Dalam bulan puasa ni macam-macam resepi nasi keluar. Kat rumah bundo ni selang tiga hari ada je request nasi special. Mintak2 habis puasa kolesterol tak naik melambung. Tapi bundo bila berbuka, makan nasi ambil syarat je. Anak-anak terutamanya yang lelaki tu yang terlebih-lebih.
Semalam berbuka dengan nasi daging carrot. Masak seperiuk. Habis seperiuk gak haha.. Tapi periuk bundo ni besar sebab jumlah yang nak makan besar.
Bahan:
1 kilo beras siam wangi
300 gm daging dipotong besar (nak kurangkan guna 200gm pun boleh tapi bundo suka rasa daging lebih)
1 inci halia
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
rempah 4 sekawan
1 bungkus sup bunjut
1 buku stok daging
butter untuk menumis
1 batang carrot dipotong memanjang
sedikit pewarna kuning
Blender bawang dan halia. Panaskan butter. Tumis bahan yang diblender dan rempah 4 sekawan. Bila wangi, masukkan daging. Biar air daging kering. Masukkan air, sup bunjut, garam dan stok daging. Biar empuk dan tambah air kalau perlu. Bila daging empuk, keluarkan dan siat-siat. Ketepikan. Keluarkan juga sup bunjut dari dalam periuk. Buang.
Bersihkan beras dan tos. Masukkan air daging secukupnya. Masukkan dua helai daun pandan kalau suka. Apabila nasi separuh masak, masukkan daging dan carrot.
Bila nasi masak, renjiskan pewarna kuning dan kacau perlahan-lahan untuk mendapatkan warna yang cantik dan nasi tidak patah.
Kami makan dengan
Ayam golek. Elok je bersujudnya ayam tu.
Telur kismis belimbing buluh. Terjumpa belimbing buluh masa beli ayam. Sedap weh..
dan coleslaw yang tidak ada dalam gambar.
Bundo mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut idilfitri kepada semua pengunjung dapur bundo. Dapur bundo ini tidak akan berasap selama lebih dua minggu. Semuga anda semua mengambil kesempatan menggunakan 10 ramadhan terakhir sebaik-baiknya. Pillihlah masa yang sesuai untuk membuat kukis.
Sekian dari bundo. Assalamualaikum...
ibundo
Thursday, August 18, 2011
Tuesday, August 16, 2011
Bakso
Dulu selalu makan bakso beli di pasar malam. Tapi bila tengok orang yang jual tu ambil mee dan bahan-bahan lain main copot dengan tangan je, bundo jadi geli nak makan.
Bila teragak nak makan bakso, bundo buat sendiri tapi tak jadi sedap macam yang orang kat pasar malam tu buat. Tak ada dia punya umph..
Puas cari resepi bakso yang sedap tapi tak jumpa sehinggalah kawan bundo Tiny bagi resepi bakso yang dia buat. Yang ni memang sedap dan kena dengan tekak bundo.
Siapa yang tak tahu makan bakso angkat tangan. Dulu bundo tak tahu gak apokobondo bakso ni. Tapi sejak ada bibik jawa, bukan setakat bakso, cakap jawa pun pandai.
Nak buat bakso ni mesti ada pentol. Tau tak pentol tu apa? Orang jawa mesti tau. Orang negeri semilan belum tentu tau. Orang negeri semilan ni pandai masak lomak cili api je macam bundo ni hikhik..
Pentol tu bebola daging. Kat pasar borong ada jual pentol untuk masak bakso ni. Tapi janganlah susah-susah pulak pergi pasar borong sebab nak buat bakso. Boleh je buat sendiri. Kalau malas dan tak tau buat bebola daging, beli je meatballs yang banyak dijual di giant atau di tesco tu. Kat pasaraya lain pun melambak. Tapi awal-awal bundo bagitau ye. Rasa meatballs tu tak sama dengan rasa pentol. Pentol lagi sedap.
Sekarang bundo nak letak resepi. Kalau nak cuba buat, buatlah. Kalau taknak buat, bundo letak gak untuk rujukan anak-anak cucu cicit akan datang.
Bahan:
Mee/mihun
1 kilo tulang rusuk
Pentol (sukalah banyak mana nak taruk)
2 inci halia
2 inci lengkuas di ketuk
6 biji bawang sederhana besar
4 ulas bawang putih
8 biji sengkuang cina (kalau tak jumpa sengkuang cina janganlah menangis pulak. Ganti je dengan sengkuang biasa 1 biji)
2 bungkus sup bunjut tulang
1 sudu teh lada putih
Rempah 4 sekawan secukupnya
daun sup
daun bawang
bahan sampingan:
kobis dihiris halus
sambal cili api
kicap
sili sos
daun sup dihiris
bawang goreng
-Rebus tulang. Banyak air boleh agak sendiri. Masukkan lengkuas yang dititik.
-Blend sengkuang, tuang dalam periuk.
-Masukkan sup bunjut, garam dan sedikit daun sup/bawang
-Blend bawang besar, bawang putih dan halia
-Di kuali lain, panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan yang diblend tadi
-Masukkan ke dalam air rebusan
-Masukkan lada putih
-Bila daging empuk masukkan pentol
-Siap!!
Bila nak makan, masukkan mee atau mihun ke dalam mangkuk. Letak hirisan kobis, daun sup, bawang goreng, cili sos, kicap dan cili. Tuangkan sup ke atasnya. Makan panas-panas. Boleh berpeluh-peluh ni bila makan.
Meatballs yang bundo beli ni tak berapa sedap. Kurang lembut. Dulu kawan bundo si Tiny bagi bundo pentol 2 kilo, kawan dia buat. Sedap sungguh. Lembut je. Walau papepun, kami berbuka bakso hari ni dengan berselera terutamanya si adik. Bakso ni permintaan anak bongsu bundo si adik. Berpeluh-peluh dia makan.

