Mudah membuatnya.
Bahan-bahan yang mesti ada:
Lihat gambar di atas:
Roti, botol penyembur tu , cutter dan semestinya aiskrim.
Macamana nak buat?
Mula-mula  ambil dua keping roti. Penyek-penyekkan sikit.  Kemudian semburkan  sedikit air di atas permukaan roti.  Sekali sembur saja.  Jangan sampai  basah kuyup pula.
Kemudian ambil satu scoop aiskrim.  Letakkan di atas sekeping roti tadi,  betul-betul di tengah. Roti yang sekeping lagi tu, tangkupkan ke  atasnya.
Tekan sedikit di sekeliling roti.
Ambil cutter, tekan sekuat-kuat hati (haha) sehingga roti terpotong seperti di bawah.
Okay, siap.  Buatlah beberapa keping mengikut selera masing-masing.
Masukkan ke dalam bekas dan simpan di freezer selama tiga jam. Kalau dah  tak menyempat nak makan, boleh juga digoreng tapi aiskrim akan cair.  Jadi, ikut cakap sifu.  Simpan 3 jam dalam freezer atau lebih. 
Bila hendak makan, panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam. ( Aiskrim  yang makcik goreng tu tak tenggelam sebab minyak tak cukup).  Bila  minyak sudah panas, keluarkan aiskrim tadi dari freezer.  Goreng sekejap  sahaja sampai bewarna kekuningan.
  Siap!!!  jom makan.. sila.. sila..





 

4 comments:
slm
mana nak beli cutter tu yer
TQVM!!
xpayah pakai tepung ke?goreng gitu je?
shedap!
cutter tuh nampak cam acuan goreng tolo yo... boto ko tuh???
Post a Comment