Saturday, July 16, 2011

Nasi Kari Ayam

Salam.  Bundo ni bukannya selalu rajin ke dapur. Normal lah kan seorang isteri dan ibu sekali sekala berperasaan seperti itu.  Kalau hari-hari malas ke dapur, tu yang tak normal.

Bila tiba rasa malas, bundo buat yang simpel tapi masih orang dalam rumah berselera nak makan. Contohnya makanan 2 in 1 macam yang bundo nak tunjuk ni.


Ni namanya nasi kari ayam.  Hidangan ni bundo dah buat berpuluh tahun, sejak bundo mula-mula belajar masak lepas kawin. Anak pun belum ada lagi masa tu. Bayangkanlah lamanya kan? 

Kalau nak cuba, ni bundo bagi resepi.

Bahan:
3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar

cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya.  Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk.  Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia.  Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam.  Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam,  stok ayam dan daun ketumbar. Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api.

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu.  Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa.  Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan.  Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak. 

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.  

Macam tu lah nasi kari ayam bundo.  Ada orang tak makan kari. Boleh digantikan dengan rempah kurma. Tapi dengan rempah kurma ni bundo tak pernah buat.

Sekian

ibundo

14 comments:

  1. Salam...saya suka kari..gerenti nasi ni boleh tambat hati saya dan family, time kasih akak !!

    ReplyDelete
  2. salam kak pah...saya kalau kari ni makan mesti byk...heheheh...lain kali boleh cuba masak macam ni pulak...siap lengkap dgn nasinya....senang keje...heheehe

    ReplyDelete
  3. sedap la nampak nasi kari ayam ni.. nor mintak izin copy & save dulu ya k.pah. tq :)

    ReplyDelete
  4. hah yang ini se angkut gak resepi e kak.anak2 suko makan mcm ni.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak...
    wah sedapnya nie ... mesti nak cuba nie... terima kasih akak

    ReplyDelete
  6. Salam..bila tgk resepi ni terus berkenan & terus buat utk santapn thari nih..lebih2 lagi semua bhn ada kt dapur..x sabar nk tgg nasi masak...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikom kakpah.. :)

    patut ah bau kari dapor kakpah ni!
    kalu gune beras bas-tak-mathi jadik tak kak?

    teringat kat respi nasi tomyam si jaapar onn ajor dlu..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak Pah,

    sedapnya nampak nasi kari ayam nie...menyelerakan sungguh...ni dh telan2 air liur...heheh.

    ReplyDelete
  9. kak,rampah empat sekawan tu,rempah ape?

    ReplyDelete
  10. Sangat enak , perlu di coba itu untuk di buat di rumah ! pengobatan tradisional pankreatitis

    ReplyDelete
  11. Dah buat bnyk kali . Sedap dimakan dgn ikan kering kurau goreng

    ReplyDelete
  12. الحمدلله hari ni cuba masak nasi kari ayam ibunda, sblm ini masa muda dulu selalu mssak nasi kari ayam, belajar sendiri, hari nak cuba nasi kari ibunda. Nak rasa apa beza, sat lagi masak terus makan.

    ReplyDelete
  13. Minggu lps masak utk keluarga. Mlm ni masak utk jamuan esok. Nak dengar komen rakan mesy. Apa kata mereka

    ReplyDelete