Sambal Udang
Udang sekarang kemain mahal. Nak beli seciput nanti tak cukup. Usahkan udang, barang basah yang lain pun mencanak naik harga. Semalam bundo beli sotong, bila time nak bayar cashier cakap 35 hengget. Terperanjat beruklah sekejap. Bila tanya dia kata sekilo 19 hengget.
Ini dah turun dah ni kak, dia cakap.
Semalam 22 ringgit, dia cakap lagi.
Ni belum raya lagi ni. Tengoklah sok dekat nak raya. Ayam sekilo entah berapa henggetlah tu. Kesian kat kita kan? Kita si pengguna ni. Memang selalu dipergunakan. Bundo teringat time bundo kecik-kecik dulu. Ikan kembung baru 70 sen sekilo hehe..
Tapi kita ni macam tak ada pilihan je kan? Harga naik pun kita beli jugak. Kalau duduk kat kampung bolehlah ternak ayam ke, mancing ikan ke, pungut pucuk ubi ke, pungut pucuk paku ke, pungut kangkung ke dan macam-macam ke lagi. Kat bandar ni? Kalau ada tanah kat belakang dapur kita tu bolehlah tanam sayur sikit-sikit. Nak bela ayam? Kena belasah dengan jiran baru tau...haha..
Panjang pula bebel bundo pagi ni.
Bundo nak letak resepi sambal udang ni ha. Anak-anak bundo cukup suka makan sambal udang yang bundo buat ni. Sok sok bila bundo dah tak ada bolehlah refer resepi tu kat sini. Bukannya susah sangat. Budak-budak ni mengada-ngada lebih.
1/2 kilo udang
2 senduk gulai cili kering yang telah diblender
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 biji bawang besar dihiris bulat
1 1/2cawan santan daripada perahan 1/2 biji kelapa
air asam jawa secukupnya
1 sudu besar gula
garam secukupnya
sedikit serbuk perasa kalau suka
Blender bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Minyak biar banyak supaya cili masak sempurna.
Tumis bahan blender sampai wangi. Masukkan cili. Goreng cili biar sampai masak. Kita tahu cili masak bila warnanya berubah ke agak gelap.
Bila masak, masukkan santan. Gaul rata. Masukkan garam, gula dan perasa. Bila mendidih, baru masukkan udang dan air asam jawa. Masukkan pula bawang potong. Gaul sebentar saja supaya udang tidak terlebih masak. Bila agak-agak udang dah masak, tutup api.
Sekian. Senang saja. Tapi nak makan ada sikit susah sebab memasing terkial-kial mengopek kulit udang.

