Latheefa's Muslimah Collections

Sunday, February 21, 2010

LAWA TERUNG

Salam.

Pernah buat lawa terung? Rasanya sungguh enak. Persediaannya juga mudah.


Anda cuma perlukan:

Terung panjang
santan pekat
cili api
bawang yang dihiris
limau
sedikit lada hitam
garam secukup rasa


Mula-mula terung dibakar. Suka hatilah nak banyak mana. Kalau nak lebih wangi, bakar atas bara arang atau letak atas tudung periuk dan bakar atas dapur. Aku cuma masukkan dalam oven. Bakar sehingga empuk.

Kulit terung aku ni berkilat sebab aku taruk sedikit butter bila membakarnya , takut melekat. Kalau tak bubuh pun tak mengapa.



Tunggu sehingga sejuk dan buang kulitnya. Siat atau potong terung itu seperti ini:



Sementara itu siapkan bahan-bahan lain.





Masukkan terung ke dalam bekas. Campurkan bahan-bahan, santan, garam dan perahkan limau. Rasakan semua masam, pedas dan masinnya cukup. Makan segera dengan nasi panas.

Lawa ini tidak boleh disimpan lama sebab santannya tidak dimasak.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...