Friday, June 3, 2011
Ayam masak merah
Bahan-bahan
Satu ekor ayam yang siap dipotong, gaulkan dengan sedikit kunyit dan sedikit garam.
minyak untuk mengoreng ayam
2 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
sedikit halia
1/2 tin kecil tomato puree
10 sudu besar cili kering yang sudah diblender.
1 tin kecil kacang peas (asingkan air dan kacang)
garam dan gula secukup rasa.
Ayam yang sudah digaul dengan kunyit dan garam, digoreng 3/4 masak. Ketepikan.
Bawang besar, bawang kecil dan halia diblender.
Ambil sedikit minyak menggoreng ayam tadi dan panaskan dalam kuali. Tumis bahan yang sudah di blender. Masukkan cili. Kalau suka pedas, boleh lebihkan cili. Tumis sehingga cili masak. Kemudian masukkan tomato puree, garam, perasa dan 4 sudu besar air kacang peas. Bila sudah betul2 masak, masukkan ayam goreng tadi. Boleh ditambah sedikit air sekiranya kuah terlampau pekat.
Kemudian masukkan kacang peas. Kacau sebentar sahaja dan padamkan api.
Kakpah
Wednesday, May 18, 2011
Carrot Walnut Cake
Bahan A
250 gm butter
300 gm castor sugar
Bahan B
1 tsp esen vanila
5 biji telur gred B
Bahan C
340 gm tepung super fine
1 tsp baking powder
1/2 tsp cinnamon powder
Bahan D
150 gm kacang walnut , dipanggang sekejap dan di cincang kasar
150 gm pineapple cubes - di dadu kecil
350 gm carrot diparut dan diperah airnya
100 gm chocolate chips
Untuk cream
250 gm cream cheese
100 gm butter
80 gm gula icing
Cara:
Pukul A sehingga creamy. Perlahan-lahan masukkan B. Fold in C dan masukkan D. Gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam dulang empat segi bersaiz 9 inci atau 10 inci kali 7 inci. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suku 175 deg C selama satu jam. Bila masak, sejukkan.
Untuk cream.
Pukul semua bahan sehingga kembang dan ringan. Sapukan di atas kek apabila kek sudah sejuk.
kakpah
Tuesday, May 10, 2011
Salad timun
Bahan:
Sebiji timun dipotong dadu
dua biji tomato dipotong dadu besar
1 labu bawang besar dipotong dadu
cili api ikut suka kepedasan yang dikehendaki. Di hiris ikut suka.
kicap dalam 5 sudu. Boleh ditambah kalau tak cukup.
Limau nipis.
Gaul semua dan perahkan limau nipis.
kakpah
Tuesday, May 3, 2011
TENGGIRI MASAK KICAP BERSANTAN
Empat keping ikan tenggiri sederhana besar
Santan dari sebiji kelapa
2 biji terung (di potong ikut suka) atau bendi
1 atau 2 biji tomato dibelah empat
3 biji cili hijau dibelah dua
1 biji bawang besar di belah empat
4 ulas bawang kecil dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Halia secukupnya, dihiris
2 kuntum bunga lawang, kayu manis, beberapa biji buah pelaga dan bunga cengkih
1 sudu besar cili kering yang sudah dikisar1 sudu besar kicap pekat
4, 5 sudu besar kicap cair (boleh tambah sekiranya perlu)
asam keping
Cara:
Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng tetapi jangan sampai garing.
Ketepikan.
Ambil sedikit minyak menggoreng ikan tadi, tumiskan bawang kecil, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan. Kacau sehingga naik bau. Masukkan cili kering. Tunggu sehingga cili masak. Masukkan kicap pekat dan kicap cair. Kacau. Masukkan santan. Tunggu sehingga mendidih baru masukkan ikan. Masukkan pula terung atau bende. Apabila terung atau bende hampir empuk, masukkan asam keping dan bawang besar.
Bila sudah hampir masak, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau sebentar dan matikan api. Jangan lupa rasakan garamnya semasa sedang masak tadi.
Kalau ada belimbing buluh, gantikan asam keping dengannya. Rasanya lagi terangkat.
kakpah
Monday, March 28, 2011
Kerang Rendang
Bagi anak-anak yang sukakan sedikit kelainan, di sini mak ajar bagaimana membuat kerang rendang.
Bahan:
A
2 kilo kerang. Dicuci, rebus dan keluarkan isi.
Daun kunyit dihiris
B
Santan pekat daripada satu biji kelapa.
Setengah inci lengkuas diketuk
Setengah inci halia diketuk
2 batang serai diketuk
3 ulas bawang putih diketuk
5 ulas bawang merah dihiris nipis
2 sudu kerisik
Cili api mengikut kepedasan (kalau tak suka pedas, cukup 10 biji sahaja)
Kunyit serbuk adabi
Cara:
Masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Biarkan hingga mendidih dan kuah agak pekat. Kacau selalu supaya santan tidak pecah. Masukkan bahan A. Rasakan garam dan masak hingga kuah pekat.

Sunday, March 27, 2011
Ais Krim Goreng
Mudah membuatnya.
Bahan-bahan yang mesti ada:
Lihat gambar di atas:
Roti, botol penyembur tu , cutter dan semestinya aiskrim.
Macamana nak buat?
Mula-mula ambil dua keping roti. Penyek-penyekkan sikit. Kemudian semburkan sedikit air di atas permukaan roti. Sekali sembur saja. Jangan sampai basah kuyup pula.
Kemudian ambil satu scoop aiskrim. Letakkan di atas sekeping roti tadi, betul-betul di tengah. Roti yang sekeping lagi tu, tangkupkan ke atasnya.
Tekan sedikit di sekeliling roti.
Ambil cutter, tekan sekuat-kuat hati (haha) sehingga roti terpotong seperti di bawah.
Okay, siap. Buatlah beberapa keping mengikut selera masing-masing.
Masukkan ke dalam bekas dan simpan di freezer selama tiga jam. Kalau dah tak menyempat nak makan, boleh juga digoreng tapi aiskrim akan cair. Jadi, ikut cakap sifu. Simpan 3 jam dalam freezer atau lebih.
Bila hendak makan, panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam. ( Aiskrim yang makcik goreng tu tak tenggelam sebab minyak tak cukup). Bila minyak sudah panas, keluarkan aiskrim tadi dari freezer. Goreng sekejap sahaja sampai bewarna kekuningan.
Siap!!! jom makan.. sila.. sila..

Wednesday, November 24, 2010
banana milkshake
Subscribe to:
Posts (Atom)