Jadi orang dapur selalu pening memikirkan apa yang nak dimasak. Haritu berkira-kira nak masak mee kari tetapi teragak pula nak bereksperimen buat kuah kari campur dengan kuah laksa nyonya. Hasilnya tidaklah mengecewakan. Habis kuah satu periuk sampaikan tak dapat nak mengulang.
Bahan:
Mee (mihun pun boleh)
Untuk kuah:
santan daripada 1 biji kelapa
3 sudu besar rempah kari (boleh bubuh lebih kalau suka lebih rasa kari)
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sepotong halia anggaran setebal 1 inci *
sepotong lengkuas kurangkan sedikit daripada halia *
5 biji buah keras *
10 tangkai cili kering direndam terlebih dahulu *
Sebesar ibu jari belacan *
2 batang serai dihiris *
1 kuntum bunga kantan dibelah empat
2 tangkai daun kesum
beberapa ketul ayam dipotong kecil
10 ekor udang sederhana besar dibuang kepala
meatballs ikut suka berapa banyak
1 ketul stok ayam kalau suka
pelengkap:
sayur sawi dipotong dan dicelur
taugeh dicelur
telur rebus
bawang goreng
sambal kosong atau pun sambal belacan
1. Blender semua bahan yang bertanda *. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan yang diblender. Masukkan rempah kari. Kacau hingga masak. Masukkan ayam. Bila ayam sudah sebati dengan penumis, masukkan udang dan meatballs.
2. Tambah santan. Bila mendidih, masukkan bunga kantan,daun kesum dan stok ayam. Masak sehingga kuah agak pekat. Masak.
3. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan pelengkap. Bubuh kuah.
Kalau nak tahu rasanya sedap ke tidak, cubalah masak.
ibundo
9 comments:
perghhhhhhhhhh...
kecur liur je pepagi ni kakpah... slurpppppppppppppp!!!.. heheh
menu feveret se utk b/fast ni kakpah.lari ke laut diet se..kacau jiwo se kakpah buek pagi2 nih..
mmm..satu kombinasi yang amat menarik..laksa nyonya takdo rompah jadi tajuk ee kono lotak mi kari laksa nyonya..hahaha
sodap niii..
As'salam ibundo
berselera ct tengok ni, tapi kalau dengar kari macam segan nak makan lah...hihihi. (ct tak makan lauk yang ada kari2 ni..huhu)
kakpah...terliur pagi2 ni tgok mee kari tu...nampak sedap...
sedapnyer mee kari..paberet saya ni...
ena,
heh..heh.. apa menu sarapan harini.
anim,
kpah tak goma pulak makan beboghek pagi-pagi. kalau makan mee cam ni selalu e untuk lunch atau dinner. haha lain orang lain citoraso iyo tak..
ct,
alamak.. rugilah tak makan kari. sedap aper.. kaalau tak takkan kedai mamak tu laku je..haha
noor,
air meleleh sila lap balik hee..
cendana,
feveret bundo gak.
assalam kak pah sedapppppnya mee tu
kak pah sy nak tanya kak pah guna program apa untuk buat header kat atas tu?
Chik mimi,
salam. nak tau sedap ke tidak kena makan hiii..
cik mi, kakpah guna program picnik.
Post a Comment