Tuesday, July 10, 2012

Grated chocolate cupcake

Salam.
Dua orang cucu bundo tengah batuk-batuk dan selsema.  Kesian pada yang baru dua bulan.  Susah dia nak bernafas bila hidung tersumbat. Kenalah ibu dan ayahnya tolong keluarkan lendir-lendir yang menyumbat hidung. Nampaknya siibu juga telah dijangkiti virus ini.

Bundo pula dah rasa sakit-sakit tekak. Kepala dah mula nak weng weng.  Tapi dalam pada itu sempat juga melayan tekak yang teringin nak makan cupcake. Bukan banyak mana sangat nak makan.  Dapat secubit dua pun dah cukup.



Cupcake ni bundo ambil beberapa biji bubuh topping. Ada lebihan buttercream yang tersimpan dalam petiais.  Bundo campur dengan serbuk nescafe  agak-agak 1 sudu besar yang dibancuh dengan satu sudu besar air panas. Terasa macam kena rasa coklat kek ini bila dimakan dengan buttercream yang ada perisa kopi.
Selebih cupcake ini bundo biarkan tanpa topping.  Makan begitu saja dah sedap.



Resepi?
Bahan:
280 gm self raising flour
180 gm castor sugar
4 biji telur grade A
50 ml fresh milk
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil ovelette
250 gm butter
125 gm coklat masakan yang diparut



1. Dengan menggunakan electirc mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur, esen vanila dan ovelet . Pukul sekejap sehingga sebati. Rendahkan speed.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
4. Dengan spatula, gaul coklat ke dalam adunan.
5. Sudukan ke dalam cawan kertas sehingga 85% penuh. Bakar dalam oven 180c lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.



Lepas tu, decoratelah menggunakan creativiti anda.
Sekian.
Brppppp!!!...


ibundo


Sunday, July 8, 2012

Lipat Pandan Bersos Durian

Semalam satu rumah bundo ni semerbak dengan bau durian. Di rumah bundo ni sebenarnya tak ramai yang suka sangat makan durian. Makan acah-acah tu adalah. Yang duduk mengadap durian lepas sebiji sebiji, tak ada. Bundo sendiri pun dah tak berani makan durian banyak-banyak walaupun satu ketika dulu bundo memang hantu durian. Faktor usia.

Jadi, durian yang berlebih, bundo buat tempoyak.  Ada juga yang dikupas dan simpan dalam peti ais untuk rancangannya nak buat pengat. Bila simpan dalam petiais ni siaplah satu petiais bau durian. Tapi simpan dalam bekas kedap udara, bagi kurangkan bau.



Pagi tadi bundo buat sos durian makan dengan lipat pandan ala-ala lempeng gitu... Mula-mula bundo nak bagi warna pada sos durian ni tapi pikir punya pikir, bundo biarkan ia dengan natural color. Sos ni bundo buat pekat-pekat jadi macam jem.

Bahan:
1 cawan isi durian
1 cawan susu cair
1 sudu besar tepung
1 sudu besar gula
secubit garam

Cara:
Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar halus.  Tuang ke dalam kuali dan masak sehingga pekat.  Ketepikan.




Makan dengan lempeng pandan ni macam ngam je.

Bahan lempeng:
125 gm tepung gandum
200 ml susu cair
1/2 sudu teh ragi (mauripan atau yang sewaktu)
25 gm gula castor
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar majerin
1 1/2 sudu kecil pandan paste
1/4 sudu teh pewarna hijau

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blender halus.
Tuang bahan blender ke dalam mangkuk dan biarkan selama 1/2 jam.



Sediakan kuali leper tidak melekat yang berukuran lebih kurang 12 cm.
Sapu sedikit majerin. Tuang satu senduk sayur adunan ke dalam kuali. Masak sehingga permukaan kering dan berlubang-lubang. Gunakan api kecil sahaja.


 Ketika masih panas, sapukan permukaan lempeng dengan sos durian.  Lipat dua dan susun dalam pinggan.



Cubalah. Enak untuk sarapan ataupun minum petang.

ibundo


Saturday, July 7, 2012

Salad Tuna Mangga

Phew!!..
Hari sabtu yang meletihkan. Hari ni bundo bawak anak-anak kindie buat lawatan ke animal world di sunway lagoon. Cerita boleh dibaca di sini.

Bundo rasa kuetiau yang terpampang di sini dah lama basi. Bundo nak ganti dengan Salad Tuna Mangga. Salad ini pun dah beberapa hari bundo buat. Bundo guna mangga lebihan kerabu haritu. Ratah-ratahlah ye.
Bundo nak rehat kejap lagi sebab keletihan sangat ni.



Bahan:
1 biji buah mangga 
1 tin kecil tuna flakes
1  batang bunga kantan
8 biji cili api (ikut sesedap selera)
1 biji bawang besar
1 sudu kecil lada hitam ajishio
garam secukupnya

1.  Mangga diparut kasar.
2.  Bunga kantan dihiris halus
3.  Bawang dihiris nipis
4.  cili api dihiris
5.  Gaul semua bahan.
Siap...



