Wednesday, February 8, 2012

Ayam goreng bunga kantan

Anak-anak dan juga hubby kurang meminati bahagian ayam yang berdaging. Yang laku adalah bahagian yang bertulang, yang sedap dihisap-hisap tulangnya. Bahagian daging terutamanya dada ayam akan tinggal tergolek-golek dalam mangkuk.

Selalunya aku akan ketepikan bahagian ini untuk dibuat perencah mee atau nasi goreng, ataupun dibuat pegedil ataupun apa-apa masakan yang tidak berapa menampakkan 'kedagingan'nya. Pasti laku.

Untuk lauk ini, aku gunakan bahagian dada ayam.


4 ketul dada ayam dihiris kecil memanjang
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 inci hali dihiris
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kuntum bunga kantan di potong kasar
2 biji bawang besar dipotong kasar
1 biji kecil capsicum hijau
1 biji kecil capsicum merah



Panaskan minyak.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.  Apabila naik bau, masukkan ayam.  Goreng sehingga airnya kering.  Masukkan sos ikan, serbuk kunyit, bunga kantan dan garam.  Gaul. Akhir sekali masukkan bawang besar dan capsicum.

Sekian.


ibundo

Tuesday, February 7, 2012

Sambal kosong

Sehari balik di melaka kami ambil kesempatan untuk makan ikan bakar di umbai. Kalau balik melaka, memang tak sah kalau tak makan ikan bakar.  Walaupun dah tahu ikan yang dibakar di situ tidak fresh macam dulu-dulu, kami tetap pergi jugak.  Walaupun tahu kadang-kadang ikan bakarnya tak adalah sesedap mana pun, kami tetap pergi jugak. Walaupun tahu cili kicap buat pencecah ikan tak seumphh yang kita buat sendiri di rumah, kami tetap pergi jugak.

Nama pun makan free.  Nama pun orang belanja.  Nama pun tak payah masak sendiri.

Satu keunikan ikan bakar melaka ialah, ia dimakan bersama nasi lemak.  Nasi lemaknya dibungkus kecil-kecil.  Nasi seciput dan sambal juga seciput. Semalam nasi lemak yang aku makan ada sedikit mentah.  Terasa ada beras yang belum sempat menjadi nasi yang sempurna. Sambalnya juga kalau dibandingkan dengan sambal yang aku buat, sedap lagi yang aku buat hiii..

Ha.. sebenarnya nak cerita pasal sambal akulah ni. Sambal yang kami makan bersama dengan nasi lemak shrek haritu. Nak resepi?



3 senduk gulai pes cili kering
4 ulas bawang putih dititik dan dicincang halus
3 biji bawang besar ditumbuk atau diblender kasar
1/2 inci halia ditumbuk halus
2 batang serai dikerat anggaran 1 1/2 inci, kemudian diketuk
1 sudu besar gula
air asam jawa secukupnya
1 sudu besar serbuk ayam knorr


Cara:
Panaskan minyak.  Biar banyak untuk menggaringkan sambal.  Ia boleh dibuang kemudian.
Tumis halia, bawang putih dan serai sehingga wangi. Masukkan bawang besar.  Masak sehingga bawang betul-betul masak dan kering air. Kemudian baru masukkan cili. Masukkan pula garam,gula dan serbuk ayam. Goreng sehingga cili garing. Masukkan air asam.  Adjust rasa supaya semua rasanya lengkap. Apabila masak, buang minyak yang berlebihan.

Sedap sambal yang dibubuh serai ni. Tapi pastikan ditumis dulu bersama bahan tumbuk/blender sebelum masukkan cili. Cubalah. Boleh juga ditambah ikan bilis atau udang kering.

ibundo

Kek Pisang choc chips

Sometimes we want everything fast. Semua nak cepat tapi perut sentiasa mahu di isi. Tu yang selalu terlajak beli fast food sampaikan perut mengelembung dengan lelemak yang tak sehat.

Dah.. ke situ pulak.


Sebenarnya nak cakap yang aku buat kek pisang ni tak guna resepi yang terjegil-jegil biji mata nak tengok.  Mudah le sangat.  Mudah sebab aku cuma pakai cake mix saja haha.  Cuma sediakan pisang, minyak, telur.  Dan aku tambah dengan chocolat chips dua genggam. Jadi gebu ai tel yu....



 Semua orang kata sedap.


 Lain kali nak buat lagi.