Monday, August 15, 2011
Kari tulang dan daging
Semua orang tahu masak kari. Kalau tak tahu memang nak kena babab.
Bundo tulis resepi di sini untuk mengingatkan bundo jumlah bahan yang diperlukan kalau bundo nak masak banyak. Tapi satu je bundo nak bagi tahu pada mereka yang belum tahu dan belum pernah mencuba. Lauk kari yang dicampur dengan tulang memang rasanya teramatlah sedap dan mengancam. Jadi, pada sesiapa yang nak masak untuk 40 orang, bolehlah cuba sukatan ini.
2 1/2 kilo tulang rusuk
4 kilo daging
3 kilo santan
250 gm rempah kari babas
120 gm yogurt perisa asli
6 biji bawang besar *
2 buku bawang putih *
1 ketul halia sederhana besar *
segenggam daun kari
rempah 4 sekawan secukupnya
1 kilo kentang dipotong 4
air asam jawa secukupnya
garam
air secukupnya untuk merebus
Blender bahan bertanda *.
Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Tumis bahan yang diblender, rempah 4 sekawan dan daun kari sehingga wangi. Masukkan rempah babas. Masukkan yogurt. Tumis sampai masak. Masukkan juga garam.
Masukkan tulang dan daging. Tunggu sehingga air daging kering. Kemudian masukkan air ke paras 1/2 periuk, kecilkan api dan tutup periuk.
Rebus sehingga daging empuk. Selalunya proses ini memakan masa selama 2 atau 3 jam. Sekiranya daging sudah mula menanggal daripada tulang, maknanya daging telah empuk. (Boleh tambah lagi sedikit air kalau perlu)
Masukkan kentang dan santan. Bila kentang empuk, masukkan air asam jawa.
Siap.
Rasa rempahnya meresap dalam daging.

Sunday, August 14, 2011
Nasi Briyani Ibundo
Salam.
Semalam bundo bersilat di dapur menyiapkan hidangan untuk lebih kurang 50 orang yang bundo jemput berbuka puasa. Mereka semua adalah adik bradik hasben, anak-anak buah, beberapa orang staff yang bujang dan kengkawan anak-anak. Penat tak usah nak cakaplah. Bila usia memanjat hingga dah nak sampai ke pucuk ni, buat apa pun rasa penat. Lebih-lebih lagi kaki ni yang tak tahan berdiri lama-lama. Tapi walau macamana penat pun, sesi mengambil gambar masih diteruskan. Cuma nasi briyani dah orang ramai balik baru teringat yang bundo terlupa nak ambil fotonya. Jadi, bawah sinar lampu yang romantik dan malas nak naik atas ambil flash, maka terhasillah gambar yang agak romantik jugak.
Bundo masak nasi briyani 4 kilo, guna dua rice cooker. Resepi bundo ni untuk 2 kilo. Kalau ada sesiapa yang nak mencuba, pandai-pandailah adjust ye.
2kilo beras basmathi
3 biji bawang besar dihiris nipis
6 ulas bawang putih dihiris nipis
rempah 4 sekawan secukupnya
2 inci halia dihiris nipis
1 tin kecil minyak sapi
2 peket rempah briyani segera adabi
600 ml air stok ayam
(Kalau tak ada stok ayam, guna 4 sudu besar serbuk stok ayam knorr dibancuh dengan air)
1 tin susu cair
4 sudu besar tomato puri
2 sudu besar yogurt perisa asli
1 cawan kismis
1 tangkai daun ketumbar diambil dengan akarnya sekali (bukan 1 batang je ye. 1 gugus ketumbar bersama akarnya tu)
air secukupnya
-Panaskan minyak sapi. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan sehingga wangi dan garing. Matikan api dan masukkan rempah briyani dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
-Beras dibasuh dan ditoskan. Masukkan bahan tumis ke dalam beras. Masukkan juga air stok ayam, tomato puri, yogurt, susu cair, daun ketumbar, air secukupnya dan garam secukupnya.
- Masak sehingga 3/4 masak dan masukkan kismis. Kalau tak mahu kismis tak payah bubuh pun tak apa.
Makan dengan kari tulang+daging. Pergh!! Makan tk hengat dunya.
resepi kari ni bundo letak kemudian.
sekian.

