Thursday, October 18, 2012

Puteri Ayu bertukar baju

Salam hari khamis.
Semuga semua berada dalam keadaan ceria. Seceria puteri ayu yang telah bertukar baju warna hijau kepada yang bewarna warni..haha.
Nampaknya bahang pelangi masih belum reda.



Bahan kelapa
100 gm kelapa parut
secubit garam
1 sudu kecil tepung jagung.

Bahan
3 butir telur
125 gm gula
1/4 sudu teh garam
100 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
145 gm santan
1 sudu teh ovelet


1. Gaulkan bahan kelapa. Masukkan ke dalam cetakan puteri ayu. Ketepikan.
2. Pukul telur, garam dan gula hingga kembang. Tambah ovelet.
4. Masukkan tepung gandum dan tepung beras dan di gaul rata.
5. Tambah santan.
6. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian.  Warnai mengikut selera. Untuk bahagian hijau, tambah sedikit dengan pes pandan.
7. Tuang ke atas kelapa di dalam cetakan.
8. Kukus di atas api sedang lebih kurang 10 minit.


Abah bundo tanya, Ni kue apam ko?
Bundo jawab, tak bah.  Puteri ayu.
Apo pulak lain bona ghoman e. Bukan e puteri ayu warno ijau ko.
Tu versi lamo bah.  Yang ni setolah dilakukan penyelidikan, inilah gayo terkini (hahaha)
Abah bundo tak cakap banyak dah.  Terus makan sambil angguk-angguk kepala.



Cucu bundo yang baru berumur 5 bulan semalam dimasukkan ke hospital pantai kerana masalah Idiopathic Thrombocytopenic Purpura. Tolong doakan cucu comel bundo ini sembuh sepenuhnya.

Sekian.


ibundo

13 comments:

Marsita Yahya said...

Salam Bundo..., semoga cucu bundo cepat sembuh lah ya...macam2 penyakit sekarang ni. Nama pun pelik aje. Apo2 pun puteri tu mmg lawa bona ghoman eh.

Cik Azz said...

Kak, sakit tu berkaitan dgn apo kak..? Moga cucu akak tu copek sihat.. Amin...

zila norazila said...

moning bundo..terus kesini tgk colornya yg cantik..i love it:))

Unknown said...

salam bundo, adoh comelan terserlah..nanti se nak try kaler2..abah se gemo kuih ayu ni ha..

Azlita Aziz said...

salam bundo

menariknya puteri ayu ni.. serasi dgn namanya..
manis berseri2 dengan warna2 pelangi

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam bundo
teringin nak buat puteri ayuyg ayu ni bila tgk bundo punya he he
sedap sb ada kelapa tu
cantik bajunya warna warni

ady said...

as-salam bundo
Amazing!!! Looks so good...

rahel said...

Tukar baju takpe...berseri-seri baju baru tu ek..hehe..cantek la bundo..sedap..

Qhaifa Nur said...

berwarna warni baru sedap nak makan....

Amie said...

Meriah rasanya kalo outeri ayu dah tukar baju ye bundo, moga cucu Bundo segera sihat seperti sediakala.

Unknown said...

salam Buno
puteri ayu tu dah tukar pakai batik ek cantk dan menarik lah kreatif lah Bundo ni

kasihredha said...

Semoga cucu bonda cepat sembuh..
Cantiknya bila sang puteeri menukar baju baru :D

alienpakailipstick said...

Salam kakpah.saya silent reader blogkakpah. Saya ada penyakit sama.detected early 20s.dah 20thn..cuba try kasi minum jus kurma..akan cepat naik platlet.baby takpasti nak wat mcm mana ye.maybe jus blended kurma blh beri dlm susu botol..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...