Salam.
Agak lama juga tak masuk dapur. Realitinya bundo memang dah seminggu lebih tak masuk dapur. Hari rabu lepas berlepas ke KK dan bila balik dari KK hari ahad, ada pula tetamu yang datang dari jakarta dan batam. Mereka ini sepupu bundo juga. Abah bundo dengan abah mereka adik beradik satu bapa. Ikatan persaudaraan ini baru 14 tahun kebelakangan ini disambung semula. Kalau bundo ke tempat mereka, mereka layan dan bawa bundo berjalan kemana-mana. Bila mereka datang ke sini, mestilah bundo melayan mereka pula, kan.
Pagi-pagi lagi bundo dah keluar bawa mereka berjalan-jalan. Petang baru balik. Bila balik makanan dah siap terhidang. Bibik yang masak. Memang bundo tak sempat jengah dapur. Baru petang semalam bundo masak sebab pulang dari kl agak awal. Sebelum solat asar dah sampai ke rumah.
Oleh sebab tengaharinya dah bawa mereka makan nasi briyani yang memang tentunya banyak kolesterol, petang bundo masak rebus-rebus saja.
Bundo masak ikan merah rebus asam. Kuahnya sedap untuk dihirup begitu saja.
Bahan:
1 ekor ikan merah.
sedikit lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
4 biji buah keras*
2 biji cili merah hidup*
1 keping asam keping
1/2 sudu kunyit serbuk
sebiji limau nipis
2 biji tomato
garam secukupnya.
Blender bahan yang bertanda *. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali tomato dan rebus sehingga masak. Pastikan rasa masam dan masinnya cukup. Kalau mahu rasa pedas, boleh masukkan beberapa biji cili api yang telah diketuk. Masukkan tomato sebelum padamkan api.
Itu saja. Mudah dan cepat.
ibundo
kalau makan dgn nasi panas2 mesti sedap kan.....:)
ReplyDeleteSalam pagi kak pah..
ReplyDeleteaduh pepagi begini dah tayang asam rebus...tgk gmbr jer dah tahu sedap nih..sedap buat hirup waktu cuaca panas2.
Hawa dah cuba beberapa resipi dari kak pah tau!! mmg menjadi esp roti donut yg naik gebu... nasi kari ayam pun yg simple lagi enak.. cuma blm sempat Hawa N3 kan. Terima kaseh yer kak share diresipi di sini..
As'salam Ibundo
ReplyDeleteLauk macam ni lah yang membuka selera, kalau penat2 balik dari berjalan tercium bau lauk asam rebus ni memang akan bertambah nasi dalam pinggan... hihihi
Kalau ct mesti suka menghirup panas2 ada pulak sambal belacan belimbing buluh, memang tak perasan sape yang memberi salam kalau makan ni bundo.. hehehe
kak pah..suami aya suko masak ni kak pah..tapi saya jarang masak kan..anak2 tak makan..nak cubo buek resepi kak pah kot anak2 suko pulak.
ReplyDeletesalam kakpah...saya kalau gulai rebus cam ni la paling byk makan...hehehe...memang best tang hirup kuah dia tu...hehehe...tapi saya tak pernah letak buah keras...lain kali boleh cuba cara kak pah ni...:)
ReplyDeleteassalam kak pah sedap ni hirup dengan nasik panas
ReplyDeletekakpah...lauk asam2 macani fav saya...ermm terliur lah...bila la nk buat..
ReplyDeletebest..
ReplyDeletelauk ini pembuko seloro bersahur ni kan kak?
ReplyDeletekaklong pun nk buek la nanti..
as-salam
ReplyDeletesedap sungguh lauk ni...mkn dgn nasi panas dan sambal belacan tak blh angkat sedapnye...
raja zarina,
ReplyDeleteboleh berpeluh-peluh dibuatnya.
mamahawa,
salam petang. dah petang dah ni hawa...
ooo dah cuba buat ye. kalau jadi, alhamdulillah..
ct delima,
ReplyDeleteaduyai.. ct cakap macam tu buat kecur liur je. sambal belacan makan nasi panas-panas tu yang tak boleh tahan.. berpeluh-peluh.
erna,
masak asam ni memang ado banyak caro e. Yang ni kpah cubo bubuh buah kogheh bia de kuah e pokat sikit. memang sodap hirup paneh2.
quinne,
ReplyDeletehaah.. cuba letak buah keras ni. nanti kuah dia takadae lah cair sangat. Ada asam limau tu yang buat rasa terangkat..
chikmimi,
ReplyDeletesalam. kpah letak kuah semangkuk dan nasi setengah senduk dalam kuah. Jadik nasi sup ikan. Elok untuk orang tengah diet hehe..
noor,
ReplyDeleteala noor. pejam mata pun boleh buat hiii...
smm,
kau masak apa harini.
kaklong,
wuih.. judu an mo bolacan kaklong, tak soda makan duo pinggan haha..
ady,
ReplyDeletesalam. Betul tu ady.. makan berpeluh-peluh sampai tak nampak orang belakang lalu haha..
sedapnya..
ReplyDeleteena suka yg rebus gini kakpah.. yum yum..