Makan dengan kopi panas secawan, pergh!!!


ibundo

Sunday, February 5, 2012

Nasi lemak shrek 2

Hasben ajak kawannya breakfast di laman rumah pagi tadi (ahad) sambil membincangkan hal ehwal negara (ahakss..). Menu, nak makan nasi lemak tapi nak nasi lemak yang spesial.  Yang datang dalam otak adalah nasi lemak hijau yang memang jarang-jarang orang buat. So, another time, another day, aku buat lagi nasi lemak hijau yang sah-sah mereka tak pernah makan.
Cuma kali ni aku adjust sedikit resepi kerana teringatkan nasi lemak tumis si anim. Tenkui Nim akak cilok idea nasi lomak botumih yang asalnya diambil dari rumah Jun.


Bahan:
1 kilo beras basmathi
1 biji kelapa parut*
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 sudu kecil halba
1 sudu besar butter/majerin
6 helai daun pandan *
2 batang serai *
1 inci halia*
1 cube stok ayam
beberapa titik pewarna hijau
garam


-Masukkan bahan bertanda* ke dalam blender.  Tambah air secukupnya. Perah dan tapis. Masukkan bahan yang telah diblender itu ke dalam blender sekali lagi dan tambah air. Kisar dan tapis airnya. Ketepikan.
-Beras dicuci dan ditapis. Masukkan ke dalam periuk.
-Panaskan butter di dalam pan. Tumis bawang merah, bawang putih dan halba sehingga naik bau dan kekuningan.  Bila masak ketepikan.
-Bubuh santan, garam, sedikit pewarna hijau dan stok ayam ke dalam periuk berisi beras. Tambah air sekiranya santan tidak cukup. Bubuh bahan yang ditumis tadi.
-Tanak seperti biasa hingga masak.



Aku buat jugak ayam goreng berempah. Batch yang terakhir masuk dalam deep fryer keluar sedikit legam sebab aku dah terlayan benda lain.  Nasib baik rasa maintain. Tapi yang terover cooked ni orang yang kat rumah ni lah yang makan.  Biasalah kan.. Yang tak cantik takkan nak bagi orang.
Teringat pulak masa kecik kecik dulu kalau menginding mak yang sedang buat kue raya, dapatlah rasa yang tak cantik atau yang terhangus.  Kalau ambil yang cun mau kena lepuk tangan.


Yang ni sambal nasi lemak.  Resepi lenkali ye...

ibundo

Garlic Buns

Sungguh seronok ke Yummy semalam untuk membeli bahan membuat roti kerana keadaan Yummy yang tersangatlah lengang. Kereta boleh parking betul-betul depan pintu masuk.  Kalau tak, dua tiga round keliling blok belum tentu ada tempat parking yang kosong. Memilih-milih bahan pun boleh dilakukan dalam keadaan tenang, tidak berlaga-laga bahu dan asek-asek excuse me tumpang lalu.



Sabtu semalam banyak masa untuk aku berjoget-joget di dapur.  Tengahari tak payah masak lauk sebab kenduri rumah ipar malam sabtu masa baliknya dibekalkan dengan lauk pauk yang cukup untuk lunch. Aku panaskan saja.  Bibik pulak sebab tak payah ke dapur, dia sibuk mencantas pokok-pokok yang dah merimbun di depan rumah. Katanya, berkebun. Pada aku kalau setakat cantas dahan, gunting daun-daun yang dah meliar, cabut-cabut rumput, belum sampai lagi ke tahap untuk dipanggil berkebun. Tapi, apa ada pada nama?  Asal rajin, dah...



Aku? Menyahut seruan anak yang mengatakan aku sudah lama tak membuat roti. Maka terjadilah garlic bun yang sangat sedap ini (uhuk... sila jangan muntah). Aku makan dengan sup. Kalau makan dengan mushroom soup pun aku rasa sedap yang amat.



Bahan Roti:
A
330g tepung HP
60 gm gula castor
10 gm instant yeast
1/2 tsp garam
1/2 tsp bread improver
2 tbs susu tepung
B
1 biji telur
C
120 ml air
D
40 gm butter

Masukkan bahan A ke dalam bowl. Ratakan dengan mixer menggunakan speed 1.
Masukkan B. Gaul sekejap. Masukkan C. Gaul.  Juga menggunakan speed 1.
Masukkan D dan guna high speed sehingga adunan lembut.

