Salam dari cameron highland.
Pagi ni hujan. Sejuknya di sini tak usah cakaplah. Sejuuuukkk yang teramat. Rancangan nak meronda-ronda sementara hasben hadiri meeting terbantut. Selepas bersarapan, aku dan imah (anak aku yang ngikut) masuk semula ke bawah selimut menikmati lena yang panjang. Sebelum bergerak masuk ke dewan meeting hasben aku membebel-bebel asek mengatakan tak aci.. tak aci..
Sekarang, walaupun tengahari makin menghensot datang, sejuknya masih jelas terasa. Sejuk-sejuk begini sedap menghirup air capucino panas.. atau teh panas... atau teh halia panas seperti dalam gambar di bawah.
Teh halia ini dibuat minggu lepas semasa badan terasa kurang enak. Maklumlah... bila badan bertambah usang, angin senang menerobos masuk. Aku buat cuma segelas besar ini. Untuk aku seorang.
Cuma perlukan air yang direbus bersama beberapa hirisan halia, sebatang kulit kayu manis, beberapa kuntum bunga cengkih. Rebus semua sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan ke dalam gelas besar. Tambah seuncang teh dan campurkan madu secukup rasa.
Elok diminum untuk perut yang sebu bergolak dengan angin.
sekian.
ibundo
nyamannya...lega tekak yg kering ni...
ReplyDeleteAs'salam Ibundo
ReplyDeleteBerada dipuncak gunung teh rupanya. Jangan lupa petik2 daun tu untuk kenangan buat ct ya..hihihi. CT yang dok berdekatan ni tak sampai2 lagi keladang teh tu :)
Pernah minum air halia campur air panas jer, tapi tak lah macam bundo buat ni. nampak sangat sedap. kalau dah minum rasa lega kot badan ni, sebab semua angin2 dah merjah keluar.. hehehe
Assalamualaikum ibundo...
ReplyDeletewaah.. kalau cam tu diana pun nak ler daun2 teh tu.. hehehehe... seronoknya kat sana kan.. ari2 boleh petik daun teh kan akak kan.. ehhehehe
diana x perna lagi minum halia madu nie.. nmpk cam sedap jer...
Buleh cubo petua akak ni.. sbb poghut sey pon solalu yoo sobu.. tu yg muncit gak ehh poghut tu... huhuhu...
ReplyDeleteLamo lg ke akak kek ateh puncak tu..? Amek gambar cantik2 yoo.. heeeeeee...
wooo mmg sejuk, kat atas bukit nun lagi la sojuk ye kak pah. meh segelas sodap ngirup tu
ReplyDeleteSalam ibundo!!!! waaahhhhh! mcm tahu2 pulak yer kita dah peant niiii ada pulak air dah terhidang hihihi.. macehhh! tumpang segelea sekali ya :D
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,,Ibundo salam kenal,,wah nice blog,boleh gabung yah,,kalau sempat mampirlaH TO MY BLOG,AND BE MY FOLLOWER OK,,,thank you..
ReplyDeletewah!moceh yo kak..dah ado ubek utk sobu..selalu sapu minyak angin yo..
ReplyDeleteini kalo org pas bersalin leh minum tak kak? buangangin nih..mau trlepas je..hikhik..
ReplyDeleteSalam ibundo,sodap ko teh tu, dulu den poie cameron, singgah kat bharat teh,try teh masala, oomak aii, tak terimo tokak den, macam minum kari pulak. Bangi kat ukm ko ?
ReplyDeletekak pah cik ina pun suka buat teh cam ni, lepas minum segar je.
ReplyDeletekak pah = ibundo
ReplyDeleteSalam nk btnye,kalau ibu mengandung boleh ke minum teh halia madu..
ReplyDelete