Sunday, July 24, 2011

Brownies Pisang

Dah lama dah nak buat brownies ni.  Sejak tengok resepi dalam majallah sedap bilangan 38. Tengok gambar macam sedap. Bila pergi tesco jumaat haritu, bundo cari bahan yang tak cukup dan semalam berkesempatan untuk mencubanya. Sedap jugalah pada tekak bundo. Anak-anak pun kata sedap. Faris cucu bundo makan sampai tiga ketul.


Resepi majallah sedap bil 38:
Bahan:
75 gm majerin
200 gm coklat masakan hitam, dipotong-potong
100 gm pisang emas (pisang emas bundo dah dibawa belayar. Bundo pakai pisang hantam sajala..)
2 biji telur
100 gm gula pasir (bundo tak taruk sebab brownies ni dah ada coklat dan cip coklat. Bundo tak tahan manis)
50 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1/4 sudu teh serbuk penaik
50 gm kacang gajus, sangai dan cincang halus
75 gm cip coklat
15 gm hirisan badam untuk tabur

Cara:
1. Panaskan majerin.  Matikan api.  Masukkan potongan coklat masakan hitam. Kacau sehingga larut. Masukkan pisang yang telah dikisar halus.  Kacau rata.  Ketepikan.
2.  Campurkan telur, gula pasir, campuran coklat, tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik yang telah diayak. Pukul perlahan menggunakan speed rendah. Masukkan cip coklat dan kacang gajus.  Kacau rata.
3. Tuangkan diloyang bersaiz 30x10x4 cm yang dialas kertas kalis minyak. Taburkan hirisan badam.
4. Bakar selama 40 minit dengan api bawah suhu ketuhar 180degC atau sehingga masak.



Bundo tengok gambar brownies dalam majallah tu ada mirip kecoklatan tapi bundo punya ni kehitaman. Dah disuruh guna coklat hitam, mestilah nampak hitam, kan? (Ni statement menyedapkan hati).  Walau bagaimana pun, tak rugi mencubanya.

ibundo

7 comments:

  1. kak pah..simpan resepi dulu..lambek laie nak cubo ni.
    nak poso dah..

    ReplyDelete
  2. salam kakpah..datang bertandang diwaktu petang..hehhehe...saya kalau resepi dari kakpah ni memang tak leh tahan nengoknye...:)

    ReplyDelete
  3. mak aiiiii....tak tahan.... meneleh air lioq weiiii.....

    ReplyDelete
  4. Salam Ibundo,nasi arab tu memang sedap, masak 1 kg, hasilnya dapat <> 2 kg lebih.Beras tu rasanya ada kat pasaraya besar,kalau kat giant ada kat rak beras yang paket kecil-kecil kalau tak silap saya.

    ReplyDelete
  5. brownies pisang... nampak cantik n menarik... sedaaap tu kalau bab2 ada pisang nie... diana suka..

    ReplyDelete
  6. nak jadi jiran sebelah umah bole?


    *lap air liur yg berjejes*

    ReplyDelete