Friday, August 12, 2011
Tako
Bila sebut tako ni, bundo teringat pada mexican taco. Dulu dulu, puluh tahun dulu, masa duduk negara orang, bundo suka makan taco. Bila makan, rangup berderap-derap. Kena pula dengan inti yang sedap. Bila teringat-ingat ni, teringin juga rasanya nak buat sendiri. Tengoklah nanti lepas-lepas raya kalau rajin.
Semalam bundo buat tako melayu ni. Tako melayu ni lembut dan tak berderap-derap. Rupanya pun saling tak tumpah macam tepung pelita. Ni yang buat orang konfius kadang-kadang. Rasanya pun lain daripada tepung pelita.
Resepinya?
Bahan bawah:
85 gm tepung hon kwee hijau
1100 ml air
130 gm gula
1/2 biji kecil sengkuang dipotong dadu
sedikit pewarna hijau
daun pandan untuk dibuat bekas taco kalaau suka. Bundo taruk dalam gelas je. Senang cerita.
Masukkan tepung, air, gula dan sedikit pewarna hijau ke dalam kuali. Masak di atas api perlahan sehingga jernih. Masukkan sengkuang. Kacau rata. Masukkan ke dalam bekas.
Bahan atas:
4 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh garam
Masak semua bahan hingga berkilat. Tuang ke atas bahagian yang hijau.
Sejukkan.
Sekian.

Thursday, August 11, 2011
Fritata ketam
Anak-anak bundo memang hantu telur. Jadi, kenalah cari resepi-resepi baru berkaitan dengan telur. Resepi kali ni nama memang glemer tapi sebenarnya berkaitan telur.
Seperti biasa bundo straight to the point. Resepi ni bundo jumpa dalam menu pillihan majalah saji. Begitulah nama yang diberi. Fritata ketam.
Resepi asal: majalah saji
Bahan:
7 biji telur (bundo guna 5 sahaja)
2 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar dipotong kiub
2 ulas bawang putih dicincang halus
8 batang jejari ketam dipotong 1/2 cm
200 gm ubi kentang dipotong kiub dan direbus hingga empuk
90 gm kacang pis (bundo tak bubuh dan ganti dengan buah tomato separuh dan didadu)
2 tangkai daun bawang, dihiris
30 gm keju cheddar parut (bundo kehabisan stok, ganti dengan parmesan)
garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
1. Pukul telur, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar.
3. Masukkan ketam
4. Bubuh ubi kentang, kacang pis/tomato dan daun bawang. Kacau 2 minit dan angkat.
5. Cari bekas pembakar yang sesuai. Bundo gunakan tin pembahar pie. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam bekas pembakar. Masukkan telur.
6. Masak seketika di atas dapur . Biar bawahnya masak.
7. Taburkan keju di atasnya dan masukkan ke dalam ketuhar. Bakar sehingga masak.
Bila keluarkan dari oven, rupanya betul-betul macam kek. Dah tu atasnya terhangus sikit sebab leka buat benda lain.

