Semuga air tangan kasih sayang kita makin mengeratkan jalinan ikatan kekeluargaan.
Sempena kasih sayang, bundo namakan masakan ini ayam qaseh. Sangat sesuai untuk menambat hati suami dan anak-anak.
Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa diambil santannya
(atau 1 kotak santan kara ditambah air secukupnya)
2 biji kentang dibelah 4 setiap biji
4 ulas bawang merah ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
1/2 inci halia dihiris memanjang
2 sudu besar pes cili kering (cili kering diblender)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk belacan
1 batang serai diketuk
1 kuntum bunga kantan
2 batang daun kesum
4 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 sudu besar jus asam jawa
Cara:
Tumis bawang putih dan merah, halia sehingga wangi.
Masukkan pes cili, serbuk kunyit dan serbuk belacan . Goreng masak.
Tambah serai. Gaul dan masukkan ayam.
Bila ayam bertukar warna dan airnya kering, masukkan santan.
Masukkan pula kentang, bunga kantan, daun limau purut dan daun kesum.
Bubuh garam. Bila kentang empuk, masukkan air asam jawa.
Biar kuah agak pekat.
Sekian untuk hari ini.
ibundo
8 comments:
sedapnya ayam tu..makan dengan roti sedap ni..
Salam kak...
Jumaat elok la cari2 resepi untuk keluarga hujung minggu ni.
Assalamualaikum Bundo,
Sumo eh yg sodap kalau intai2 kek umah ni.
Bilo la dapek meghaso ni??
assalamualaikum ibundo mantop nama menu tu...nampk pun sedap...=)
apa khabar kakpah...lama tak singgah ke dapur kpah ni.banyak dah yang Cm tertinggal tapi tak apa nanti Cm kejar balik hehe.
Mengancam la ayam Qaseh Bundo tu... sedap tuh!
gojess ni...bila2 bole try..
Sekarang bonda aktif di dapur pula ye. Terima kasih berkongsi resepi. Semoga dumurahkanNya rezeki. Resepi yg mudah saya akan cuba. Yg ni nampak okey.
Post a Comment