Sebenarnya macaroni ni berlapis dengan cream crackers tapi warna crackers tu dah blended dengan warna macaroni. Sebab tu tak berapa jelas lapisannya.
Bahan:
Untuk lapisan macaroni
2 1/2 cawan macaroni direbus hingga empuk. Bubuh sedikit air garam dalam air rebusan. Toskan.
1/2 bungkus daging hancur ramlee
1 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit daun sup dan daun bawang dipotong kecil
sedikit capsicum merah dan hijau didadu kecil
beberapa kuntum cendawan butang didadu kecil
3 sudu besar tomato puree
garam secukupnya
3 biji telur
2 sudu besar cili kering yang sudah diblender
Sedikit butter untuk menumis
Panaskan butter. Tumis bawang putih. Bila naik bau masukkan cili. Masak hingga cili garing. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Kemudian masukkan tomato puri, bawang, capsicum dan cendawan. Bila hampir masak, masukkan pula daun sup dan daun bawang. Rasakan garam. Padamkan api. Biarkan hingga suam.
Masukkan ke dalam mangkuk macaroni. Pecahkan telur dan gaul rata.
Lapisan cream crackers
15 - 20 keping cream crackers dipatah-patahkan
3 cawan fresh milk
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk stok ayam atau 1 cube stok ayam
1 sudu kecil parsley
1 sudu kecil oregano
Curahkan secawan fresh milk ke dalam bekas cream crackers yang telah dipatahkan. Biarkan sebentar.
Panaskan butter. Masukkan tepung dan kacau tanpa henti sehingga berbuih. Masukkan fresh milk sedikit demi sedikit dan jangan berhenti mengacau adunan supaya licin dah tidak berketul. Sekiranya adunan terlalu pekat, boleh ditambah dengan sedikit susu ataupun air. Masukkan stok ayam, parsley dan oregano. Masukkan cream crackers dan biar sehingga pekat.
Gunakan mangkuk tahan panas. Griskan dengan sedikit butter/majerin. Lapiskan dengan crackers. Ratakan. Letak campuran macaroni di atasnya. Ratakan. Letak lagi lapisan crackes. Seterusnya letak lagi lapisan macaroni. Tutup longgar dengan foil dan masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180 deg c selama 40 minit atau sehingga masak. Keluarkan dan taburkan di atasnya dengan cheese mozarella dan bakar lagi sehingga cheese cair.
Boleh juga dimasukkan ke dalam remakin.
Sekian dari bundo yang sekarang berada di Tanah Rata.
ibundo
sedapnya ibo... meleleh dah air liur tengak gambar ibu tu... mmg tak leh tahan ...
ReplyDeleteIbundo,
ReplyDeletesedappppp betul nurul tgk macaroni crackers bakar tu... ish2 terliur nurul dibuatnya ;D
Salam Kak...Wahhhh cairai cheeese di atasnya sungguh mengiurkan....
ReplyDeleteKak Pah
ReplyDeletemacam mana lah kita nak mula diet kak pah...asal tgk apa kak pah tayang jer dah teruja, tak leh tahan...memuncak2 napsu makan ni....apa kak pah tayang musti kita berselera arr..tak bedek kak!
ita,
ReplyDeletebundo ni buat je tapi makannya sikit.anak2 yang makan.. ita cubalah..
nurul,
ReplyDeleteapa lagi...
sue,
salam.. ada orang suka cheese. tapi kalau tak suka boleh je tak bubuh..
yat,
ReplyDeletehaha.. diet diet gak...
bundooo...terliur la tgk... baru nk buat mini piza nk abihkn roti gardenia tup2x tgk benda ni pulak...ada tukar agenda nih... buat lapis gardenia pulak... heeee
ReplyDeleteaddusss sedapnya kak pah....tengok gambar dah tau best...kena try nih..adehhh esok kena beli gak makroni nih.....hehehhe
ReplyDeleteAssalamualaikum ibundo...
ReplyDeletewah tgk pun dah tau sgt sedaaaap... mmg fav anak2 diana nie.. utama nya daughter... sedap sgt
as-salam ibundo
ReplyDeletesungguh menyelerakan...npk tersangat sedapnye...