Silalah rasa.....

p/s terima kasih kerana memberi komen dalam n3 lepas.  Maaf bundo tak dapat balas sebab tak berkesempatan.

ibundo


Friday, July 6, 2012

Kuetiau Goreng Mesra Alam

Assalamualaikum dan selamat datang pada para pengunjung. Terima kasih kerana setia datang menjenguk walaupun kurang kerap mengupdate masakan baru.
Dalam kesibukan bundo membereskan hal-hal berkaitan dengan trip tadika ke sunway lagoon sabtu ni (besok), rumah bundo dimeriahkan pula dengan datangnya seorang lagi ahli keluarga baru. Bertambah lagi seorang cucu bundo.  Alhamdulillah di atas rezki yang dikurniakanNya.
Nampaknya tugas bundo yang baru saja tamat menjadi mak bidan, disambung semula. Dan bermula jugalah tugas bundo memasak makanan untuk orang berpantang.



Untuk pagi ni, jom kita pekena kuetiau goreng mesra alam. Haha.. nama masakan bundo ni memang selalu tak boleh tahan. Ada kau kesah? haha..
Apasal mesra alam?  Sebab macam-macam sumber alam sudah bundo keceburkan di dalam itu kuetiau.



Jom kita tengok.

1 bungkus kuetiau
10 ekor udang saiz besar
3 keping fish cake
3/4 cawan kerang yang telah direbus dan dibuang cengkerang
10 biji fish balls
2 biji telur
1 cawan stok udang
1 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
segenggam penuh tauge
secekak daun kucai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos stok ayam maggi
4 sudu besar kicap masin cap kipas
 
stok udang:
kulit udang
1 kelopak celery
1/2 batang carrot
2 cawan air


Cara:
1. Bersihan udang.  Buang kepala dan kulit tetapi tinggalkan bahagian ekor.  Belah belakang udang dan buang urat. Kepala dan kulit udang jangan dibuang.
2  Untuk stok udang, bersihkan kulit dan kepala udang.  Campur semua bahan dan jerang sehingga air tinggal sehingga anggaran 1 cawan.  Tapis, ambil airnya sahaja.  Ketepikan.
3. Kerang direbus dan keluarkan isi.
4. Fish cake dipotong dua kemudian dibelah nipis memanjang.
5. Fish ball dibelah dua.




 6. Panaskan 3 sudu besar minyak.  Tumis bawang yang telah ditumbuk sehingga wangi. Masukkan cili pes.  Goreng sehingga cili masak.
7. Ketepikan bahan ditepi kuali.  Pecahkan telur.  Biar sebentar sehingga agak mengeras. Kemudian kacau telur bersama bahan lain ditepi kuali tadi.
8. Masukkan udang. Goreng hingga kemerahan. Tambah fish cake dan fish balls.  Gaul rata.
9. Masukkan semua sos dan air stok udang.
10. Bila mendidih, masukkan kuetiau, kerang, tauge dan daun kucai.
11. Sekiranya belum cukup rasa masin, tambah lagi kicap. Mee ini tak perlu bubuh garam.
12. Masak sehingga semua air meresap dalam kuetiau.




Jeng..jeng..  Dah siap kuetiau goreng mesra alam.  Dan sudah semestinya mesra tekak jugak.

Sekian. Nak pergi siapkan breakfast untuk orang baru lepas bersalin.

ibundo


Wednesday, July 4, 2012

Siakap goreng ala kadar

Bizi. Hujung minggu ni nak bawa anak-anak kindie buat trip ke animal world di sunway lagoon.  Cukuplah exited diorang ni.  Cikgu-cikgu pun excited sama.  Bundo ni jugak yang penat ke hulu ke hilir menguruskannya.

Makan kali ni simpel saja. Tak ada masa nak buat yang luar biasa (alasan?)

 

1 ekor ikan siakap dipotong dua
1 cm halia
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 ulas cili api
1 tangkai daun ketumbar
5 biji tomato ceri dibelah dua
1 sudu kecil serbuk hilal
1/2 cawan air



1. Ikan dilumur dengan sedikit kunyit dan garam.  Goreng. Ketepikan.
2. Bawang putih dihiris nipis.  Hali dihiris memanjang.  Bawang besar dipotong bulat. Daun ketumbar dipotong panjang. Cili api diketuk.
3. Panaskan sedikit minyak.  Tumis bawang putih dan halia. Tambah air, garam dan perisa hilal.
4. Bila mendidih masukkan ikan, bawang dan daun ketumbar.
5. Masukkan tomato ceri dan tutup api.


