Wednesday, April 10, 2013

Banana blueberry cake

Dah hari rabu. Bulan April pun dah nak separuh jalan.  Cepat sungguh masa berlalu. Lagi jauh perjalanan waktu ini lagi dekat hendak sampai ke penghujung. Bersyukur kerana masih dipinjamkan hayat untuk menikmati kebesaranNya dan berbakti terutamanya kepada keluarga tercinta.
Sekurang-kurang menjamin yang keperluan makan minum tetap terjaga.

Apa cerita hari ini?
Semuga ceria-ceria sambil menanti-nanti bila agaknya PRU akan berlangsung. Sukan kindy bundo yang dijangka berlangsung pada ahad ini terpaksa ditunda ketarikh lain kerana spr mengarahkan supaya semua tempahan stadium mpkj dibatalkan sehingga selesai pilihanraya.  Alahai..




Satu kotak blueberry sudah lama tersimpan dalam peti ais. Hajat nak buat itu ini memang ada sejak mencapainya di giant tempoh hari.  Cuma penyakit malas yang tak menentu ditambah lagi dengan kebizian melampau maka ia tinggal terperap begitu saja.  Baru pagi tadi bakit bangun dari kemalasan.
Rasanya?
Sedap jugalah pada lidah dan tekak bundo.  Ada kelembapan di situ. Lembut.
Sejak dua menjak ini bundo cuba buat adunan sendiri tanpa bergantung pada resepi sedia ada. Biasalah kan.. ada yang jadi ada yang tak.






Bahan:
250 gm tepung naik sendiri
150 gm unsalted butter
150 gm gula castor
3 biji telur
1 sudu teh vanila
1 cawan pisang yang telah dilenyek
1 cawan blueberry
1/2 cawan fresh milk





1. Blueberry dilenyek sedikit dengan garpu.
2. Ayak tepung.
3. Pukul gula dan butter sehingga lembut.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji.  Pukul sehingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan tepung . Pukul speed perlahan sehingga bergaul rata.
6. Masukkan pula susu.
7. Akhir sekali masukkan pisang dan blueberry.  Gaul rata dengan spatula.
8.  Alas dulang pembakar dan tuang adonan. Bakar sehingga masak.




Sekian. Kalau nak tau rasanya, cubalah....

ibundo

14 comments:

Unknown said...

terliuq sudah ....kan best klu berjiran dgn bundo dapat gi mengendeng barang sepotong :)

atie @ ejay said...

sedapnya..
5 mei ni ngundi bundo :)

rohaizahabas said...

Soalan saya ni lari dari tajuk sikit ya kak..
kak..ada tak kelas photography ni lagi...sekian trima kasih...:)

ibundo said...

azma..senang2 dtglah berkunjung. Bundo jsmu.

Atie.. yey..jgn lupa tunaikn kwjiban

Ezza.. hehe taktau la za. Tapi kalau nak no tel dio nanti kpah carik. Err... gugel kst internet pun boleh blaja jugak za. Setting, lighting, framing camacam ada. Kpah lebih bnyk belaja kat internet.
Make sure kalau amek gmbar jgn guna mode auto sebab nanti kamera yg kawal kita. Kpah bnyk guna manual... kita yg kawal kamera. Sekian.

dari dapur nasya said...

as salam bundo....nanti singgah umah ye amik award.

Marsita Yahya said...

Salam Bundo, nak sepotong?

Nazrah said...

Salam Bundo..lama nya tak bagi salam kat sini..tengok tengok ada kek yang sangat menarik

Amie said...

Selamat malam Bundo... terbau kek pisang yang sedap di sini...ooo bubuh blueberry ye, bergandalah lazatnya!

sud@is said...

mengopi kakpah ya kerojenya makasih..buatnya entah bila, cantik terlioq kakpah ooiii tQ2

Ayam said...

Ibundo....sedap saya suka kek ada blueberry masam masam manis gitu.

rahel said...

Weee...mangancamnya...nak satu slice banana bluberi kek...

Unknown said...

aduh bonda kek nye gugat iman...nengok bluebery nye kuar...meleeleh je

Rohah said...

macam nak terkam kek ni..

suryabil said...

Salam ibundo..sedap kek tu ade bluberri..nnti blh try :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...