Wednesday, August 10, 2011
Tauhu Goreng Berinti
Sudah satu pertiga ramadhan kita berpuasa. Masuk dapur keluar dapur rasa macam tak sedar pun masa berjalan. Pantas betul.
Semalam bundo buat tauhu goreng ni. Anak bundo si adik suka makan. Lepas tarawikh, baki yang ada tu dia ratah macam tu je. Tak payah cicah dengan sos lagi.
Nak buat ni, kena beli tau fu pok. Rupanya seperti gambar di bawah. Tauhu yang selalu kita masukkan dalam mee kari tu. Bundo beli semalam dalam satu peket tu ada 9 biji. Bundo beli 2 peket.
Sebelum kita kerjakan tauhu ni, kita kena buat inti dulu. Inti tu lebih kurang macam inti karipap lah. Ubahsuailah sikit ikut selera masing-masing. Bila dah siap inti, ketepikan dan kita kerjakan pula tauhu ni.
Potong sedikit atas tauhu tu dan terbalikkan yang dalam keluar. Hati-hati sikit bila terbalikkan tu supaya tauhu tu tak rabak.
Kemudian masukkan inti. Buat sampai habis. Jangan risau kalau tauhu tu ternganga tak mau tertutup.
Kalau kita picit-picit sikit mulut yang terbukak tu dan kita edjas edjas muncungnya insyaallah dia mahu rapat.
Bila semua dah siap, kita bolehlah sediakan tepung penyalutnya.
Bahannya:
1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung goreng ayam segera
3 sudu besar oat
Gaul semua tepung sebati.
Dalam satu bekas lain, pecahkan 2 biji telur. Bubuh serbuk lada hitam ajishio sikit. Kocok.
Bila dah tiba masa nak menggoreng, celup tauhu dalam telur, gulingkan atas tepung dan lebihkan telur dan tepung pada mulut yang ternganga supaya dia tertutup rapat. Goreng.
Bila dah agak-agak setengah jam lagi nak berbuka baru goreng. Boleh dimakan bersama nasi atau makan begitu saja cicah sos cili.
Sekian. Selamat mencuba.
ibundo
Monday, August 8, 2011
Ayam Rendang Kari Yogurt
Berani lari daripada rasa rendang sejati turun temurun?
Bundo suka buat percubaan dan hasilnya agak bagus pada tekak keluarga. Maka terhasillah rendang moden ini haha..
1 ekor ayam
Santan daripada 1 biji kelapa
6 helai daun limau purut
1 biji lemon diambil parutan kulitnya 1 sudu besar dan perahan airnya daripada 1/2 biji
3 sudu besar kerisik
5 sudu besar yogurt perisa asli
4 sudu besar rempah kari
blender:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
10 biji cili api (lebihkan kalau nak pedas)
6 biji cili merah
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 biji tomato masak ranum
3 batang serai
kunyit hidup atau kunyit serbuk secukupnya
Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan yogurt. Tumis hingga sebati. Masukkan kerisik. Apabila bahan tumisan masak, baru masukkan ayam. Tunggu sehingga air ayam kering baru masukkan santan.
Apabila kuah agak pekat, masukkan parutan kulit lemon, air lemon dan daun limau purut. Oeh sebab puasa, agak-agaklah garamnya.
Bundo makan rendang ni semalam bersama dengan nasi lemak. Dah anak-anak sibuk suruh buat nasi lemak. Jangan nanti dalam bulan puasa ni lemak naik berkilo-kilo, dah....

