 10 keping)

Inti:
Inti ni kalau nak buat inti karipap pun takde hal.  Boleh je. Yang ini ikut kesukaan masing-masinglah.  Tapi kalau nak ikut resepi bundo pun no hal jugak.

2 ketul dada ayam dipotong dadu
1 biji ubi kentang dipotong dadu
1/2 batang carrot dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang halus
1/4 capsicum hijau dipotong dadu
1/4 capsicum merah dipotong dadu
1/2 batang celery dipotong dadu
1/2 biji tomato dipotong dadu
sedikit lada hitam
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
sedikit air

Tumis bawang putih dengan menggunakan butter. Bila naik bau masukkan tepung gandum. Kacau. Apabila berbuih, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi satu adunan yang pekat dan tidak berketul. Apabila masuk air, adunan mestilah dikacau cepat cepat. Kemudian masukkan ayam.  Bila sebati, masukkan bahan lain kecuali tomato.  Rasakan garam. Sebelum matikan api, masukkan tomato.  Ketepikan sehingga suam.

Keluarkan pastry kawan dari peti ais sebaik mahu menggunakannya. Ambil sekeping yang agak-agak sudah boleh digunakan dan gelek sedikit dengan penggelek. Letak inti di tengah-tengah. Ambil keempat-empat hujung pastry dan kumpulkan di tengah.  Ikat dengan tali dan betul-betulkan kelopaknya.



Sebelum dimasukkan ke dalam oven, sapu permukaan pastry dengan telur yang dikocok dengan sedikit air.  Bundo bakar dalam oven 150 deg selama 25 minit.  Oven bundo tak boleh lebih daripada 150.  Kalau lebih, mesti rentung. 

Bila sudah masak, biarkan sejuk sedikit dan gunting tali pengikat.



Bundo masak sepuluh bijik saja sebab banyak tu jelah yang ada pun. Kesian ada orang yang tak dapat.
"Mak!!! mana pergi puff kat meja ni. Kita belum rasa lagi tau!!"

Hmm.. siapa suruh relek relek je kan?

ibundo

Sunday, July 10, 2011

Beautiful Blogger Award


Bundo dapat award ini daripada Noor Story of Mama. Bak kata Anymz, duduk salah berdiri salah selagi assignment ni tak berbuat. Nak nak pulak dapat jolokan sebagai bloger jelita hehe..
Apa nak cerita ye.  Bundo ni tak pandai nak cerita (hiiii..) tapi bundo cubalah ya untuk memperkenalkan diri sebagai bloger yang baru saja tercebur dalam dunia masakan ini.

1.  Bundo lebih dikenali sebagai kakpah dari blog secawan kopi panas. Menjaja kopi panas memang dah lama tapi menjemput orang masuk ke dapur barulah beberapa minggu ni melakukannya secara agresif. Dapur ni dah lama dah berasap sebenarnya tapi orang tak nampak sebab pakai pendinding. (Paling kelakar rasanya bila Del datang menyapa sambil mengucapkan salam kenal padahal dah lama pun kenal dan minum-minum kopi panas)

2.  Bundo ni umur dah lebih setengah abad.  Anak lapan orang dan cucu dah ada dua orang. Yang lelaki berumur 2 tahun dan yang perempuan baru 6 bulan.  Dua-dua cucu tu dari emak yang berlainan. Tapi kadang-kadang bila usik mengusik tu macam tak sedar pulak yang bundo ni dah masuk usia warga emas.  Rasa macam mudaaaaa je.  Tambah-tambah pulak dapat award bloger jelita ni haha.. Cakap pasal warga emas ni teringat pula perihal minggu lepas.  Bundo ke bank islam di bandar baru bangi ni. Di cawangan ni kalau warga emas dapat nombor giliran yang spesial.  Syaratnya masukkan kad pengenalan kat slot mesen yang mengeluarkan nombor tu. Jadi, bundo keluarkan ic dan masukkan ke dalam lubang yang disediakan.  Datang pekerja bank ni "Eh.. eh.. kak.  Yang tu untuk warga emas je kak".  Err.. korang paham ke tak paham ni kahkah..

