Bundo tak masuk dapur sampai hari ahad tapi akan cuba selongkar menu apa yang belum bundo letak di sini.
Pagi ni bundo nak bagi satu resepi memang gerenti sedap terutamanya untuk memuaskan anak tekak semasa bulan ramadhan. Bundo kalau buat ni memang tak boleh simpan lama dalam peti ais.
Salad buah ni kalau boleh jangan guna buah-buah dalam tin sebab yang itu dah tak fresh. Gunakan buah fresh kerana ia lebih rangup dan berkhasiat. Pilihan buah adalah pilihan sendiri tetapi pilihlah yang sesuai untuk digunakan. Takkan nak masukkan durian pula. Habis lari salad.
Bundo gunakan:
1 biji buah pear
satu biji epal hijau
beberapa keping tembikai susu di potong dadu
beberapa keping cantaloup dipotong dadu (seakan-akan tembikai susu tetapi berwarna oren)
1 biji oren dibuang kulit dan dipotong ikut suka
15 biji buah anggur tanpa biji
2 cawan nata decoco perisa laici
beberapa biji laici dipotong 2
Gaulkan semua buah dalam mangkuk. Ketepikan.
Sos:
2 cawan whipping cream
3 sudu besar yogurt perisa asli
2 sudu besar susu pekat
1/2 cawan air dari nata decoco laici
hershey's chocolate syrup kalau suka. Yang ini optional. Tak bubuh tak mencacatkan rasa.
Pukul whipping cream sehingga pekat. Jangan sampai keras. Tambah yogurt, susu pekat dan sos nata decoco. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam buah-buahan. Gaul rata. Simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam. Kalau boleh letak dalam bekas yang ada tutup. Takut kalau ada orang yang buka peti ais dan ternampak salad tu, alamat selamat. Tak sempat nak nunggu satu jam.
Bila mahu makan, masukkan dalam mangkuk kecil dan hidang. Kalau suka syrup coklat, curahkan sedikit di atasnya.
Sekian.
ibundo
akakkkkkkkkkkkk pepagi dah buat ayu terlioq ni...uwaaaaa sini panas sagat mmg menu gini la yg di cari :D
ReplyDeletebundo... jgn terlebih ngadap seafood di KK ye... nnt food poisoning... ;p
ReplyDeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeletedah lama diana x buat salad buah... salad buah yg akak buat nie mmg nampak sedap... terus teringin nak makan... sedapnya tu akak... ada syrup coklaty lg... sedaaaapp
teghojah dapor kakpah pulak hehe..
ReplyDeletesyoknye salad kakpah.. mujor tak pose hr ni ;)
kak pah..potang ni jugak nak buek..lagi pun hari ni memang poso pun ni..buah2 dah ado..
ReplyDeletemenu sihat ni kakpah...heheheh..saya paling suka makan salad kalau gi pizza hut...lamanya dah tak pegi makan pizza...asyik duk buat sendiri je...heheheh
ReplyDeleteSalam Bundo,
ReplyDeleteBila mai saja sini, mesti rasa lapaq, camana nak buat ni Bundo...
As'salam Ibundo
ReplyDeleteCt memang pengemar salad buah. tak pernah buat sendiri, sebab anak2 tak mengemari sangat. jadi hanya ct seorang yang makan, jadi beli jer yang ada jual tu. Tapi ni bundo dah bagi idea, bolehlah ct mencuba nanti..insyaAllah.
Assalammualaikum bundo
ReplyDeletenampak sedap salad bundo hidangkan ni...nak kena buat jugak!
meleleh air liur..waaaaaa
ReplyDelete