Sunday, August 7, 2011
Puding Aiskrim Coklat
Salam semua.
Sebelum bundo terlupa, baiklah bundo letakkan resepi puding tu di sini. Bundo ni pelupa orangnya. Kadang-kadang nak ambil barang dalam peti ais pun kena berdiri tercegat dulu lama-lama baru teringat apa benda yang nak diambil. Maklumlah.. orang lama.
Okay, masa pun tak banyak ni. Bundo jalan laju je lah ye..
Bahan:
1/2 peket agar-agar tali
5 cawan air
1 cawan castor sugar
4 cawan aiskrim berperisa coklat
1/2 sudu teh nescafe
Korang tahu agar-agar tali kan. Agar-agar yang panjang-panjang tu. Bundo beli jenama nona. Cara nak membuatnya, masukkan agar-agar, gula dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga agar-agar larut. Korang perasan tak agar-agar bundo tu tak berapa larut. Ni kirin dengan imah lah punya kerja. Tak menyempat-nyempat nak masukkan aiskrim. Kebetulan pula sebelah dapur tempat diorang merebus agar-agar tu bundo tengah masak rendang. Diorang takut minyak yang merecik-recik dari kuali rendang tu masuk ke dalam agar-agar. Tu yang nak cepat je siap tu.
Bila agar-agar dah larut, padamkan api. Masukkan aiskrim dan nescafe. Kacau sampai sebati. Kemudian terus masukkan ke dalam acuan.
Sedap juga dimakan bersama sos coklat campur dengan whipping cream.
Nota: aiskrim coklat boleh juga digantikan dengan perisa lain. Selamat mencuba.

Acuan agar-agar ni bundo baru beli kat tesco. Senang sungguh.

Bubur Lambuk
Bubur lambuk yang bundo buat ni kurang rasa rempah dan mual sebab bundo memang tak berapa suka rasa minyak sapi. Jadi, sesiapa yang tak suka rasa minyak sapi, bolehlah cuba resepi bundo ni.
1 pot beras ( pot plastik rice cooker tu)
Air secukupnya
1 cawan daging cincang ramlee
100 gm santan pekat
sedikit hirisan halia
1 batang serai diketuk
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
minyak jagung untuk menumis
daun bawang dan daun sup
bawang goreng
Panaskan minyak. Tumis bawang, halia dan rempah empat sekawan sehingga wangi. Masukkan daging cincang dan masak sehingga air daging kering.
Masukkan air, garam dan serai. Masak sehingga nasi lembut. Masukkan santan dan lada hitam. Tambah air sekiranya perlu.
Bila menghidang, taburkan daun sup, daun bawang, bawang goreng, cili hiris dan telur masin kalau suka.
Bundo punya bubur tu bundo tabur macam-macam sebab ada lebihan inti sushi hehe..

Saturday, August 6, 2011
Sushi
Sudah terhidang juadah berbuka untuk hari ini? Bundo dah siapkan awal. Sekarang tengah relek sambil merehatkan kaki. Masak apa harini. Bundo buat ikan merah masak kari, udang goreng nestum dan sayur goreng. Selain tu ada bubur lambuk juga. Bundo teragaaaaakkkk sangat nak makan bubur lambuk. Tu yang buat tu.
Kelmarin semasa mengintai-mengintai ke dapur-dapur orang, bundo ternampak sushi kat dapur ayin. Bundo cakap dengan anak bundo si imah, dah lama jugak kita tak menshushi. Imah kata, apa lagi mak.. jom.. Kebetulan beras untuk buat sushi ada lagi. Cuka pun ada. Cuma tadi pergi tesco beli seaweed dan bahan-bahan isi. Kirin dengan imah yang tolong bundo buat sushi ni. Gemuk dan tembam. Isi pula tenggelam dek nasi. Hantam sajalah labuuuu..
Untuk dapatkan resepi dan cara membuatnya, pergilah ke rumah ayin. Bundo tak sempat nak letak kat sini.
Selamat berbuka puasa.

