Friday, May 3, 2013

Pengat Nangka Kelapa Laut

Berjumpa lagi kita pada Jumaat yang tidak jemu datang bertandang.  Hari mendung dari pagi. Mungkin ramai para ibu yang gundah gelana kerana baju basuhan masih belum dapat disidai. Dah mula masuk dapur untuk menyiapkan makan tengahari? Ah.. antara tugas ibu@isteri yang tak berkesudahan. Jangan lupa berzikir semasa memasak. Daripada fikiran merawang tak tentu arah, lebih baik kita penuhi minda dan hati kita dengan selawat dan zikrullah.



Untuk resepi kali ini anda perlukan:
Beberapa biji nangka  ( 6- 8 biji mengikut saiz)
1 tin  buah kelapa laut
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Gula secukup rasa
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan



 
Nangka disiat panjang-panjang.
Kelapa laut ditapis ambil isinya sahaja.
Masakkan santan cair dan daun pandan yang dikoyak dan diikat, hingga mendidih.
Masukkan gula, santan pekat dan garam.
Apabila mendidih , masukkan pula nangka dan kelapa laut.
Bila mendidih sekali lagi, kacau sebentar dan padamkan api.
Bolehlah dimakan



Mmmmm.. yummy.
Selamat makan tengahari dan selamat minum petang.



Pendek dan ringkas je n3 ni kan?  What to do....

ibundo


14 comments:

Gee® said...

Selamat mengundi Bundo....

Amie said...

Cantiknya hidangan Bundo... rasa nak ngendeng semangkuk!
Saya selalu jemur pakaian dalam rumah... he he ehh sangkut sana-sini, takut kena hujan kalau jemur masa mendung.

Nikee Me said...

SALAM DARI NIKEE DI LAMAN DAPUR HELEN..SEDAP NI!

Unknown said...

ha ringkas tapi menawan tu bundo..tak cukup semangkuk

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam bundo...
wah sedapnya pengat nangka... feberet kami seisi keluarga.. kalau blk raub wajib singgah di bentong beli nangka kat tepi jln tu... kalau beli 2 kg isi nangka.. sekejap je licin anak beranak berebut dlm kereta.. hehe..

Rohah said...

sedap ni sesekali layan nangka yg diolah dessert..

miss yatie said...

walaupun KY tak pernah rasa, tapi nampak sedap

Ummi said...

Assalamualaikum Ibundo, aduh lama x kedapur Ibundo nih...mcm2 dah terlepas...pengat tu bestnya letak nangka...alahai, mana nak cari nangka nih!

Chah said...

Nangka tu kasik lembek ke tak bundo? Ada kelapa laut afrika setin x tau nk buat apa. Tenggss sbb sokmo bg idea yg beh2 kt ai yg x berapa nk beh ni...

Cida de' Nuanza said...

menariknya buatku tertarik...
salam kenalan ye bundo

ibundo said...

Selamat mengundi everybody!!!!!..

zila norazila said...

Menu best nie kak..klu dpt smngkuk lg best..

Unknown said...

Terima kasih bundo kerana idea pengat nangka n kelapa laut, dua2 favourite zana. Dtg ni nk cari resipi ayam, jumpa ni pulak:-)

Qasey Honey said...

suka la dgn resepi ni...mesti sedapkn..perghhh tgk pon dh kecur ni..QH mmg suka kelapa laut...biase buat air aje..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...