Sunday, July 24, 2011

Sambal Budu Tempoyak

Semasa sedara bundo dari indon datang, ada satu malam tu bundo buat sambal cencaluk petai.  Berpeluh-peluh diorang makan dan bertambah-tambah nasi sebab rasa cencaluk yang sedap dan pedas. Bila jalan-jalan ke melaka keesokan harinya, maka berbotol-botollah mereka membeli cencaluk untuk di bawa pulang ke indon.

Tengahari semalam semasa membersihkan peti ais bundo ternampak botol budu yang masih ada suku lagi isinya.  Budu ni staff bundo yang bagi masa dia balik kelantan beberapa bulan dulu.  Sedap budu ni.  Rupanya kemerah-merahan. Takdelah hitam. Oleh sebab tempoyak pun ada, hasil durian yang diambil di kebun minggu lepas, maka bundo campurkan budu ni dengan tempoyak.


Cakap pasal budu ni bundo teringat kesah  puluh tahun yang lepas. Ada kawan bundo bagi sebotol budu.  Bundo pun tunjuklah kat emak bundo. Emak bundo cakap buatlah sambal budu untuk makan tengahari.  Bundo pun goncang-goncanglah botol budu tu sebab bundo tengok budu tu macam cair je.  Maklumlah, tak pernah tengok budu sebelum itu. Bila bundo buka tudung botol, menyembur segala isi perut botol itu habis terkena dinding dan siling dapur. Badan bundo dan emak bundo pun bermandikan budu. Sampai habislah isi dalam botol tu. Bundo lari masuk bilik air bersihkan diri dan hilang terus dari dapur sebab tak tahan dengar emak bundo membebel tak sudah.



Nak buat sambal budu tempoyak ni cuma dihiriskan bawang, cili dan perahkan asam limau ke dalam budu. Lepas tu, masukkan tempoyak.  Bundo lebihkan tempoyak sebab nak hilangkan rasa budu yang masin. Bubuh juga setengah sudu kecil gula. Bundo tambah air sikit sebab pekat.

Sekian.

ibundo

5 comments:

  1. semerobak bau budu dlm gumah....badan2 pun bau budu..kahkahkah!

    aiyooo...dua hari duo malam tak sudah2 arwah uwan membebel...!

    ReplyDelete
  2. sapa la dok memanjat bersihkan siling rumah tu...hehehe.... tp budu mmg sedap kan, cincalok pun lama dh tak makan, walopun tiap2 bulan balik Melaka

    ReplyDelete
  3. Tak makan budu tapi penggemar tempoyak. Agak2 kalau buat cam gini tekak boleh terima tak?

    ReplyDelete
  4. kaklong,
    buek2 pokak yo kaklong..

    cendana kasih,
    dah tentunya bukan bundo hiii...

    kaksam,
    cuba dulu... baru tahu..

    ReplyDelete
  5. benda baru ni kakpah...saya tak pernah makan budu+tempoyak..budu taruk petai tu macam mana pulak nak membuatnya..hehhehe....nanti nak cuba budu tempoyak ni..saya suka makan budu.....bestnya...

    ReplyDelete