Masak lemak kacang panjang
Salam.
Semalam bundo buat nasi soto. Sedapnya........ Setiap orang makan bertambah-tambah sehingga nasi dalam periuk tinggal kerak sahaja. Semalam bundo kata kalau buat kuah soto biar berlebih sebab boleh buat nasi soto pula. Harini bundo nak tukar statement. Rebus kuah soto khas untuk buat nasi soto. Nanti ayam yang direbus tu tak payah goreng dan disiat-siat. Kita tambah bumbu pada ayam dan kita bakar dia. Biar ngam dengan nasi soto. Amacam!!!
Sebelum habis ramadhan ni, pasti akan buat sekali lagi nasi ni.
Yang ini pula lauk sampingan semalam. Bukan apa. Kacang panjang yang bundo tanam di belakang rumah tu berjuntai-juntai banyaknya. Sayang kalau tak dibuat lauk. Jadi, bundo buat masak lemak cili api. Cuma masak lemak cili api bundo ni lain daripada versi yang emak bundo selalu buat. Orang negeri sembilan kalau masak lomak, tak de dah bubuh bawang bagai. Taruk santan, garam, asam dan cili api sampai menyengat. Dah.
Bundo punya ni versi menderhaka ahaks..
20 batang kacang panjang dipotong
10 ekor udang sederhana besar
10 - 15 biji cili api ditumbuk
1/2 inci halia di hiris nipis dan diketuk
1/2 inci lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
4 helai daun limau purut dibuang uratnya dan dihiris
4ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang
1 keping asam gelugur
Santan daripada sebiji kelapa
Masukkan santan ke dalam periuk atau kuali. Masukkan bahan-bahan kecuali kacang, udang dan asam. Biarkan kuah mendidih dan bertambah pekat. Apabila pekat, baru masukkan kacang panjang, udang dan asam keping. Rasakan garam. Kuah mestilah pekat. Kalau cair je, tak jadilah tu.
Sekian

Friday, August 5, 2011
Soto Ayam dan Nasi Soto
Sudah terhidang juadah untuk berbuka hari ini? Bundo ambil kesempatan yang sedikit ini untuk memasukkan resepi makanan yang telah bundo buat semalam dan hari ini. Semalam bundo buat soto ayam. Bundo sediakan mee kuning, mihun dan nasi impit untuk dimakan dengan kuah soto. Laju je dioran makan.
Bahan soto:
Bahan ni untuk bundo makan satu famili yang terdiri daripada 15 orang. Besar kan? Sebab tu bahannya banyak. Kalau korang nak buat, pandai-pandailah adjust.
A.
1 ekor ayam yang sudah dipotong
Mee kuning / mihun / nasi impit
B.
Untuk diblender:
Lengkuas anggaran 1 inci
Halia kurangkan sedikit daripada lengkuas
4 biji bawang besar
1 buku bawang putih
15 biji buah keras
Sedikit kunyit hidup (kunyit serbuk pun boleh)
3 batang cili merah hidup
C.
3 tangkai daun bawang dihiris
beberapa helai daun limau purut
l sudu besar lada sulah
4 batang serai dititik
D.
Bahan sampingan:
taugeh
kubis dihiris halus
sambal cili api
pegedil
telur
daun sup
Tumis bahan blender dan daun bawang sehingga wangi. Apabila masak, masukkan air secukupnya (bundo guna periuk besar), ayam, serai, lada sulah dan daun limau purut. Tambah garam dan perisa kalau mahu.
Apabila ayam masak, keluarkan dan sejukkan.
Goreng ayam dan kemudian siat-siat isinya.
Bila nak makan, masukkan mee/mihun/nasi impit bersama bahan sampingan dan curahkan kuah.
Masa buat soto semalam, kuahnya banyak berlebih. Nak dibuang, membazir. Nak simpan dalam peti ais, peti ais pun tak tak larat nak menampung barang. Tadi semasa tengah berbaring-baring mencari idea, menjelmalah idea nak buat nasi soto. Senang je. Tak payah nak tumis apa-apa dah. Basuh beras dan terus masukkan kuah soto secukupnya. Bibik kata sedap. Dia kata sedap sebab dia rasa. Dia rasa sebab dia tak puasa hehe..
Lain kali kalau korang masak soto, lebih-lebihkan kuahnya. Boleh buat nasi soto.