Sekian menu ringkas bundo harini.

ibundo



Sunday, July 1, 2012

Kerabu Mangga Krap Krup

Salam hari ahad dan selamat berhujung minggu kepada semua.  Bundo habiskan lebih kurang 2 hari satu malam di Melaka.  Malam tadi ada kenduri arwah di rumah adik ipar dan  tengahari tadi kenduri perkahwinan anak kepada sepupu pula.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah sebentar di rumah adik ipar di Ayer Molek.  Ketika duduk berbual-bual bundo terpandangkan buah mangga muda yang sedang bergayutan. Mulalah air liur bundo ni kecur teringatkan kerabu mangga.  Jadi, dengan penuh rasa tak malunya, bundo pun mintaklah dua tiga biji tetapi yang diberi, satu plastik hampir nak penuh.



Bila sampai di rumah, rehat-rehat sebentar dan bundo pun mulakanlah projek membuat kerabu mangga. Bahan-bahan adalah mengikut kesesuaian.  Ada bahan yang tak ada.  Tapi apa nak susahkan hati ye tak.  Kita yang buat dia. Orang kata, belasah je lah.




Bahan:
4 biji mangga muda
1 sudu kecil kapur sirih
1 biji bawang besar
6 biji cili api merah
1 biji cili besar hijau
1 biji cili besar merah
satu genggam daun kesum yang telah dibuang tangkainya
1 cawan kacang tanah
1 sudu besar udang kering
Sejemput ikan bilis
1 sudu besar sos nampla (sos ikan)
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar kelapa disangrai kekuningan




Cara:
1. Mangga diparut kasar. Rendam dalam air kapur supaya rangup.
2. Kelapa disangrai hingga kekuninngan.  Tumbuk kasar.
3. Udang kering dan ikan bilis disangrai dan ditumbuk halus.
4. Kacang tanah disangrai, buang kulitnya dan tumbuk kasar
5. Daun kesum dihiris kasar.
6. Bawang besar dibelah dua dan dihiris nipis
7. Hiris semua cili.
8. Basuh bersih mangga dan toskan airnya.  Masukkan ke dalam mangkuk.
9. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk yang berisi mangga.  Gaul rata.



Wala... cukup rasa pedas, masam, masin. Manis takde sebab bundo tak bubuh gula.  Tapi sebab bundo bubuh kacang goreng dengan banyaknya... mmm.. sedap dikunyah-kunyah.




You all tak terliur ke. .....


ibundo


Friday, June 29, 2012

Ayam kuziku

Untuk berbuka petang tadi bundo buat nasi tomato berlaukkan ayam kuziku. Rasa seakan-akan ayam kuzi tetapi sebab ada tambah sana sini sikit-sikit, jadilah ayam kuziku hehe.. memandai jelah aku ni kan?

Perut masih kenyang ni.  Bukan kenyang makan nasi tapi kenyang minum air.  Kalau berbuka puasa, yang laris dulu ialah air. Beregelen-gelen masuk air. Makan seciput.  Lepas tu berlumba-lumba masuk billik air buang balik air yang dah diminum tadi.  Adei..



Rasa?  memang ummph. Betul.. Bundo makan jilat-jilat jari.  Anak makan pun jilat-jilat jari. Makan pula dengan nasi tomato kan. Lepas tu ada pula sambal cencaluk. Bila makan gigit-gigit cili api yang ada dalam sambal cencaluk tu. Walla!.. tapi bundo makan sikit je sebab perut dah penuh dengan air.



Bahan:
A:
1 ekor ayam dipotong 12
4 ulas bawang putih
1 sudu besar rempah all sipce
1 sudu teh garam
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang peacan
1 cawan minyak

Cara:
1.Masukkan ayam ke dalam mangkuk.
2. Tumbuk halus bawang putih. 
3. Lumurkan ayam dengan bawang putih, garam dan rempah all spice. Perap selama 1 jam.
4. Panaskan minyak dan goreng sebentar kacang peacan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
5. Gorang sebentar kismis.  Angkat dan toskan. Ketepikan.
6. Goreng ayam 3/4 masak sehingga kekuningan.  Toskan minyak. Ketepikan.




Bahan B.
2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
3 biji bawang merah ditumbuk halus
1 cm halia ditumbuk halus
2 batang serai dititik
4 sudu besar rempah briyani dijadikan pes dengan menambah sedikit air
1/2 cawan air
1 tin susu cair (evaporated milk)
1/2 tin kecil tomato puree
1/2 tin besar sup tomato
1 tin kecil kacang peas (asingkan air dan kacang)
3/4 cawan bawang goreng
garam secukupnya

Cara:
1. Ambil sesenduk minyak gorengan ayam.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk halus.
3. Masukkan bawang besar dan serai.  Tumis lagi sehingga berbau wangi.
4. Masukkan pula rempah briyani. Tumis lagi hingga wangi.
5.  Masukkan ayam, tomato puree, sup tomato, air, susu cair dan air kacang peas.
6.  Tambah garam secukupnya dan masak sehingga kuah pekat.
7. Sebelum padamkan api, masukkan kacang peacan, kismis, kacang peas dan separuh daripada bawang goreng.
8.  gaul rata.
9.  Semasa menghidang, taburkan separuh lagi bawang goreng di atas hidangan.



Sekian.  Selamat mencuba.


ibundo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...