Semalam sekolah cuti. Malam tadi ramai juga yang mengharap-harap ada lagi pengumuman tentang sekolah cuti lagi di selangor hari ini. Memang teruk jerebu kali ini. Warna alam sekitar bertukar keperangan. Pandangan juga terjejas akibat asap tebal. Bagi yang tidak mempunyai daya tahan yang tinggi, mudah saja akan mendapat perit tekak, batuk dan sebagainya. Mudah-mudahan dengan izinNya masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. Kesian anak-anak. Kesian kita.
Dalam pada menahan nafas sebanyak mungkin supaya tidak terus menyedut partikel-partikel yang berterbangan di ruang udara (kedai, farmasi kehabisan mask), sempat juga bundo ke kedai peralatan memasak membeli bahan untuk membuat lemon cheese cake ini. Resepi ini bundo ambil dari ita masam manis . Bermilion terima kasih bundo ucapkan pada ita yang tidak jemu-jemu berkongsi rahsia masakan bersama kita. Nampaknya ita juga bertambah-tambah sibuk dengan pelbagai tempahan dan akitiviti kelas memasak. Semuga Allah membalas jasa-jasa ita dengan menambahkan lagi rezki ita sehingga melimpah ruah. Amin.
Sedap.
Itu yang dapat bundo kata kalau ditanya macamana rasanya. Oleh sebab nama pun lemon, ia tentulah mempunyai rasa lemonish. Lain kali bundo nak cuba tukar dengan rasa yang lain.
Resepi?
Bundo minta izin ita masam manis CP di sini.
LEMON CHEESE CAKE
Dasar
150 gm biskut Marie + biskut Oreo
30 gm Almond Flakes ~ panggang dan kisar
90 gm mentega ~ cairkan
Satukan Biskut dan almond flakes, tuangkan mentega panas dan sebatikan.
Berhati-hati dengan mentega yang panas. masukkan dalam cup kecil, rata
dan padatkan. Ketepikan
Lemond Cheese
400 gm krim keju
3 gm jus lemon
180 gm coklat masakan putih
300 gm krim bukan tenusu ~ di putar hingga kental
12 gm halal gelatin
60 ml air
1 sudu teh parutan kulit lemon
1 sudu teh pes lemon
Cairkan gelatin ~ rujukkan
Cairkan coklat masakan putih ~ kaedah kukusan
Dalam bekas pemutar, pukul krim keju , kulit lemon, pes lemon dan jus lemon lembut
Tambahkan gelatin cair dan terus putar
Tambahkan coklat cair dan terus putar
Kaup balik krim putar dalam keju, rata
Tuangkan dalam bekas dan ratakan, ketepikan
Lemon Jely
2 sudu teh gelatin
200 ml air
2 sudu teh gula kastor
2 sudu teh jus lemon
1 titik pewarna kuning lemon
Satukan semua bahan dan masak dengan api sederhana
Tuang dalam bekas dan dinginkan
Sedia dinikmati dingin
Untuk keterangan yang lebih terperinci, anda pergilah ke blog ita masam manis.
Banyak rahsia masakan di sana.
Thank you ita. Luv u.
ibundo
4 comments:
Alhamdulillah...berjy bundo buat lemon cheesecake ni..sedapnye alahai...salam kenalan bundo (",)
ahlia.. salam kenal. terima kasih kerana menjenguk.
Salam ibundo ...nampak cute sangat saya suka makan cheesecake dalam portion kecil gini senang. Tapi bila letak dalam cup kecil lebih praktikal untuk buat waktu jalan jauh sebagai bekal kan.
Assalamualaikum Bundo,
Kompom Sham takkan try buek.
Daghi bahan2 eh sampailah ko jalan kojo.. umang aiiii.. panjang eh citor.
Biasolah kan.. oghang maleh mcm tu la.
Tapi kalau sughuh makan.. laju jo ni.
P/s;
Macam dah sampai jo ke tokak ghaso oreo & lemonish tu.
Post a Comment