Tuesday, June 19, 2012

Popcorn Ayam Tomyam goreng ummph...

Apa kabar semua. InsyaAllah sehat hendaknya.  Bundo juga sehat dan ceria. Cuaca pun nampaknya bagus pagi ni.  Dari tempat bundo menulis ini kedengaran burung-burung berkicau riang.

Bagi anda yang berkerja, mungkin sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
Pagi ni bundo nak bagi satu resepi mudah terutamanya bagi mereka yang berkerja.  Bundo faham, bila anda semua pulang ke rumah setelah seharian suntuk di ofis, mestilah penat dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk membuat hidangan makan malam.

Bila kita memasak, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa di dapur,  banyak masa terbuang untuk membuat bahan-bahan persedian. Salah satu cara untuk menjimatkan masa persedian, adalah dengan menyediakannya awal-awal dan simpan di dalam peti ais. Bawang diblender dan masukkan ke dalam bekas. Cili kering diblender dan masukkan ke dalam bekas.  Cili api diblender dan masukkan ke dalam bekas.  Halia diblender dan masukkan ke dalam bekas.  Begitu juga dengan bahan-bahan yang lain.  Tutup kedap dan simpan dalam peti ais. Ia akan tahan beberapa hari.

Begitu juga dengan ayam atau ikan atau daging atau apa-apa saja.  Simpan dalam bekas untuk sekali masak. Bila mahu menggunakannya, keluarkan bekas tersebut dan nyah bekukan. Sampai saja di rumah, keluarkan dan letak di sinki. Sementara menunggu ia defrost, bolehlah kita mandi, sembahyang dan sebagainya.



Okay, untuk hidangan hari ini anda perlukan:
1 bungkus popcorn ayam perisa tomyam
1 biji bawang besar
1/2 batang bunga kantan
2 biji cili merah
sedikit ceri tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar bijan
hirisan daun bawang/sadri untuk hiasan



Goreng popcorn ayam sehingga habis.  Ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 1 sudu besar.  Masukkan semula popcorn ayam yang telah digoreng tadi.  Letak bahan-bahan lain melainkan daun bawang/sadri.  Gaul rata. Tak perlu lama-lama.  Cukup sampai bawang hampir layu.
Masukkan ke dalam bekas hidangan dan tabur dengan daun bawang/sadri dan juga sedikit biji bijan.
Sedia untuk dimakan panas-panas.



Selamat mencuba.  Sedap ni.  Kalau tak suka yang berperisa tomyam, beli saja yang rasa original.

ibundo


6 comments:

Unknown said...

Assalam ibundo, memang sedap ni kalau saya dapat memang meratah gitu jer ni..:)

saya pun suka buat cara bundo tu..sejak mula kahwin lagi saya suka blenderkan semua bahan tu dan simpan.memang mudah sgt kalau nak guna dan masa memasak pun akan jadi cepat dan cepat juga boleh makan...hehe

zila norazila said...

salam bundo
klu lauk macamnie mmg x jadi lauk..habis dihadap makan gitu jew..:)..seedappp

Gee® said...

Sedapnyaa... bagus idea bundo ni...anak2 pon mesti suka meratah ni...

norhanim md zain said...

Best nie...tak sempat makan dgn nasi..anak anak suka meratah gitu aja..:)

rahel said...

Kalau ayam pop corn comei2 mcm ni memang sebiji skali ngap je..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Cayalah Bundo terbaik ni.. resipi mudah dan ringkas memang sha suka sangat ler sangat..:)) tq bundo..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...