Kemudian tutup dengan towel lembap dan biarkan mengembang sekali ganda. Lebih kurang 30 minit.
Lepas itu, timbang aggaran 60 gm setiap satu dan bentukkan menjadi bebola lonjong.  Spray dengan sedikit air. Biarkan ia mengembang agak-agak dalam 20 minit.

Apabila kembang, hiris memanjang permukaannya dengan menggunakan pisau yang tajam.  Gunakan blade pencukur. Sapu belahan dengan garlic butter.  Bakar hingga masak.



Bahan garlic butter:
100 gm butter yang lembut
4 ulas bawang putih
1 sudu besar daun parsley
 Masukkan butter dan bawang putih dalam blender dan kisar hingga lembut.  Keluarkan dan campur dengan daun parsley.



Aku rasa oven aku ni ada problem.  Kalau masak kek, nanti kek aku senget sebelah. Tengah-tengah membakar, aku terpaksa bukak oven dan pusing-pusing kan loyang.  Masak roti ni macam tu jugak. Masaknya tak rata.  Ada bahagian yang dah kecoklatan sedangkan yang lain masih belum. Aku kena cari alasan yang sangat munasabah ni supaya the other half dengan rela hati sudi membelikan yang baru.




Err.. silalah jamah.  Jangan malu jangan segan..



Friday, February 3, 2012

Spageti alahai

Selera omputih, tekak melayu.
Ni yang selalu terjadi kalau berhajat nak makan western style konon-kononnya. Tak mau tekak melayu  nak terima masakan yang cuma tabur-tabur lada hitam dan garam bak kata chah. Tambah-tambah lagi  kalau makan spageti. Kalau lidah asek rasa kuah yang masam tomato saja dan yang lain-lainnya hambar, tekak pun tak terima. Apatah lagi perut.



Jadi, kalau buat kuah spageti kena pastikan yang rasanya lengkap dari semua segi. Lengkap bagi tekak melayu macam kita.



Ramai yang pandai buat kuah spageti versi melayu.  Ada bermacam-macam.Lain orang, lain tangan, lain gaya...



Bundo?
spageti
500gm daging cincang *
1 biji capsicum merah*
1 biji capsicum hijau*
1 tin kecil nanas (cubes) dan dibuang airnya)* - kurangkan kalau tak mahu rasa manis
2 biji bawang besar*
cendawan ikut suka hati berapa banyak *
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 senduk pes cili kering
1 sudu kecil parsley kering
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar
1 botol sos spageti kimball
1/2 cawan sos cili
1 tin kecil tomato puree
air secukupnya
3 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air



Mula-mula blend bahan yang bertanda*. Panaskan sedikit minyak.  Kalau ada e.v.o.o lagi bagus.  Tumis bawang putih.  Bila naik bau, masukkan pes cili.  Goreng hingga cili masak. Masukkan daging cincang dan biarkan sehingga air daging kering. Masukkan pula bahan yang telah diblend. seterusnya masukkanlah bahan-bahan lain dan masak sehingga kuah pekat.




Sekian.  Selamat berjimba di dapur hari ini.
Bundo petang ni nanti cuti masak.  Ada adik ipar nak kenduri kekahkan cucu. Yahooooo!! (Sambil lompat tepuk-tepuk kaki)


ibundo


Thursday, February 2, 2012

choc chip cookies

Tangan ni gatal je nak buat a quick n3.  Dah siap-siap nak pegi kerja ni tapi ter on lah pulak lappy ni. Bila dah ter on, ter cariklah pulak gambar cookies yang dibuat haritu. Bila dah terjumpa, terus tangan ni gatal gatal nak menaip. Huish... nasib baiklah sendiri bos haha..



250 gm butter, softened
1/2 cup castor sugar
1/2 cup sweetened condensed milk ( next time reduce it to 1/4 cup)
2 1/2 cups self raising flour, sifted
1 cup white choc chips
1 cup dark choc chips

1. Preheat oven at 180 degrees c.  Line baking trays with baking paper
2. Mix the butter, sugar and condensed milk and beat at high speed until pale and creamy.  Reduce speed to low, add the flour and mix until the dough almost come together.
3. Remove the bowl, add choc chips and stir until well combined. Roll heaped tablespoon of mixture into balls and place onto baking trays.  Flatten slightly with fingertips or fork.
4. Bake 14 - 16 minutes.  Stand 5 minutes on trays.

Sebenarnya dulu dah bagi dah resepi ni.
Kira siaran ulangan lah ye.


 rangup..


crunchy..


ibundo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...