Sweet Sour Fish Filet and Chicken Balls
Salam.
Nak letak nama melayu pada masakan ni macam tak kena. Letak nama omputih rasa macam grand sikit haha.
Sebenarnya masakan asal adalah fish filet tu saja. Tapi dah dekat pukul enam petang, anak bundo Man telefon tanya boleh tak dia bawa kawan dia dua orang datang berbuka. Takkanlah bundo kata jangan pula kan. Jadi, terpaksalah bundo alter sikit. Kebetulan chicken balls ada sebungkus dalam peti ais. Apa lagi, bundo leburkan bersama filet tu. Ala, masak ni kita yang buat dia kan.
Nasib baik juga bundo menggulai ayam masak padang lebih. Dapatlah menampung tetamu yang dua orang tu.
Ramai orang dah expert buat sweet sour ni tapi terdapat berbagai versi juga. Semua bergantung pada tangan dan selera masing-masing.
Bahan.
2 keping fish fillet
15 biji chicken balls atau lebih
1 batang carrot dipotong tebal
1/2 biji capsicum hijau didadu besar
1/2 biji capsicum merah didadu besar
tomato ceri atau tomato biasa dibelah enam
cendawan butang atau cendawan yang panjang-panjang seperti dalam gambar
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit hirisan halia
tepung jagung
tepung gandum
cili sos
tomato sos
sos tiram
sos plum
1. Ikan di potong kecil. Dalam mangkuk, gaulkan 1 bahagian tepung jagung bersama 3 bahagian tepung gandum dan sedikit garam. Gaulkan ikan ke dalam adunan tepung dan goreng. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih. Masukkan halia dan bawang besar. Bubuh sos tiram secukupnya. Gaul rata. Tambah sedikit air. Masukkan cili sos, tomato sos, plum sos secukupnya. Cukup untuk rasa manis dan masam. Masukkan air secukupnya. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kepekatan, pandai-pandai sendiri, tapi jangan terlalu pekat.
3. Bila rasa kuah sudah sebati, masukkan sayuran, balls dan fish filet.

Thursday, August 4, 2011
Roti gulung berinti
Salam ramadhan buat semua yang datang menjenguk bundo. Bundo ni sejak bermulanya ramadhan, hari ni lah baru berkesempatan menjenguk dapur bundo ni. Nampaknya ramai yang menunjukkan juadah untuk berbuka puasa berserta resepinya sekali. Bagi yang dah menerai nasi kari ayam tu, alhamdulillah rasanya berbaloi bundo kongsi kan?
Semalam bundo buat nasi tomato. Bundo guna sup tomato satu tin dan airnya pakai stok rebusan ayam. Anak-anak kata sedap tapi bundo tak ambil gambar. Pertama memang terlupa. Kedua, nak pegang kamera pun tangan dah tergigil-gigil haha..
Bundo tunjuk roti gulung ni je lah. Ramai yang dah tahu buat ni tapi bundo letak jugalah resepinya. Mana tahu, korang nak pelbagaikan intinya pula kan.
Beberapa keping roti sandwich di gelek nipis
inti:
3 ketul dada ayam didadu kecil
1 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang halus
8 biji cendawan butang didadu kecil
sedikit capsicum merah dan hijau didadu kecil
sedikit carrot didadu kecil
sedikit daun bawang dan daun sup dihiris pendek
garam
sedikit lada hitam
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
2 biji telur campur dua sudu besar freshmilk dipukul ringan
breadcrumbs
Untuk inti, panaskan sedikit majerin/butter dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan bawang merah dan ayam. Masukkan sayur-sayur yang lain dan tepung jagung serta garam dan lada hitam. Apabila pekat, angkat dan sejukkan.
Letakkan inti ke atas roti yang sudah digelek mampat. Gulung dan sapu hujung roti untuk melekatkannya. Picit sedikit dengan hujung jari.
Celup roti ke dalam telur dan gulingkan ke atas breadcrumbs.
Boleh disimpan di dalam freezer sementara menunggu masa yang sesuai untuk menggoreng.

Subscribe to:
Posts (Atom)