3.  Bundo ni ramai anak.  Anak sendiri macam yang bundo cakap ada 8 orang.  Anak orang pula ada beratus. Sebab bundo ni selain daripada berbloging bundo ada kerja lain. Bloging ni kerja sambilan.  Mengusahakan tadika dan taska adalah kerja tetap. Masa mula-mula buka tadika dan taska dulu anak-anak kecil-kecil lagi. Ramai dan kecil-kecil bersusun paku. Pernah datang satu keluarga ke rumah sebab nak daftarkan anak. Dia tak menyempat-nyempat nak tunggu ke opis tadika sebab tu datang rumah.  Bila dia tengok anak-anak bundo yang ramai-ramai tu, dia tanya..." puan bukak taska kat rumah juga ke".  Adei..

4.  Tiap-tiap minggu bundo akan ke tesco beli barang-barang kegunaan tadika dan taska. Kalau ke pasar borong tu tugas menantu. Kadang-kadang je bundo ke pasar borong sekiranya menantu ada tugas lain. Kalau ke tesco tu bundo akan pergi dengan bibik ataupun hasben.  Barang banyak, mesti pakai dua troli. Yang tak tahan tu orang aseklah tanya... banyaknya baraaaaangg..  Berniaga ke. Tiap-tiap kali pergi mesti ada saja yang bertanya sampaikan dah naik malas nak menjawab. Cashier pun sibuk nak bertanya.  Tapi sekarang ni tesco kajang dah tukar jadi tesco xtra. Boleh beli barang in bulk.  Jadi tak payahlah nak jawab lagi kenapa beli banyak sebab bila pakai bisnes card mestilah ada bisnes kan...

5.  Bundo ni banyak kegemaran.  Kegemaran bundo pula bermusim.  Kalau time gemar berkebun bundo akan berkebunnnnn je  pagi petang. Berkebun yang bundo maksudkan ni bukan saja cucuk tanam sayuran tapi juga pokok-pokok bunga. Kejap-kejap nanti bundo akan ke nerseri cari pokok bunga.  Kejap-kejap nanti bundo akan ke nerseri cari pasu. Bundo akan terbongkok-bongkok buang rumput.  Bundo akan terbongkok-bongkok repotting pokok. Sampailah ke satu tahap bila boring bundo akan tinggalkan dan kerja diambil alih oleh bibik pula. Kegemaran bundo beralih kepada yang lain pula. Crafting contohnya.  Kalau tak pun photo shooting. Kalau tak pun cooking.  Bila dah gila cooking macam-macam kursus bundo masuk.

Kegilaan sekarang adalah cooking dan photo-shooting. Kedua-dua hobi ni makan duit..haha..

6.  Bundo ni penakut. Penakut pada yang bukan-bukan. Kalau masuk bilik air bundo takut tengok cermin. Sebab tu bilik air bundo, bundo tak bagi hasben letak cermin. Bila pandang cermin macam ada orang lain yang menyeringai. Bundo juga phobia kat tempat yang tertutup. Bilik air bundo tu bundo tutup dan kunci bila time buang air dan mandi saja. Lepas tu cepat-cepat buka kunci dan biarkan pintu terbuka sikit. Selain tu, bundo phobia naik kapal terbang. Dulu masa muda-muda tak ada pula perangai ni.  Dah tua-tua ni je baru jadi. So kalau naik kapalterbang bundo akan jumpa doktor dulu minta ubat penenang. Pelik betul kan?

7.  Bundo dulu bersekolah di sekolah asrama penuh di jalan larkin.  Ada seorang kawan baik bundo namanya Yot berasal dari rembau. Masa bundo terjebak dalam dunia bloging ni, bundo bekenalan dengan seorang bloger otai masak-masak ni.  Nama dia Anymz tapi bundo panggil dia anim je. Dah lama kenal baru bundo tahu bahawa kawan bundo yang bernama Yot itu adalah makcik kepada Anim ni. Anim ada seorang lagi makcik bernama Fauziah yang tinggal di bangi ni. Si Fauziah ni pun kawan bundo. Hai.. kecik sungguh dunia ni.


Dah habis dah cerita pasal bundo.  Kan tadi bundo dah cakap bundo tak pandai bercerita.  Tapi bila dah termula tak reti pula nak berenti.

Siapalah bundo nak tag ni ye.  Bundo ni kan orang baru.  Kawan masak pun belum ramai.  Yang bundo kenal semua dah kena tag. Kalau bundo skip yang ni aci tak.  Aci tak Nor.... Kira aci je lah ye.


ibundo