Monday, July 25, 2011

Cheese Bread Puding

Hujung minggu bundo tak pergi ke mana-mana. Masa terluang bundo isi dengan aktiviti memasak. Semalam bundo buat puding roti berkeju. Lebihan cream cheese masa buat RVC tu ada lagi.  Simpan lama-lama pun nanti rosak.  Baik buat sesuatu kan? Masa bundo buat puding ni, Kirin buat apple cobbler.  Sedap rasa apple cobbler tu terutama bila dimakan semasa panas.  Kalau nak resepi apple cobbler nanti bundo bagi.


 Buat puding ni cukup mudah. Masa penyediaan lebih kurang 15 minit saja.  Masuk oven 40 minit. Siap.

Bahan:
10 keping roti sandwich (bundo guna gardenia)
1 1/2 - 2 cawan fresh milk
2 biji telur

Roti dikoyak-koyak.  Curahkan fresh milk dan masukkan telur. Gaul sebati dan ketepikan.

200 gm cream cheese
3/4 cawan gula
1/2 sudu kecil vanila
2/3 cawan whipping cream

Pukul cream cheese hingga kembang.  Masukkan gula dan vanila. Pukul hingga sebati.  Masukkan whipping cream dan pukul hingga agak pekat.  Kemudian masukkan bancuhan ini ke dalam roti. Gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang.  Bundo gunakan loyang berukuran 30x10x4 cm.  Ngam ngam muat satu adunan ni. Kalau tak ada, gunalah apa yang ada.  Kemudian bakar dalam suhu 170deg c lebih kurang 40 minit.



Boleh buat untuk minum petang atau untuk berbuka puasa.

Sekian dari bundo.

ibundo

18 comments:

  1. Sodap.. nanti2 la cubo buek... Kek sini payah mek amek nak jumpa cream cheese... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Bundo nak 2 ketui buat breakfast pagi ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ibundo...
    sedaaapnya tgk puding roti berkeju tu akak... nak ckit gak akak... nak buat bf gak.. heheh .. tgk smpi x tertahan tau.. sedaaapnya

    ReplyDelete
  4. Yaww...!! terguda la bundo... baru buat kek cheese rasanya pasni puding cheese pulak....

    ReplyDelete
  5. wahhhhh...menarik dan tertarik la ngann resepi ni.....
    mesti lagi sedapkan ibundo sebab ada rasa cheese tu...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Pah

    kita datang skodeng resepi.. akak kita maik resepi ni dulu...sumer bahan ada kat umah...so senang lah nak wat nanti..macehhh :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...cantiknya bread puding ni...boleh try nnt..tq shared

    ReplyDelete
  8. hah!cak!..yang ini konpem se angkut resepi e kak.anak2 kek rumah ni mmg hantu cheese.omak e lobeh lai lah kan?..toksah cakaplah kan?.hehe

    ReplyDelete
  9. Salam, bundo....
    cam sedapp tgk puding roti tu... ader letak cheese lagi.. :)

    ReplyDelete
  10. wah ibundo puding roti ada cheese plak, berpinor mata ni. mahu dicuba ni.

    ReplyDelete
  11. salam kakpah..nak sepotong boleh? hehheh...kat rumah ni derang tak berapa nak makan cheese ni....memang punah la harapan kalau nak mencuba resepi kakpah ni...kekekek

    ReplyDelete
  12. Assalam kak, sedapnya tgk masakan akak kat sini....semuanya menyelerakan:)

    ReplyDelete
  13. azz,
    ekau bukak kodai satu la azz..

    sam,
    konfem dah habis

    diana,
    nanti bundo buat lagi bagi diana satu talam. Boleh pakai pos laju kan ekeke...

    gee,
    bahan ada jangan membazir. kalau tak digunakan nanti rosak. baik buat jer..

    ReplyDelete
  14. mas,
    cheese ni memanglah sedap tapi tak leh makan bebanyak. tambah2 lagi bundo ni.

    yat maria,
    wkslm. timer kasih sudi datang jengah dapur yang tak seberapa ni.

    Rabiatun,
    wkslm. cubalah kalau sudi..

    anim,
    tapi kono jejago hak jangan makan cheese bebanyak haha..

    ReplyDelete
  15. nurul,
    salam. tk kerana datanng jengah dapur bundo

    cik ina,
    cuba jangan tak cuba.

    Q,
    kalau nak pergi amek rumah kak anim mintak sepotong . dia kata nak buat. kpah punya dah habis..

    nieza,
    salam. baru belajar masak ekeke..

    ReplyDelete
  16. memang sodap puding roti ni ibundo oiiii... ada org suka makan panas dan ada org suka makan sejuk...

    ReplyDelete
  17. nmpak kat dapur mas smlm..mmg mcari resepi puding roti+keju ni..tkasih. :)

    ReplyDelete
  18. smm,
    simpel dan sodap

    Del,
    apa lagi.. hiii..

    ReplyDelete