Friday, July 15, 2011

Peria Goreng

Salam Jumaat. Bundo masih lagi bersiaran dari kota kinabalu. Malam tadi ada kawan ajak kami makan di rumahnya.  Lauk ikan lagi. Ikan putih kukus dan ikan merah masak bugis. Sedap yang masak bugis tu. Kuahnya sedap dihirup macam sup.  Tapi malu pula nak minta resepi.


Masakan kita pagi ni adalah kambas goreng.  Inilah yang bundo jumpa hasil menyelongkar file. Tak ramai orang yang suka makan peria ni sebab rasanya pahit. Emak bundo panggil peria besar ni,   kambas. Bundo dulu panggil kambas juga sehinggalah bundo dengar semua orang memanggilnya peria. Mak bundo dulu kalau sebut peria, yang dimaksudkan adalah peria katak.

Mak bundo bagi petua bagaimana nak hilangkan rasa pahit. Dia kata semua tu terpulang pada cara kita memotongnya. Menurutnya bila memotong peria tu, jangan dibelah kemudian dihiris. Semasa peria tu masih dalam bentuk asal, ia hendaklah dihiris dari sebelah luar dan tarik perlahan-lahan supaya selaput putih yang didalam peria itu tidak terhiris sama. Kalau korang perhatikan betul-betul gambar di atas, dapat dilihat yang bentuk hirisan bonda itu tidak nipis nipis. Memang betul petua emak bonda itu. Pahitnya tidak terasa sangat.

Resepi? Semua orang tahu buat ni. Bagi anak-anak muda yang tak tahu, cuma perlukan bawang merah bawang putih untuk menumis. Sedikit udang kering yang ditumbuk kasar ditumis. Kemudian masukkan peria. Bila peria hampir masak, masukkan pula dua biji telur yang telah dikocok terlebih dahulu dan cili. Masukkan juga sedikit kunyit serbuk. Kacau sehingga telur masak. Jangan lupa rasakan garamnya.

Walaupun peria pahit, ia mempunyai khasiat. Anak-anak bundo memang menolak makan peria ni.  Diorang kata pahit.  Tapi bundo cakap, yang pahit itulah ubat.

ibundo

11 comments:

  1. salam bundo..
    maklong pun suka peria goreng ni..
    sebab khasiatnya.. dulu2 x suka sebab maklong rasa pahit..

    ReplyDelete
  2. salam bundo..
    maklong pun suka peria goreng ni..
    sebab khasiatnya.. dulu2 x suka sebab maklong rasa pahit..

    ReplyDelete
  3. selamat malam kakpah..tertarik nak baca entry ni sebab saya sekarang ni suka pulak makan benda2 pahit ni sekarang...dulu memang tak leh telan la...hehehe...oo rupanya cam tu cara nak belah dia....terima kasih kak pah atas tips nak belah peria ni....

    ReplyDelete
  4. bilo nak balik ni kak?.lamo tul kek sabah tu..

    kambeh ni tak pait na kak..yg pait perio katak tu.pebret en somi se ni..mmg terbaik masak camni..:)

    ReplyDelete
  5. Sey panggil piyo cmni kambeh... hikk..

    Sey suko makan piyo2 ni kak.. tak kiro la kambeh ke... piyo katak tu koo... sey balun yo...

    ReplyDelete
  6. sapa kata peria pahit
    cuba ambil buat kerabu
    siler sambung yer kak pah....hahaha
    look yummy but ayu x suka peria...uwaaaa

    ReplyDelete
  7. maklong,
    dulu saya pun tak suka tapi bila tahu bahawa pahit itu sedap..hmm.. dah tak terasa dah pahitnya.

    ReplyDelete
  8. quinne,
    tu yang mak ajar. orang tua memang banyak petua.

    ReplyDelete
  9. quinne,
    tu yang mak ajar. orang tua memang banyak petua.

    ReplyDelete
  10. anim,
    balik hari ahad. lopeh tu bolum buleh bekuntau kek dapo lai sobab ado pulak sodaro dari jakarta datang.

    azz,
    dulu kpah ghajin buek jus porio katak campur mo epal. sodap yo tokak ni nolan. ubek....

    ReplyDelete
  11. ayu,
    sapa kata peria pahit
    cuba ambil buat kerabu
    sapa kata cinta tak sakit
    hibanya rindu menusuk kalbu

    h'a... jawab!!.. hehe

    ReplyDelete